Friday, 28 February 2014

Girlfriends Outing...♥

Assalamualaikum...
semalam hari yang best sebab dapat hangout bersama girlfriend tercinta
berjumpa dan makan bersama adalah hari yang ohsem.
sebab weouls rakan sekolah yang jarang berjumpa
atas urusan masing-masing..hee 

kadang perkara yang tak dirancang itu menjadi..hikss
cuma tak cukup korum lagi nie..sobs sobs
tapi bertiga pun best,,bersembang dan happy bersama...






ni memasing check BR1M katanya...Haha
kandid wia bagi gambar ni buat tatapan wani dan nurul..
entah bila pulak boleh berjumpa , jenjalan dan makan bersama lagi..
sorang dan nak pi belajaq oversea..soarang belajaq kat selatan..
wia sensorang mencari sesuap nasi di negeri sendiri..
Rindu ampa semuaaa!! *hugs*

Wednesday, 26 February 2014

Oh Muslimah ♥

Assalamualaikum....
memalam ni feeling puteri dalam ber-style.
Sebagai muslimah, tak ada halangan pun nak 
nak berfesyen mahupun make up
yang penting tak tabaruj/ berlebih lebihan..

wia suka sangat mencuba menjadi lebih baik..
suka sangat shopping shawl 
try and error je semua tu..
Sekarang ni tengah dok belajar make up..Hee
dengan youtube je ..wish me luck!

Walaupun setiap orang ada kecacatan dan aib..
tak semua sempurna..tapi aurat kita, maruah kita..
sama-sama jaga dengan baik ye sayangg semua :'D


 In Shaa Allah..cantik dunia akhirat! ;)
mudah-mudahan...dan yang dah berkahwin
jaga batas dan maruah suami..Hee
Muslimah serba boleh! Salam manis dari wia...

♥♥♥

Tanda Lebam Digigit Hantu


Assalamualaikum....
Terutamanya perempuan, biasa tak ada tanda lebam
kat anggota badan uOls.
Pagi ni mak perasan peha kanan wia ada kesan lebam
macam gigitan..Huhu. Terus terkejut tengok..
tak tahu dan tak perasan pun sblum ni ada ke tak Huhu


Ok bangun terus google apa itu tanda gigitan hantu?

Selalu Lebam-lebam??? tak tahu dari mana datangnya lebam...
Semoga Allah melindungi kita... 
bangun pagi tiba-tiba ada lebam kat anggota badan,
 siapa disini yang kerap ada lebam-lebam dibadan?

Bila Jin atau makhluk halus mula jatuh cinta 
kepada seseorang wanita, pasti buruk padahnya. 
Pada permulaan, akan wujud kesan lebam pada peha wanita itu, 
dan jika dibiarkan, lebam-lebam itu mungkin melarat ke anggota-anggota badan yang lain.

Lebam Digigit Jin boleh berlaku apabila seseorang
 wanita tidur selepas asar, biasanya kesan itu 
dapat dilihat pada peha kanan atau kiri mereka. 
Tompok lebam kebiruan, dan jika mampu dilihat,
 pasti ada 5 lubang halus pada lebam tersebut. 
Apa yang lebih malang, sekali 
Jin menggigit pasti akan digigit lagi.

Jangan biarkan Jin Jatuh Cinta. Elakkan keluar
 waktu senja atau petang, jangan dedahkan aurat 
dan berpakaian seksi, jauhi tempat-tempat sunyi
 seperti lorong dan kawasan berlubang seperti telaga.

Mandi pada waktu maghrib tanpa beralas, 
gunakanlah kain basahan. Wanita tidak dapat melihat,
 namun Jin mampu melihat kekasihnya. 
Digigit Jin tanda kasihnya. Usah menggoda 
Jin dengan kecantikan mu, sekali Jin jatuh cinta, 
buruk padahnya dan sukar dicari penawarnya. 
Ada yang menamakan ia Sihir Jin Asyik (Jin sedang Angau). 

Bila Jin cuba pertahan cinta pada kekasihnya,
 pasti sukar seseorang itu mendapat jodoh. 
Malah bila orang datang merisik lalu senyap, 
orang datang meminang juga senyap. Mungkin ada 
kekasih alam lain yang cuba pertahan cinta mereka.



Mintak simpang jauh-jauh Ya Allah..
wia hanya berkongsi...Jadi kita sebagai perempuan
kena jadikan doa sebagai pendinding (pelindung)..
Moga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah :')

Tuesday, 25 February 2014

Faizah's Wedding :)

Assalamualaikum.....
Hikss jom entri wedding lagi..
kali mi wedding Faizah, member sekolah menengah..
bertahun-tahun tak jumpa..dia tetap faizah yang sama. Haha
tak sangka diam-diam tunang..tup-tup edar kad kawin.
Tahniah Faizah dan suami...! Selamat Pengantin Baru :')






Comel kan dia ...Bestnya bergambar dengan pengantin..
Berseri-seri je..Hehe..Pakaian, pelamin semua ohsem..
alhamdulillah...dapat juga jumpa di hari bahagia beliau.
Next! giliran siapa pulak....Jeng jeng jeng..

Monday, 24 February 2014

Pasar Kemboja Parit Buntar

Assalamualaikum dan salam keceriaan buat semua :)
kalau dah nekad, lewat pun tergerak hati nak pi..hikhik
sebenarnya bukak intagram ternampak igshop
yang akan buka gerai katsana . Memandangkan ada wideshawl
yang cun, teruss berdebar nak beli laju-laju.

Tengokla penangan shawl lover..! Sanggup redah panas
rider motor..Haha. 45 minit jugak la dari rumah..
dan taraa !! sampai jugak walaupun tak berteman..





Ramai uOls.! Gerai pun banyak. Dan kebanyakan
 penjual katsini semua kemboja
sebab tu di panggil pasar kemboja kot ;p
wujud lagi pasar ni sejak dulu uOls. Kalau dulu dibuka setiap
hari Isnin dan Jumaat..tapi sekarang hanya dibuka pada hari Sabtu sahaja.
Best la pertama sampai sini. Memang meriah..

siap semua baju, tudung, kain, dress dan skirt
semua murah-murah uOls. rasa nak beli semua.
kalau time nak raya best shopping sini.
Terapi katanya..Haha. Tak percaya?
sila la shopping..ada bran?
Ok slmt berblogging semua ;)

Saturday, 22 February 2014

Majlis Nikah BFF ❤

Assalamualaikum dan salam manis buat semua ;)
hai hai..dah nak masuk 25 tahun ni, memang geng bas sekolah dah pakat
edar kad kawin uOls, sabar je lah :'D
so, meh kita update majlis satu persatu..Hikss.
entri kali ni.. entri nikah my besties ya. BFF forever!






Tahniah Khairiah selamat menjadi isteri yang sah :)
Selamat Pengantin Baru.. Cantik sangat!
Nanti wia buat entri outdoor pulak ek..Hehe..
Ambik feel uOls.. Best sangat ambik aura pengantin..Hikss

Friday, 21 February 2014

Duit BR1M dah Masuk...

Assalamualaikum dan Salam keceriaan buat semua ..
alahai sunyi nya belog wia sekarang nie..
Meh nak kongsikan berita gembira sebagai rakyat Malaysia..
Hari ni mesti yang golongan bujang macam wia nie happi
sebab masing-masing dapat BR1M, yang ditambah lagi
RM50.00 untuk tahun ni dari tahun lepas...alhamdulillah :')

Petang tadi check akaun bank, memang agak ramai dengan atm uOls.
dijangka esok lagi ramai agaknya, Hikss.
Maklum laa, in Shaa Allah esok dijangka BR1M untuk
keluarga pulak..Meriah kan Malaysia. Syukur sangat!



Rezeki hari Jumaat..! Duit selamat masyuk dalam akaun bank..
Legaa sangat..dapat la menampung hidup wia
yang sedang tanam anggur nih ;p

Moga rezeki lebih untuk Malaysia..
dan wia dapat sambung dalam PSH sebelum ni..
in Shaa Allah kontrak pulak ke..?
Sekarang berjinak-jinak dalam mencari kerja,,
ada tapi semua jauh, belum ada kereta..
Memang lega laa dengan BR1M 3.0 ni..

Sekarang pulak senang duit terus masuk dalam bank.
tak payah balik dan beratur panjang. Lagi jimat masa..
Cepat dan selamat, syukur...


Wednesday, 19 February 2014

Anyaman Tudung Saji :)

Assalamualaikum salam kerinduan buat pembaca blog...
tiga hari ni lappy ada masalah teknikal sikit..
sebab tu tak terhapdate..Hikhik

Rindu nak berblogging uOls.
nasib lepas tukar charger dalam RM80 hengget juga ongkosnya
hidup kembali Mr.Dell biru nie..alhamdulillah :')

Meh nak sharing sikit pasal anyaman...
Best kan sesiapa yang kreatif ni..
Banyak juga design yang menarik..Rambang mata tengok.
Baru la meriah dapur kan dengan tudung saji yang cantik dihias
dengan reben macam nie..Terhindar dari habuk dan serangga..
warna boleh pilih pulak tu..Boleh juga dihadiahkan pada
mak mertua juga buat mak sendiri.. Menarik kan?





Ni la hasil kerja jiran wia yang superp kreatif menganyam.
Harga sangat berbaloi uOls. Saiz kecik RM18.00
yang besar RM35.00...Design dan warna memang boleh DIY...
tak sabar wia nak mencubanya..Hikhik

Saturday, 15 February 2014

Majlis Tunang Pluss Meriah Hantaran

Assalamualaikum dan Salam Sabtu buat kalian....
lately update pasal wedding kawan-kawan ja kan..
ni pulak majlis tunang yang meriah dengan hantaran :)







Pelamin cantik..Baju cantik :)
selamat bertunang adik ipar maksu kita..
kita kenal sipi-sipi ja dengan dia..Haha
tapi memandangkan ayah jadi mc hari tu..
join jugak majlis nie..Hehe..Colourful sangat! ;)

Friday, 14 February 2014

Resepsi Member Sekolah :')

Assalamualaikum.....
entri lepas pasal akad nikah Hazian.
Kali nie wia nak update majlis resepsi pulak
walaupun wia tak tungggu smpai majlis habis..
sebab ada hal..dan ini saja gambar yang sempat snap..
kebetulan masa sampai dewan, rombongan pengantin sampai :)






Cantik kan.. putih pink!
dan yan ada dua persalinan hari tu..
lepas pakai putih pink, yan tukar baju hijau hitam..
cantik sangat..Hee. Congrates yan dan soleh :')

Selamat Pengantin Baru..

Wednesday, 12 February 2014

Akad Nikah Hazian | Soleh :)

Assalamualaikum....
Akhirnya dapat jugak nak update entri yang pending 2 minggu lepas.
Akad nikah seorang member sekolah rendah :')
Hazian...green..Cantik sangat ..









Pasangan secocok..Hehe..
alhamdulillah sekali lafaz yan selamat di ijabkabul dengan Soleh
Selamat Pengantin Baru :'D

Tuesday, 11 February 2014

Dua tahun, in Shaa Allah and still counting ♥

Assalamualaikum.....Hai semua !!
alhamdulillah,,,syukur...syukur...lappy wia dah sihat..
2 hari je masuk wad. Hikss. Best sangat dah dapat update belog.
Selalunya cinonet jaa alahai...dan hari ni nak menaip puas-puas.
yang lain wia puas hati cuma adobe photoshop
wia tak dapaat back up. Kena download lain la jawabnya..ngee 

Banyak nak di bebel-bebel kan dalam blog picisan ni..
kesian dah terabai..trafik dah merudum. Sobs sobs.
tak dapat nak baca cerita kawan-kawan lain ;p

Sekarang ni cik DELL dah guna window 7 katanya..
yang dulu window vista dah merajuk sakan.
Alhamdulillah dah 5 tahun lappy ni bersama wia...
Mesti la kena format lain jawabnya.. Haha..

Nasib laa tak mahal. Kalau tidak..menangis jugak la jawabnya.
tapi bawah RM40 memang berbaloi-baloi...
Syukur..syukur...Banyak yang tak settle lagi ni..Hikss


Bukan tarikh anniversary tau. Mahupun tarikh blog...
tapi hari ni genap 2 tahun tak berjumpa encik sayang. Mr.Dear..
Cepatnya masa. Subhanallah..Moga permudahkan ya Allah...

Macam tak percaya kan? tapi ni kenyataan.
kami hanya contact melalui sms, Line mahupun phone.
Itu sahaja. Doakan yang terbaik untuk kami :')
Senyum selalu.. Selamat berblogging!
 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi