Saturday, 19 July 2014

Resepi Nasi Ulam :)

Assalamualaikum...
Dah lama sebenarnya nak update entri pasal Nasi Ulam.
Orang utara mesti tau kan nasi ulam atau Salad Herba.
Memang sedap dimakan dengan kuah
 asam keladi atau Asam pedas keladi :)

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram nasi yang dikareh dan sejukkan
2 ekor ikan kembong, bakar dan ambik isinya, tumbuk halus
1 inci ikan kurau masin, rendam 20 minit, goreng dan tumbuk hingga gebu
1 camca besar lada hitam, tumbuk halus
2 camca besar kerisik
1 camca besar bawang goreng, diramas
3 biji telur rebus, belah 4 setiap 1
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN ULAM DI HIRIS HALUS :-)
6 helai pucuk mengkudu
2 helai daun kunyit
4 helai daun cekur
1 genggam daun kesom
1 genggam pegaga
1 genggam daun selom
1 genggam ulam raja
2 helai daun limau purut
1 kuntum bunga kantan
1 batang serai, ambil bahagian putihnya
5 biji bawang merah
1 inci halia



CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan bahan2 ulam yang dihiris halus, tambah isi ikan kembong dan isi ikan kurau masin yang telah ditumbuk halus. Masukkan bawang goreng dan lada hitam Gaul rata.
  2. Masukkan nasi, kerisik dan sedikit garam. Gaul hingga semua rata dan mesra. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Gaul rata dan hidangkan bersama telur rebus. Selamat menjamu selera!!...

Sunday, 13 July 2014

15 Ramadhan 1435H

Assalamualaikum......
Pejam celik pejam celik dah masuk 15 Ramadhan..
Syukur alhamdulillah :') Cepatnya masa berlalu..
wia dah berkesempatan berbuka puasa dengan keluarga 
tok sebelah ayah dan juga dengan keluarga tok sebelah mak. 

Berbuka dengan mak saudara, ayah sedara dan sepupu sepapat
secara beramai-ramai..Hikss. Memang meriah..
Berbuka puasa di kampung la seronok.
Tradisi kami setiap tahun walaupun tak semua ada..
tapi tetap kami lakukan dengan sempurna...


Wia baru perasan yang dah lama wia tak update belog.
Letih berpuasa ke letih bekerja ke cemana tak tahu laa
Mungkin perubahan masa buat kita jarang berblogging. Ampun >___<

walhal dengan berblogging buat kita dapat release tension..ngee :'D
Amacam puasa korangg setakat ni? Best tak?
Banyak ber-iftar di luar atau selalu di rumah saja..Hehe

Dah buat persiapan raya? Shopping?
Ok dah masuk pertengahan Ramadhan tipulah kalau tak ada sikit pun buat persiapan
nak raya kan? Rata-rata orang dok cari tema warna baju raya tahun ni..
dan warna tema baju raya weouls satu famili ialah PURPLE!

Seronok pulak rasa nak bagi merasai tahun pertama bagi duit raya kat adik-adik..
Al-maklum ler kak dia ni belum kahwin dan juga baru berduet sikit ;p
dan In Shaa Allah tak sempat nak buat biskut raya berbalang-balang..
tapi teringin buat cupcake je kot..Haha

[sampul+raya.jpg]

Okey dengan ini wia nak ucapkan selamat menjalani
 ibadah puasa buat muslimin muslimat semua ye..
Nampak tak wia semangat kaler ungu tahun ni.. ;)
Jarang weouls bertema ..Hehe..Yang penting
 moga ibadah kita semua diterima Allah taala'
amin ya rabbal alamin...Mudah-mudahan..

Friday, 4 July 2014

Pertama kali BerkurSus ;)

Assalamualaikum....
Syukur alhamdulillah, selesai sudah kursus kump.3 di Alor Star
selama 3 hari 2 malam. Legaa sangat tak payah fikir dah..Hikss
Walaupun berkursus di bulan puasa, syukur sangat Allah permudahkan..
kumpulan 1 dan 2 dah buat sebelum bulan puasa..

Penginapan dan makanan berbuka dan bersahur jugak disediakan..
Ni kursus bukan macam pi kem..Dalam bilik asrama siap ada tv lagi..Hikss
wifi free..Kalau kita fikir positif semuanya jadi positif..In Shaa Allah




Lauk berbuka dalam 2 Hari desana..
Nasi putih dan lauk pauk ..Kuih muih dan buah..
Hari berikutnya nasi minyak, dalca dan ayam masak merah ;)
Tengok la portion pun dah tau kenyang kan ;p


Area kaunter asrama..Cantik kan :')

Dan akhirnya gambar beramai-ramai...
walaupun tak semua..tapi weouls happy..ngee :'D
ada anak dara dan mak dara..Haha
Mana yang sempat je bergambar..
yang lain dah gegas balik kot...

Zaman sekarang tak syok la kalau tak bergambar kenang kenangan..
Ok walaupun letih tahan mengantok bagai di bulan puasa..
tapi yang penting kami dah hadiri kursus..
Mudah-mudahan dapat rezeki tetap lepas ni..
Berkat doa bulan Ramadhan..Ameen ya rabb :')
 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi