Saturday, 30 May 2015

Happy 7th Aniversary Love

Assalamualaikum..
Cepatnya masa berlalu. dan hari ni genap 7 tahun 
wieya dan si dia menjadi pasangan kawan yang serius.
Cukup lama..alhamdulillah dipermudahkan Allah..
dan tahun ni berbeza dari tahun-tahun lepas.
wieya dan si dia bertukar status 2 Mei 2015
dimana wieya telah disunting menjadi tunangan orang :')

❀❀❀

Syukur..si dia sudah menjadi encik tunang wieya..
Moga hubungan ini kekal hingga ke syurga
dan dipermudahkan urusan persiapan perkahwinan kami berdua..amin


My Anniversary
--------------------------------------------------------------------------------------------------
My Enggagement
--------------------------------------------------------------------------------------------------
My Wedding


comel sangat application nie..
boleh tick kalendar..hitung hari menjelang ijab dan qabul
sekarang banyak yang kena fikirkan..
I'm Bridezella..haha..tapi best!
selalu tengok untuk orang tahun ni in Shaa Allah giliran wieya

lepas ni banyak tentang wedding preparation ye blogger semua.

Untuk boyfriend tercinta merangkap tunang tersayang,,
Selamat Ulangtahun hubungan kita yang ketujuh..
Terima kasih bertabah melayan karenah saya..Hikss
saya flexibel kan.kan..walaupun kadang tak dengar kata..
tapi awak tetap pandai lenturkan kekerasan hati saya..
sebab itu awak..pilihan hati kita,.
dalam berjuta orang lelaki di luar sana awak yang saya pilih :')
 ♥♥♥

Thursday, 28 May 2015

Sarung Cincin ♥

Assalamualaikum semua 
Berkira-kira nak masukkan gambar tunang dalam blog kesayangan..
alhamdulillah..Hampir genap sebulan dah bergelar tunangan orang,,hikss
Banyak nak stori sebenarnya..

Cuma orang kata tak baik hebahkan pertunangan..
dan wajib beritahu pernikahan. Sebab tu sampai sekarang 
wieya cuma masukkan gambar dalam Facebook, 
cuma semalaman. Kemudian, private album selepas tu.

Intagram dan blog, rasanya masuk sikit-sikit je gambar macam mana
wieya masukkan dalam blog ni sekarang ;)
In Shaa Allah doakan yang baik-baik ye.

30hb Mei ni dah nak genap 7 tahun berkawan tapi mesra.
Jarak jauh. Kalau jumpa boleh kira guna jari. Hee
itupun hal penting je macam masa pilih cincin tunang risik
makan makan dan bincang hal masa depan yang lebih cerah :')





Capital F  R
Harapnya ikatan ini kekal hingga ke syurga.
Orang kata bertunang ini darah manis,
Banyak yang kita kena jaga. 
Persiapan kawin, dan perancangan demi perancangan
memang perlukan perhatian yang lebih.

Doakan wieya dan encik tunang.
Dia pilihan wieya untuk bakal imam dan ketua keluarga kelak
Nanti kita stori moment majlis tunang dalam ni.
Sebab setiap seorang pengalaman itu berbeza..

Tema tunang warna pastel yellow. Clue from me 
Doakan wieya rajin update blog selepas ni..ngee
Continue...............

Saturday, 9 May 2015

Countings Days | WieyaRaudzi ❤

Assalamualaikum.. 
02.05.2015- 09.05.2015, 
genap seminggu jadi tunang kepada encik M.FKR..*blushing* 
Cepatnya masa..phew! Sejak jadi tunangan orang
 rajin pulak dok countdown itu dah ini..Hehe
Biasalah sang darah manis dok hitung hari 
nak jadi isteri solehah in Shaa Allah :)

Pejam celik pejam celik tinggal lagi beberapa hari lagi
Fuhh masa tu cepat ja berlalu. Banyak jugak yang nak kena
buat persiapan. Baru la rasa Bridezilla camni ..Hikss💕




Setiap Bride to Be (B2B) pasti rasa macam apa yang wieya rasa..
Boleh dah survey apa-apa sikit-sikit..
Macam majlis pertunangan wieya 02.05.2015, Sabtu lepas
wieya banyak DIY dan sangat puas hati sebab wieya buat sendiri :')

Rasa nak update sikit-sikit majlis tunang dalam blog picisan wieya ni..
tunggu gambar siap dulu..dan banyak lagi persiapan demi persiapan yang
akan dibuat sambil masukkan entri persiapan 
Pelan manis 2015 Wieya & Raudzi..ehemm 💕

Doakan yang baik-baik buat hubungan ini..
Hubungan jarak jauh dua negeri sempadan..Hee
Orang kata darah manis ni banyak godaan syaitan
moga wieya dan tunang dapat hadapi dengan baik..amin


Kek tunang dari pihak wieya untuk pihak lelaki :)
Berat tau kek nie..Jauh ambik..haha
tapi sangat puas hati..sedapp dan deco seperti apa yang wieya nak.
Respons encik tunang pun kata sedap sebab kek lain lapis lain rasa..
Kek Rainbow inspirasi Gula dan Mentega..
:')

Friday, 8 May 2015

Thanks Nuffnang! | Check Out Kali Ke-2

Assalamualaikum..
mood nak menulis ni dah membuak-buak.
Tak sangka dah 5 tahun wia berblogging..
dan merasa 2 kali check out earning Nuffnang..
Syukur Alhamdulillah..

Saat paling seronok berblogging bila tambah income macam ni..
Terima Kasih NUFFNANG!!
semalam baru je terima check yang julung kali tuu..
hati membuak walaupun dapat tak sampai 1k
sekurangnya boleh tambah income untuk tabung kawen..hee

yang tak menahan, kawan yang bukan blogger di opis pun minta ajar
berblogging macam ni..opismate minta ajar buat blog.
walaupun wieya bukan blogger tegar dan popular..
tapi pengalaman mengajar kita erti kehidupan dan matlamat
Yang penting jangan putus asa.



wieya enjoy menulis blog sebab suka berkongsi rasa hati
yang kuat verangan nie disamping menulis pun duit masyuk
siapa tak nak kan.. Jadi tepuk dada tanya lah hati..
Sebab tu bila rasa tak ada masa nak menulis rasa nak tutup blog
rasa sayang..sebab blog ni buat wieya kenal dunia luar
dan ilmiah yang membuak. Cewah! :'D
Sila fahami jiwa belia remaja cam wieya ni plisssss


Bahagia itu milik semua.
What You Give, You Get Back..In Shaa Allah :)
tunggu je 3 hari bekerja..duit akan masuk dalam akaun bank milik kalian
Siapa yang tak gembira kan..
walaupun kerja, tapi bila ada income tambahan memang happy giler

Bawah ni gambar earning wieya tengah menari-nari dalam blog
kesayangan ni di bawah kempen IKEA dan TGIF ..hikss
sekali lagi thanks NUFFNANG!


siapa yang belum join tu cepat-cepat register tau..
wieya bahagia berblogging dengan Nuffnang walau
tak pernah join mana-mana event yang dianjur NUFFNANG sebab jauh..hukhuk
tapi wieya tetap support dari jauh tapi dekat dihati ;)


Thursday, 7 May 2015

Welcome May 2015

Assalamualaikum semua...
Ya Rabbi...sebulan lebih blog tak ter-hapdate..
Rindu sangat nak menulis dalam blog picisan nie..

Selepas lappy wieya ni pi install lain..
Habis Adobe Photoshop wieya terdelete.
Terlupa nak suruh backup sebelum install laptop hari tu..Huhu
Jadi dah lama juga blog tak bertukar wajah.

di samping kekangan masa..Cewahh!! 
mmg tak boleh nak buat apa blog nie selain resfresh banyak kali
untuk buang habuk dan sawang yang berlegar dalam blog ni..Hikhik

Perasan tak dalam blog ni wieya masukkan 
satu side bar lagi di sebelah kanan blog..Lalalala..
Nak jugak macam yang lain...ngee :'D

Banyak nak stori dalam blog. Satu per satu wieya cerita nanti ek
I'm Officially Someone Fiance, now!
Itu kita cerita next entri..Hee


ramai sangat dok upload pasal How-old.net ni..
wieya pun nak cuba..dan hasilnya haha..Belasan tahun uOlss
trang tang tang remaja belia lagi :'P
Best pulak guna application nih..

Bila ditanya perasaan sekarang..wieya rasa sangat puas hati
majlis berjalan lancar hendak-Nya.
Doakan hubungan kami berdua ye semua blogger..
In Shaa Allah nak kerap rajinkan diri lepas ni..Hee
Salam malam Jumaat..
 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi