Saturday 31 October 2015

Hot! Pilihan Contact Lense Bakal Pengantin.

Assalamualaikum..
alhamdulillah makin hari makin menghitung hari bahagia.
Cukup hari ni penghujung bulan Oktober..
tunang datang jumpa hari ni , sebab nak hantar sim kad U mobile!
weouls dengan Celcom bertahun-tahun lamanya setia.
Kemudian beralih ke Maxis beberapa bulan 
dan terus merisik ke U mobile pulak. Haha. Bercinta via sms dan telefon camni la ;p
Okey sebenarnya bukan nak cerita  sistem telekomunikasi
tapi pasal tunang teman belikan contact lense/ kanta lekap untuk hari bersejarah nanti.

Seronok sebenarnya nak pakai kanta lekap ni..
tapi kena pilih warna yang bersesuaian dengan wajah dan citarasa masing-masing.
Macam wieya sukakan kanta lekap yang berwarna tapi nak natural.
10 minit jugaklah encik tunang tunggu untuk pilih pada pemakaian kanta lekap
majlis nikah dan sanding nanti, Begitu juga dengan majlis tandang 
sebab wieya sebenarnya memang seorang yang 
berkaca mata sejak umur 10 tahun lagi :') kes pakai cermin mata
 dek tengok hindustan di tv dengan jarak yang dekat
buat wieya rabun seawal kanak-kanak di sekolah rendah. haiss..

Pemilihan kanta lekap berwarna ada banyak pilihan brand.
tu yang jadi rambang mata sebenarnya. Hikss
Ni antara warna warna hot untuk bakal pengantin...
Ok nampak tak nama warna ja pun macam-macam..
dan akhirnya wieya memilih warna natural bak inner shine je ;)
Kalau yang dah biasa pakai tu mesti dah tau kan warna yang best untuk wedding..hee
Nanti wieya review lepas kawin nanti ^____^

0 komen Si teddy Chito ✿:

Post a Comment

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi