Friday, 28 March 2014

Happy Birthday 25th Dawia!

Assalamualaikum.....
28 Mac tiba lagi tahun nie..alhamdulillah..
diberi peluang untuk menyambut ulangtahun ke-25 tahun ni
bersama keluarga tercinta..Syukur :)

Haa..terima lah entri yang penuh gambar bermakna buat wia..
Maka genaplah anak dara Puan Faridah dan Encik Zakaria
dengan umur yang dirasakan cukup matang untuk dinikahi..upss.
Terasa tua tetiba..phew!











Terima kasih ayah untuk surprise kek yang comel tu..*terharu :')
Terima kasih dear, untuk sekotak hadiah dan coklat Ferrero Rotcher
dan kad ucapan yang comei tuu.. Romantis dan terharu sangat ❤️

Happy Birthday to Me !! 28 Mac..❤️❤️

Tiada apa yang lebih gembira bersama keluarga tercinta...
Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah...

Wednesday, 26 March 2014

Wedding Azmina | Rafi :)

Assalamualaikum.....
Ahad baru ni banyak kan walimatus..
wia sempat pegi kenduri kawan FORM 6..
tema purple gold.! Cantik!!
Selamat Pengantin  Baru Azmina dan pasangan....








Nahh..terima lah gambar tanpa edit dari henfon wia...
Macam biasa di majlis kawin dan kenduri..
Jumpa kawan lama sambil snap gambar menjadi kebiasaan
di rumah kenduri. Hikss

wia mengenakan jubah dress dari Cala Qisya kaler soft pink
Ramai yang tanya pasal jubah ni sebab cantik!
lps ni nak grab banyak-banyak lagi..
Setakat ni dah ada 3 pasang 3 warna..Hee

Memang best dan selesa ;)
Ok kenduri azmina dah selesai dah..
Next? turn siapa pulak ..jeng jeng jeng..
Selamat berblogging semua..

Sunday, 23 March 2014

Tips Tangani Soalan Mencabar dan Sukar dalam Temuduga ;)

Assalamualaikum.....

Meh sambung entri seterusnya selepas balik makan kenduri ;)

Cara tangani soalan SUKAR dan MENCABAR dalam temuduga..


Kadangkala di dalam suasana temuduga,
 calon akan ditanyakan soalan yang boleh dianggap 
sebagai 'sukar' dan 'mencabar' dalam temuduga.

Mengapakah soalan sebegini dianggap 'sukar'?

Soalan sebegini dianggap 'sukar' dijelaskan semasa situasi temuduga kerana selalunya ia ditanya dalam keadaan spontan dan biasanya ditanya selepas sesi santai ice-breaking  'memperkenalkan diri'. Bayangkan, selepas sahaja sesi memperkenalkan diri dan bersantai-santai, tiba-tiba sahaja soalan sebegini ditanya.... tentu sukar bukan?

Tiga Prinsip Utama menjawab soalan 'sukar'

Walaubagaimanapun, Untuk mengelakkan dari perasaan gemuruh, ingatilah tiga prinsip utama menjawab soalan 'sukar':

  1. Tujuan utama soalan tersebut ditanya
  2. Jawapan yang ringkas dan sesuai
  3. Nada dan intonasi yang positif

Kaedah Menjawab Soalan 'sukar'
Perkara pertama sekali adalah kita harus berpegang teguh kepada tiga prinsip diatas dan pada masa yang sama cuba untuk tidak menunjukkan perasaan gemuruh.


Tujuan utama soalan tersebut ditanya
  • Setiap soalan yang ditanyakan kepada calon kebiasaannya dirancang untuk menduga kebolehan calon berkomunikasi. 
  • Soalan 'sukar' sebegini biasanya dapat menentukan sama ada calon tersebut 'matang' atau sebaliknya.
  • Calon yang matang, dapat memberikan jawapan yang ringkas dengan nada yang positif, manakala calon yang kurang matang akan memberikan jawapan yang lemah dan kerap gemuruh ketika ditanya.
Jawapan ringkas dan sesuai
  • Elakkan dari memberikan jawapan yang terlalu panjang berjela. Hal ini untuk mengelakkan calon daripada menjadi terlebih teruja dan menceritakan perkara yang berada di luar skop jawapan yang dikehendaki penemuduga.
  • Jawapan yang padat juga dapat menunjukkan kematangan calon.

Nada dan intonasi positif
  • Gunakan nada dan intonasi positif semasa menjawab soalan sukar.
  • Misalnya, sekiranya diminta untuk menerangkan berkenaan kekerapan anda bertukar kerja, cuba elakkan perkataan-perkataan negatif seperti - 'masalah', 'tekanan', 'kecewa', 'bosan', 'malas', 'susah','rumit'
  • Sebaliknya, semasa menjawab soalan tersebut, cuba untuk menggunakan perkataan alternatif yang membawa maksud  lebih positif seperti: "mencabar", "cabaran", "peluang yang lebih baik", "peningkatan diri", "peningkatan kerjaya", "daya usaha" dan  'kepimpinan'.
  • Cuba untuk merangka jawapan yang menunjukkan anda seorang yang sukakan cabaran dan sentiasa boleh memikul tanggungjawab dan mempunyai daya usaha dalam mempelajari benda baru dan mementingkan peningkatan kerjaya dalam sesebuah institusi.

Kesimpulan
Soalan 'sukar' sememangnya tidak dapat dielakkan 
di dalam mana-mana situasi temuduga namun begitu, 
soalan sebegini  dapat ditangani sekiranya calon 
dapat memahami dan menguasai ketiga-tiga prinsip yang telah diterangkan diatas.

Moga menjadi tips buat wia dan semua..
In Shaa Allah.... ;)

Friday, 21 March 2014

Tips Menjawab Soalan Trik Dalam Temuduga :)

Assalamualaikum..Salam Jumaat...
Semalam wia dapat surat panggilan temuduga/interview..
Jadi entri dua tiga hari ni haruslah persiapan ke arah itu :)
Maaf ini sebagai rujukan ye semua. Sumber : Google..  

Soalan berkenaan "Ceritakan berkenaan diri anda" ataupun dengan bahasa Inggerisnya "Tell me about yourself" kerapkali ditanya semasa diawal temuduga.

Terdapat 3 tujuan utama untuk soalan ini:

  • Sebagai sesi 'ice-breaking'
  • Untuk menguji kelancaran anda dan kematangan anda ketika berbicara
  • Untuk mengetahui tahap minat anda terhadap kerjaya yang dipohon

PERTAMA: "Ice-breaking"
Pertama sekali penemuduga berkemungkinan telah membaca resume ataupun kelayakan anda secara sepintas lalu dan sesi ini adalah untuk mengenali anda secara bersemuka (in-person).

Jadi soalan ini dijadikan sebagai titik permulaan perbualan anda dan para penemuduga, dan untuk mengelakkan rasa janggal dan kekok

Maka dengan sebab itu, kebanyakan temuduga akan dimulakan dengan soalan begini.

KEDUA: Menguji Kelancaran Anda dan Kematangan Anda Ketika Berbicara
Majoriti penemuduga telahpun tahu dan arif berkenaan suasana bilik temuduga boleh menyebabkan anda 'cemas' dan 'panik', akan tetapi ia juga boleh menjadi medan untuk menguji kemahiran anda berkomunikasi sekiranya anda berhadapan dengan situasi 'tegang' sebegini.


Soalan 'ice-breaking' seperti "Tell me about yourself" sememangnya boleh dijadikan kayu ukur untuk melihat kemahiran komunikasi anda untuk menceritakan sesuatu yang mudah kepada penemuduga. Faktor-faktor lain seperti kelancaran dan kematangan juga diambil kira ketika anda sedang menceritakan perihal diri anda. 

Apa yang perlu diberikan perhatian, adalah:
  • Kelancaran (kalau tak lancar, anda tidak yakin, berkemungkinan juga ketidaklancaran tesebut memberikan isyarat yang mungkin anda sedang memikirkan cara untuk 'meng-kelentong' penemuduga)
  • Emosi - Perasaan takut dan gementar adalah biasa, tapi sekiranya ia keterlaluan, ia menunjukkan anda tidak matang dan kurang berkeyakinan)
  • Eye Contact - First impression is everything, memandangkan ini merupakan soalan pertama yang ditanya, penemuduga akan membuat penilaian pertama terhadap perilaku anda tatkala peringkat ini. Kegagalan anda membuat eye-contact sewajarnya menunjukkan anda kurang 'soft-skill', kurang berkeyakinan, ataupun tidak berminat dengan temuduga tesebut dan ini memberi kesan terhadap soalan -soalan berkaitrapat dengan pekerjaaan yang seterusnya. 
  • (Nota:  terdapat juga calon yang terus ditamatkan temuduga tanpa ditanya soalan teknikal berkaitan kerja, hanya kerana kurang membuat eye-contact sahaja

KETIGA: Mengetahui Tahap Minat Anda Terhadap Jawatan yang Dipohon


Ini adalah point terpenting!

Sekiranya penemuduga menyuruh anda menceritakan perihal diri : Jangan sesekali anda menceritakan tentang hal-hal peribadi anda kepada penemuduga seperti dimana anda bersekolah, bilangan adik-beradik, suami, isteri, hobi, aktiviti dimasa lapang dan sebagainya, kecuali sekiranya penemuduga meminta anda menceritakan perkara tersebut. Tapi, sekirapun ya, hadkan penerangan anda, kerana penemuduga sebenarnya tidak berminat untuk mengetahui secara mendalam sejarah hidup anda.

Apa yang dikehendaki penemuduga adalah anda sepatutnya memperkenalkan diri anda secara ringkas, dan menyatakan status perkahwinan anda, dan mungkin tempat tinggal dan kelulusan tertinggi anda (SPM, diploma, degree) dan kaitkan ia dengan jawatan yang dipohon.

Ceritakan sedikit berkenaan pengalaman kerja anda yang boleh dikaitkan dengan jawatan yang hendak dipohon. Walaupun anda memohon jawatan pegawai, dan anda hanya ada pengalaman berkerja di fast-food restaurant sahaja seperti KFC!

Kunci terpenting yang dicari oleh penemuduga adalah kebijaksanaan anda mengaitkan pengalaman anda bekerja di KFC tersebut dengan jawatan anda pohon pada masa kini. Seperti anda dapat mengaitkan nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama, memahami etika berkerja, mendapat pengalaman menguruskan masa dan karenah orang ramai, memperoleh kemahiran menguruskan pelanggan yang hilang sabar dan kaedah menanganinya sekiranya anda dilantik untuk menguruskan sesebuah unit ataupun jabatan.

Dan sekiranya anda menyertai aktiviti luaran ataupun ko-kurikulum, anda seharusnya mengkaitkan aktiviti tersebut dengan nilai-nilai murni yang dapat diterapkan dengan menyertai aktiviti ko-kurikulum tersebut.

Cuba sedaya upaya untuk mengaitkan pengalaman hidup anda dengan objektif dan juga kehendak skop tugas jawatan yang anda sedang pohon sekarang. Gunakan peluang ini untuk tarik perhatian penemuduga terhadap  kemahiran dan kebolehpasaran anda.

Kesimpulan secara ringkas:

Soalan "Ceritakan perihal diri anda" perlu dijawab secara berstruktur mengikut tip ini:

  • PEMBUKAAN mulakan dengan pengenalan pendek: Nama, asal, status perkahwinan, kelayakan akademik tertinggi, minat (kaitkan dengan jawatan dipohon
  • Ringkasan pengalaman kerja anda: Kaitkan pengalaman kerja anda yang lepas dengan jawatan yang anda sedang pohon sekarang walaupun hanya kerja sementara ataupun kerja rencam.
  • Beri jawapan yang ringkas, padat dan bermakna : Maksudnya, jangan bercerita  'kosong' dengan penemuduga. Setiap jawapan dan penerangan anda berkenaan soalan tersebut haruslah mempunyai 'makna'. Iaitu, setiap penerangan jawapan anda haruslah menyokong peluang anda untuk merebut jawatan yang sedang dipohon.

Serius ini membantu wia membuat persiapan seminggu lebih dari sekarang..
Moga memberi manfaat buat semua..
Sharing is caring kan.. Tawakal & redha  

Wednesday, 19 March 2014

Sausage Tuna Cheese ❤️

Assalamualaikum....
Terasa nak makan salad semalam.
Jadi pergi supermarket borong sosej, tuna dan cheese..
Biasalah wia kan penggemar makanan ;p

Buat sesuatu yang baru buat adik-adik kesayangan
makanan barat uOls. So, diorang happy wia pun turut happy sekali ;)

Bahan-bahan sangat mudah :
Black Paper
Italian Herba
Tuna Mayonis
Sosej
Bawang Besar
Bawang Putih
Cili Merah /Capsicum






❤️
❤️
❤️


Terliur tak.? Masakan semudah 10 minit..
Rebus sosej. Kemudian tos kan..
Tumiskan bawang putih dan masukkan black paper 
dan segala Italian Herba..Agak perang.Tutup api dan masukkan 
sosej, tuna dan bawang besar dan sedikit capsicum/cili merah.

Masukkan dalam tray..Kemudian taburkan cheese Mozarella atau cheese Cheddar..
dan masukkan dalam oven selama 10 minit dan Siap!! Hikss
Wangi dari oven memang mengancam..
Selamat Mencuba bloggerian ;)
Sedap dimakan bersama salad...nyumss


Monday, 17 March 2014

Meet My SchoolMate

Assalamualaikum..
Dua hari menyibukkan diri dengan kursus..Hikss
dan kebetulan jumpa kawan lama time sekolah menengah..
best sangat..sebab weouls duduk ja satu daerah
tapi jarangg sangat berjumpa..

Ni nak jumpa rasa nak nagis rasa.. :')
jadi kesempatan tu terasa nak snap gambar bersama..
Banyak lagi sebenarnya..tapi yang ni saja
yang sopan..Yang lain tu macam blur, dan sebagainya.
walhal malu nak letak gambar yang chubby -____-






Akhirnya dua hari berkursus..Dapat la sijil yang diperlukan JAKIM..
ce teka kursus apa? ;p
Adoii rasa kerdil pulak disisi mereka yang tinggi..
walhai wia yang rendah, 148cm je..

Ok selamat sudah satu bab, alhamdulillah..
Jumpa lagi korangg...Ada jodoh jumpa lagi...
Selamat Berblogging semua :)
si dia selesai minggu lepas, wia selesai minggu ni..
yang penting tak payah fikir dah kan..Syukur..

Friday, 14 March 2014

Hand Sock Lacey

Assalamualaikum dan Salam Jumaat...
Lately berkenan sangat dengan hand socks yang ada lacey..
Sweets! selain nampak ekslusif ^____^
syukur sangat dapat jumpa link ig-shop dan website
yang jual lacey hand sock ni dengan harga yang berbaloi..



Rambang mata..Semua ada lace dengan colour yang ohsem!
lama wia cari yang ada lacey ni..akhirnya jumpa juga..teehee
memudahkan wia nak shopping handsock lepas ni..


yellow pastel!


putih sesuci lebaran :)


Hitam memikat ;) Hehe


Gold pun cantik kan? :)

Seronok sangat sekarang ni nak bergaya dengan tutup aurat memang mudah..
kalau nak cantik tu, memang boleh! Hikss
kalau uOls suka kaler apa..Boleh la pilih mana berkenan dihati :)
#DoaUntukMH370

Wednesday, 12 March 2014

They Love You..We Love You

Assalamualaikum...
Hari ke-5 masih lagi dengan entri tentang insiden mencatat sejarah
pesawat yang hilang MH370 :'(

wia tak pandai nak update memandai..
cuma touching sangat dengan video yang menjadi trending tika ini..
pengguna Youtube yang mengupload video ini pada 9 Mac lepas
menggunakan dua bahasa..English dan China..
sangat menyentuh hati..Menantikan kepulangan MH370..


Sesungguhnya kami milik Allah & kepadaNYA kami kan 
kembali.Ya Allah, berilah pahala kepadaku & gantilah dgn yg lebih baik

Pabila ditimpa musibah, semestinya sebagai umat Islam selain usaha.
pastinya doa adalah senjata orang mukmin.
Biarpun mengambil masa yang lama, marilah kita doakan
pesawat Boeing 777 200 MAS MH370
selamat ditemui..In Shaa Allah..

Embedded image permalink

Teruskan berdoa untuk semoga 
ALLAH hadiahkan keajaiban untuk keluarga yg menanti. Tiada yg mustahil

Tuesday, 11 March 2014

Dimana Sains Teknologi Berakhir, Disitu Kuasa Allah SWT Bermula.

Assalamualaikum......
Hari ni masuk hari ke-4 misi mencari pesawat MAS MH370 
yang hilang dan masih lagi misteri..

Sebagai umat Islam, kebergantungan pada Allah adalah salah satu
cara untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan negara dan dunia.
Percaya kuasa Allah S.W.T adalah Maha Segalanya..

Selain usaha mencari dan menyelamat (SAR)..
Berdoa dan solat hajat amatlah penting
supaya pesawat MH370 dapat ditemui dengan selamat. Mudah-mudahan.







Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Karim..Ya Allah kaulah tuhan kami, Ya Allah tuhan sekalian alam kami bermohon dgnMu dgn ketuhananMu,kau hantarkanlah bala tentera2Mu utk selamatkan mereka Ya Allah..Ya Allah, sesungguhnya yg di langit dan dibumi ini milikMU..apa yg berlaku adalah ketentuanMU.. Kami mohon kasih sayangMU ya robbi , berilah kekuatan dan ketabahan kepada semua ahli keluarga penumpang2 MH370 yang sedang dalam
Kesedihan dan kedukacitaan.. Berikanlah sebarang tanda utk pesawat itu utk ditemui dan mudahkan lah untuk menemuinya .. Hanya padaMU kami menyerah dan hanya padaMU kami mohon pertolongan..
Lindungilah mereka Ya Allah walaupun ada diantara mereka bukan seagama dgn kami..Amat mustahil bg kami tp tidak bagi kau Ya Allah..Amin ya rabbal Alamin...
Kesedihan dan kedukacitaan.. Berikanlah sebarang tanda utk pesawat itu utk ditemui dan mudahkan lah untuk menemuinya .. Hanya padaMU kami menyerah dan hanya padaMU kami mohon pertolongan..Lindungilah mereka Ya Allah walaupun ada diantara mereka bukan seagama dgn kami..Amat mustahil bg kami tp tidak bagi kau Ya Allah..Amin ya rabbal Alamin...

Sesungguhnya setiap doa itu ada jawpannya. 

Saturday, 8 March 2014

Berita Sedih.. #PrayForMH370

Assalamualaikum......
Hari Wanita Sedunia hari ni dikejutkan dengan berita pesawat MH370
yang hilang sejak pagi tadi T_T

Sebagai rakyat Malaysia rasa ingin mengajak ramai-ramai
mendoakan keselamatan semua yang terlibat dalam pesawat MAS tersebut..
Malaysia - Beijing yang kehilangan komunikasi di
 ruang udara kira-kira 2.40 pagi 8 Mac 2014..
Moga Allah mendengar doa kita semua...
amin yang rabbal alamin...



Kun Fa Ya Kun...Jangan putus doa ye..
walaupun kita tidak mengenali sesiapa pun yang ada dalam pesawat MAS
yang terlibat..wia tetap rasa sedih dan sebak dengan berita hari ni :'(
Moga Allah permudahkan jalan untuk para penyelamat dan pihak
yang tengah berusaha mencari dan menyelamat pesawat tersebut.

20 jam tika ini sejak hilang tapi masih lagi tiada berita dan masih misteri..
Mudah-mudahan Allah mendengar doa kita..

#PrayForMH370

Friday, 7 March 2014

Drama Filipina 'Be Careful with My Heart'

Assalamualaikum...Salam 1 Malaysia buat semua :)
Sekarang dah genap 2 bulan dok kat rumah rilek-rilek
jadi sempat laa layan cerita best kat tv..
antara nya drama Filipina kat tv3 bertajuk Be Careful with My Heart


Sinopsis
Be Careful With My Heart’ berkisarkan tentang seorang gadis bernama Maya dela Rosa (Jodi Sta. Maria) yang bekerja sebagai pemandu pelancong di kampung halamannya di Ilocos Norte, Utara Filipina. Wang sering menjadi masalah utama untuk menyara hidup dan membaik pulih rumah. Ketika hujan lebat, kakaknya, Cristina cuba membaiki bumbung rumah sebelum ditimpa kejadian tidak diingini yang mengakibat kaki Cristina cedera teruk. Dengan kos perubatan yang tinggi, Maya harus keluar dari Ilocos Norte untuk meneruskan hidup dan menampung perbelanjaan keluarga.
Maya mengembara ke bandar metropolitan Manila untuk mencapai cita-cita menjadi pramugari bagi membantu keluarganya. Maya tidak akan membenarkan sesiapa yang mahu menggagalkan impiannya, termasuklah Richard Lim (Richard Yap), seorang duda yang kaya. Ironiknya, Richard merupakan harapan terakhir Maya untuk merealisasikan cita-citanya kerana pengaruh lelaki tersebut di dalam industri penerbangan. Namun, Richard hanya akan membantu Maya jika Maya bersetuju untuk menjadi pengasuh kepada anak-anaknya.
Atas desakan keadaan, Maya terpaksa bersetuju. Apabila Maya menjejakkan kaki ke rumah istana milik Richard, beliau secara tidak langsung terlibat dengan kehidupan peribadi Richard dan tiga orang anaknya yang bermasalah, Luke, Nikki dan Abigail. Maya merasakan pemergian isteri Richard turut memusnahkan keharmonian dan kegembiraan di dalam keluarga ini.
Justeru, Maya mengambil inisiatif untuk merapatkan kembali hubungan Richard dengan anak-anaknya. Usaha dan pengorbanan gadis San Nicolas ini berjaya membina semula keluarga Lim. Pada waktu yang sama, Maya mula jatuh cinta terhadap Richard dan amat menyayangi Luke, Nikki serta Abigail. Ketika itulah Maya diuji apabila seorang wanita muncul dan mengaku sebagai ibu kandung kepada tiga anak Richard. Apakah yang bakal berlaku selepas itu?
Best jugak..Hehe layan petang-petang..tak ada la serabut dok fikir konflik pelik-pelik.
:)

Thursday, 6 March 2014

VSCO Cam™ The Standard of Mobile Photography

Assalamualaikum dan salam keceriaan :)
VSCO CAM uOls pernah dengar tak?
wia tertanya-tanya apa la sebenarnya app nie..

VSCO Cam ™ juga termasuk satu set keingkaran laras (lihat: mudah) Pratetap dan Peralatan untuk mengedit cekap dan tepat dengan penyesuaian Pratetap tambahan boleh dibeli di kedai dalam App. Di samping itu, untuk jurugambar yang menikmati berkongsi imej melalui pelbagai kedai, pilihan anda termasuk: Instagram, Facebook, Twitter, Weibo, roll kamera, e-mel, dan - VSCO Grid ™: satu platform penerbitan minimalis untuk mempamerkan yang terbaik dalam fotografi mudah alih, secara langsung disepadukan ke dalam aplikasi, membuat perkongsian mudah.


Sekarang kan segala-galanya instagram dan whatApps..
tengok gambar yang ohsem dan cantik terasa nak jugak! hehe
Jadi wia pun pegi Google Play dan install..
Hasilnya pun memang tampak profesional..!







Contoh gambar nampak gempak kan..
macam gambar ala DSLR fotografi..
ni video intro pasal vsco cam..Hikss..

VSCO Cam™ from VSCO on Vimeo.
:)

Monday, 3 March 2014

Serap Pengalaman Membeli :P

Assalamualaikum......
Setiap cuti sekolah mesti ada banyak wedding kan..
wia suka sangat pergi kenduri kawin..Feeling ambik berkat katanya..
Bila ditanya bila..In Shaa Allah bila tiba masana..
pasti wia akan kongsi kegembiraan itu dengan kalian
pembaca belog kesayangan...pssst ayat clinche sangat kan ;)

Baru nie teman member wia shopping barang hantaran untuk 
majlis akad nikah dia..Wahh bila di ajak teman mesti la rasa excited uOls.
tambah member yang Bride to Be (B2B) tuu..
memang rambang mata tengok barang-barang untuk kawin ;)
serius, wia pun rasa macam wah macam ni rupanya nak jadi pengantin..
Busy selagi majlis tak selesai..dan bestnya dah masuk
kedai barangan hantaran, sedia duit jaa..Macam macam ada..





Masuk sini rasa macam tak mau keluaq..Hehe
sebab barang comel sangat..tapi kalau pandai memilih..
memang boleh dapat harga yang berbaloi dan murah ;)

Kawin memang mudah kalau $_$ fuluss banyak..
sebab duit keluar macam air mengalir..Hehehe
Okey selamat berblogging...

Saturday, 1 March 2014

Selamat Datang Babak Baru - MAC ❤

Welcome March, Assalamualaikum..
yeay! akhirnya dah masuk bulan ketiga dari dua belas bulan..
Cepatnya masa alhamdulillah :')


Pejam celik pejam celik, lewat malam baru boleh update belog kesayangan.
sibuk belek lappy biru asyik mintak belai baru nak shut down..
dah settle baru rasa heaven..legaa tak payah nak tunggu lelama..
setiap kali nak open atau shut down..Peace!!

Love Myself too much..Selfie 
Lately kerap sangat jumpa orang yang cantik dan gojes.
sampai terasa diri kerdil walaupun memang rendah dengan berketinggian 148cm
ecece dah tak malu-malu nak sebut ketinggian yang tak berapa nak tinggi tuu ;p
ini sebab wia terbaca blog puan yuyu yang somel lagi comel pluss pluss.
kiut sangat tapi dia pandai menggayakan diri.

Lagi best, Farah Khairuddin, owner
 Cala Qisya pun comel molek juga ketinggian dia
tapi sangat ohsem jadi model butik sendiri.
Rasa Masha Allah..kenapa perlu nak merendah 
diri dengan keunikan yang kita ada ni kan ;)

yang penting sekarang wia kena kuruih.
Target besar nak macam Cik Epal yang sekarang nak selim melim uOls.
wia pun boleh dikatakan kategori chubby sekarang ni.
dah rendang bila badan besar dan rendah bila disisi orang yang tinggi.
tapi heels la penyelamat. Hikss. Dah umur menjangkau dewasa nie
kena pandai bawa diri dalam dunia yang penuh pancaroba ni..fiuhh!
Al-Quran dan sunnah jadi pegangan.

Ok sebenarnya panjang lebar berceloteh dalam entri kali nie..
nak cakap satu je, ada kemahuan disitu pasti ada jalan..Percaya lah..
Bulan Mac bulan istimewa buat wia..Hee
Ce teka kenapa...Pssttt..Rasa hati berbunga bahagia.
walaupun tengah tanam anggur tak berbuah..Gurlp!
Dugaan kecil Allah nak bagi...Doakan dipermudahkan ye uOls..
Salam blogging dari Dawia Honeyputri!
*menaip dengan hati, memang puas sehingga ke tulang hitam..teehee
:)
 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi