Saturday 10 October 2015

BrideMaids Hunting ❤

Assalamualaikum
Dekat-dekat nak majlis ni banyak pulak
idea yang timbul. Tapi serius cakap wieya tak banyak sangat DIY
banyak order dan bayar..Itulah wieya sekarang.
Mungkin sebab malas nak fikir tapi berbelanja kena lebih sikit la ..aigooo

Hari ni Hari Sukan Negara..
Julung julung kali diadakan.. We support #HariSukanNegara!!
Yeay..sempat menyelit pasal isu terkini 10.10.2015
Esok genaplah dua bulan sebelum majlis. Phew!
Sebagai Bride To Be tipulah kalau tak risau dan banyak fikir :')

Sekarang yang bermain dalam otak fikiran wieya adalah
siapa gerangan dayang-dayang time wieya nikah..Hehe
Setakat ni ada 3 orang yang confirm 
dan cuma tinggal 3 orang lagi untuk lengkapkan ahli dayang-dayang ku
merangkap peneman nebess dan penyeri sang raja dan ratu sehari..ngee

Idea yang bernas.. Please coming to me..
Banyak idea sekarang dan bila menaip dapat tenangkan pemikiran wieya
Bila ditanya pendapat, lain orang lainlah buah pemikirannya
yang baik jadikan teladan, yang tak berkenan letak tepi ;p
eh kalau uOls perasan, background blog dah tukar soft pink
tanda ambik feel romantis sikit-sikit. Berkobar sikit nak menaip
Dua bulan lagi katanya #alahsayang 


Sebulan setengah je lagi nak berhenti kerja sekarang.
tak tahu nak nangis ke nak gembira :'D
mungkin patut gembira aja..sebab banyak yang tak best dari best kerja sekarang ni.
yeah lepas ni kena masuk dalam alam baru yang belum penah wieya rasa.
Jadi perasaan tu haruslah bercampur aduk. Titik

Meh searching my bridemaid lelaju untuk majlis nikah.
Masa tinggal tak berapa lagi. *kesatpeluh*
Kadang-kadang tak tau nak mula dari mana.
Sebab tu pentingnya list, buku dan pen!
wieya siap taip checklist dalam Microsoft Excel tau ;)
Let's think, and dreaming....

2 comments:

  1. Bab nak resign keje tu.. macam sama.. taktau nak kata feel dia.. banyak yang tak best dari keje skrg ni T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan Nadia Reza..Sama laa :'(
      banyak sangat yang tak best. Hope kita kuat dan tabah

      Delete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi