Monday 8 June 2015

Majlis Pertunangan WieyaRaudzi | Part 1

Assalamualaikum..
Ahlan wa sahlan ya Ramadhan, lagi beberapa hari lagi kita
akan berjumpa bulan Ramadhan yang penuh barakah :)

Sekarang wieya dah tukar status dari "Single" kepada "Engaged"
 Rasa macam baru semalam saja bertunang. Cepat sangat masa berlalu.
Meh nak kongsi pasal majlis pertunangan diri sendiri. Hee

Tarikh dipilih ialah 02 Mei 2015. Hari : Sabtu
Memang wieya akan ingat sampai bila-bila tarikh keramat ni,
Sebut pasal tarikh memang 3x kali bertukar..
Pada perancangan pertama wieya dengan BF sebelum bergelar tunang.
Memang nak buat majlis pertunangan kami berdua ni tarikh 30 Mei.
tup tup dengar sepupu nak nikah tarikh yang sama.
Terpaksa mengalah walaupun sedih, tak dapat tarikh yang sama.

Kemudian kami decide pulak nak buat 01.05.15 hari Jumaat.
macam cantik je tarikh tu kan..hehe. Bagitau mak ayah wieya
depa tak setuju. Sebab ayah cakap hari Jumaat tak sesuai buat majlis
Kenapa ayah cakap macam tu, ikut perancangan nya ayah nak buat
majlis tunang sekali kenduri kesyukuran. 
Maksudnya nak jamu tetamu dengan makan tengahari.
Itu niat ayah. Wieya terima dengan hati terbuka :')
Terharu sebenarnya ayah nak buat kenduri. Anak sulung kan. Hehe

Bincang dengan bakal tunang masa tu, kami pilih 
tarikh ayah bagi 02.05.2015 iaitu hari Sabtu
setelah dipersetujui kedua-dua belah pihak. Syukur :')
Bermulalah perancangan dup dap dup dap wieya..

Sebulan buat persiapan. Memang dari zero hinggalah ke hari 
terakhir persediaan membuat majlis. Phew! 
Boleh tahan cabaran dia..Barulah merasa pengalaman macam orang lain
serba serbi buat sendiri dan hantaran syukur sangat-sangat. 
Orang banyak bagi termasuk jiran dan sedara mara,
 Legaa dan jimat dah bab tue. Hikss.. *walaupun ada yang tak masuk tema*
------------------------------------------------------------------------------------------
Tok sebelah ayah, awal-awal dah mai nak tido situ katanya,
Jiran tetangga pun datang memeriahkan petang sebelum majlis.
Ada yang mai tengok hantaran. Ada kawan ayah yang datang awal
sebab esok majlis tak dapat hadirkan diri..Dalam hati wieya terdetik,
macam ni rupanya feel nak kenduri rupanya.
Nasib awai-awai masa lepas Zuhur dah siap iron baju tunang.
Cuma tudung je masih dilema nak pakai pink belacan atau warna jasmine. Hee

Malam sebelum majlis. Masih sibuk siapkan hantaran.
wieya ingat lagi stress nak letak bunga kat hantaran di saat-saat akhir.
Kebanyakkan dan siap. Khemah dah dipasang petang Jumaat, lepas Asar.
Dua khemah besar depan rumah, macam tak percaya je nak kenduri uOls.
Perasaan masa tu, macam tak pecaya nak bertunang.

Pukul 9.30 malam, BF call dan hantar gambar hantaran dalam WhatApps
dia cakap dia dah letih. Dapat bayang hantaran tu ada sentuhan BF sendiri.
dia bagitau yang dia nak mandi dan terus tidur..
Tidurlah wahai bakal tunangku.. *detik hati ini masih tak percaya esok harinya*

Masuk pukul 12 tengah malam mak paksa tidur. 
Jangan tido lewat katanya. Macam tak pecaya tau.
 Mak pun masih sibuk kemaskan rumah saat-saat akhir.
 Bila wieya dah puas hati dengan hantaran
yang rasa simple ya rabbi tu. 

Siap-siap cuci muka dan pakai mask beli kat guardian
 sebelum tidur dengan harapan muka segar pagi esok. In Shaa Allah.
Debaran dah terasa tapi excited pun ada, ngee
Malam tu kebetulan adik perempuan wieya
baru sampai dari KL ngan kawan dia. Kami tido sama-sama malam 
tu dengan pelamin DIY wieya pun dalam bilik. Hehe.
Baca doa dan terus tidur..
Berdoa moga Allah permudahkan majlis esok.
Malam tu tidur lena nyenyak macam tak pecaya. Haha.
Bersambung.... 


1 comment:

  1. Ha, blm nikah g ti lg sibuk tau,huhuu......;-)

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi