Monday 23 February 2015

Majlis Tunang Paksu | 21 Feb

Assalamualaikum...
mood masih mood cuti CNY..Hee
Bestnya lahai walaupun cuti hanya 4 hari ;)
dan macam biasalah kalau musim cuti sekolah..
Ramailah yang bertunang, bernikah dan berkahwin..
Best sangat scrool insta, FB dan Blog
penuh gambar cecantik di hari bahagia...

Sabtu lepas, paksu sepupu ayah bertunang...
meriah sangat! dan wia tak berkesempatan nak pegi sebab
ada urusan lain dan hanya sempat tengok gambar..
Manis ja tunang bakal maksu..anak tunggal pulak
tunangannya. Sebaya dengan adik wia, dak Nana :)


sama cantik dan sama padan ;)

saat disarung cincin sebagai tanda :'D

Manis di pelaminan..Hikss

mak dan dak Nana..
sempat lagi tuu..katanya makan sedap-sedap belaka..nyumss
Banyak juadah yang disediakan..
dan alhamdulillah majlis tunang paksu selesai dgn jayanya.

ibu bapa sebelah perempuan..

ibu bapa sebelah lelaki ;)

Tahniah Paksu..diam-diam tup tup dah bertunang..
Syukur Alhamdulillah..
Selamat Bertunang dari anak sedara sepupu terdekat.
Kawan sepermainan zaman kanak kanak..
Beza wia dan paksu selang 3 tahun je..ngee
Happy for You, Paksu ^_____^

Friday 13 February 2015

Menjala Roti Versi 2015


Assalamualaikum....
Selamat menikmati kehidupan yang fana nie ;)
entri kali ni nak tunjuk cara-cara menjala kuih
kali ni dimakan bersama kuah durian.
Ehemm walaupun bukan dalam musim buah terutama durian
yang ni la pentingnya lempuk.

Isi durian dimasak sehingga pekat
dan dijadikan kuah. Sesuai dihidang untuk santapan petang.
Bubur mahupun kuah durian..nyums!
Jom menjala...Senang dan cepat kalau kena dengan bancuhannya.

Sambil menjala pun boleh layan FB dan text whatApps tau..
Mak wia buat kuah..dan wia buat roti jala nya..
tak susah pun uOls. Pegang 6 benda je untuk buat jala ni..

Bahan-bahannya :
Telur ayam sebiji.
minyak masak- secukupnya
tepung gandum
garam
air secukupnya..
dan pewarna - ikut warna kegemaran uOls!

Kesemua bahan di- blender .
Kemudian boleh la menjala ikut kreativiti sendiri. Hikhik

 



Alamak! terbalik pulak. Upload lagi sekali
pun tetap nak terbalik jugak. Pandai pandai la teleng kepala ek



Ini gambar roti jala yang dimakan dengan kari ayam!
Gambar dari : mr Google. rajinnya depa gulung.
wia lipat 3 segi je macam gambar yang atas..Cepat dan senang
ikut citarasa masing-masing la kan.
warna roti jala tu pink dan kuning.. ;)
Menarik sangat. yang penting jangan letak pewarna banyak sangat
tak elok untuk buah pinggang kesayangan kita.

Selamat menjala semua!
 psst resepi kuah durian dan kari ayam..Belum diploma lagikk..ampunn
:'P

Thursday 5 February 2015

Majlis Hari Anugerah | Meriah!!

Assalamualaikum..
Hai pembaca blog picisan wia..
saja nak kongsi dalam blog mengenai
majlis eidul ilmi atau hari Anugerah Cemerlang
kat sekolah tempat wia bekerja..

Gambar semua kredit whatApps group sekolah ;)
Malas dah nak edit..memang 100% dari WhatApps..Hehe
persiapan demi persiapan pentas 
memang tabik dekat guru-guru perempuan..
Memang kreatif habis walaupun tak ada dewan.
Buka 4 buah kelas terus jadi dewan. Kemas sana..deco sini
terus jadi dewan yang cantik,ceria dan warna warni..

Gigih tau buat pentas. Semua yang penting kerjasama
kalau buat sorang memang tak akan habis.
Cuma yang curi tulang tu harap Allah ampunkan dosa.
mereka tak sengaja tuu..Masa ni wia sibuk di pejabat.
Saja nak sharing dalam blog sebagai kenang-kenangan.
Meriah..dan pelajar semua top! :'D
Puji anak-anak sendiri..HeheHe



Bab nie pelajar perempuan paling suka! :')
Suka lettew buat roda kipas..


Bernasyid dan berkompang...
Memang berbakat..Syukur Alhamdulillah..
majlis berjalan lancar walaupun Guru Besar tak berapa sihat
Tahniah buat penerima anugerah atas usaha masing-masing..
Ummi/Kak Adawiyah tumpang hepi!

Baby dan Jiwa :)

Assalamualaikum...
Bestnya bau baby...Wangi..
Berkesempatan dapat cium peluk pegang
 main dengan anak buah bestfriend pun jadik la ye
semua sebab auntie wia engkorang ni belum lagi kawin..
Nanti dah kawin auntie kasi korang bestfriend double teruss.
kembar seiras yang comel dan sihat sempurna..
in Shaa Allah . amin :) moga makbul!

Ada hikmah, ada rezeki..
ada la rezeki anak kembar lepas kawin..
Doakan auntie engkorang ye baby wafi dan baby adam..
dan pembaca blogger sekalian.
Yang penting yakin dan kawin dulu kan?





Gelagat tu comei sangat! Auntie percaya dengan perancangan Nya..
moga dipermudahkan urusan penyatuan kelak..
Malam-malam rindu nak main dgn adam dan wafi...haishhh
kena cepat kawin ni. Simptom umur 20-an ;P

**Bestnya tengok Yana Samsudin dan Hanis Zalikha dah nak kawin ..

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi