Friday 27 November 2015

Majlis Perpisahan dan Perletakan Jawatan

Assalamualaikum..
26 November 2015
tarikh yang wieya takkan lupa sampai bila-bila..
sebabnya tarikh ini wieya diraikan dalam satu majlis
perpisahan kerana wieya last bertugas sebelum berhenti
untuk mengikut bakal suami kelak...

Sedih, sayu dan pilu hanya Allah yang tahu..
Bukan mudah nak lalui pengalaman begini..
tapi ini suratan takdir. wieya nekad mengikut kata hati.
3 tahun bersama tak mungkin dilupakan
pengalaman pahit manis di sini. Tempat pertama wieya bekerja :'(








Majlis dikelolakan oleh kak ziera, sheda, kak atiqah, fairuz dan kak normah.
dan dimeriahkan oleh anak sedara kak tiqah, anak kak misha, kak misha dan amal.
Perasaan itu hanya Allah yang tahu :)
Majlis disambut di KFC Taman Selasih..Ya Allah..
terima kasih untuk pengalaman ini..dirai..
walaupun perasaan bercampur baur,.Allahu..
Lepas ini, bila pulak dapat bertemu.. T_T

Kejutan dari kak Atiqah Fawwaz yang mulanya tak dapat hadir.
Langsung wieya terkejut bila tiba-tiba dia ada,,Surprisee sangat..
dan majlis diakhiri dengan pemberian cendermata dari pihak sekolah
untuk wieya.. Terharu ya Rabbi..Kak ziera paling nampak sedih..
Sayangg kak ziera sangat-sangat..


Kak ziera..orang paling terakhir peluk cium wieya..
yang bikin hati ini sayu dan menangis entah keberapa kali..
Moga Allah sentiasa menjaga nya kerna dia ibarat kakak buat wieya..
Moga berjumpa lagi kak ziera dan sahabat-sahabat yang lain :'(
Terima kasih untuk segalanya meraikan diri kerdil ini..
disaat last memegang jawatan pembantu tadbir NBOS 2013-2015.
Moga Allah memberkati..amin.

Saturday 21 November 2015

Counting Days// Wieya + Raudzi ❤

Assalamualaikum..Pembuka Bicara..
Hai semua..Moga sihat sejahtera hendakNya.
Cuti sekolah dah bermula. Hurray!!
Maka bermula lah musim kenduri kawin..
auww wieya dah terasa majlis dah makin dekat..
tengok ticker "counting days" dah kurang dari 20 hari :)
Cepatnya masa lahai...Moga Allah permudahkan urusan. amin ya rabb.
Kompang Di palu..
Pengantin Baru..
Duduk Bersanding..
Tersimpul Malu...
Rasa dok berkumandang nanyian lagu kompang di palu.. 
Lagu rakyat yang tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Hikhik
Perasaan sekarang? Masih biasa-biasa. Yeke? Haha
Cuma dok fikir apa lagi yang tak settle!

wieya sedang nikmati saat bergelar darah manis tinggal lagi 2 minggu..
dan tak sabar nak pegang title PUAN dan become Queen..hee
Rasa macam tak pecaya kot. Sambil kesat-kesat mata tengok kalendar.
Setakat ni wieya dah jumpa dua orang kenalan yang kongsi tarikh kawin yang sama.
Tak tahu la nak rasa eksaited ke apa..ngee. Cuma macam tak sangka uOls!
dan masing-masing tak boleh nak hadir majlis orang lain.
kang majlis kenduri tak ada pengantin pulak. Haha. Nasib jauh-jauh.


Makin nak dekat nanti mesti ada lagi kenalan 
yang  berkongsi tarikh yang sama ;) cuma belum tau..kan kan.
Saat sebelum bergelar isteri banyak jugak yang kena persiapakan diri.
Fizikan dan mental. In Shaa Allah. Doakan yang terbaik.
Seorang demi seorang member dah bergelar isteri.
dan selepas itu bergelar ibu. Sukanya lahai  

GoodieS 
Wedding Card 
Dress Attire ✓
Hand Bouquet
Pelamin 
Photobooth 
Make Up Artist 
Photog + Video 
Bunga Telur 
Bunting
Guest Book 

❤❤❤
Debar menanti detik bersejarah dalam hidup...

Monday 16 November 2015

Jangan Dirumitkan | Kawin Itu Ibadah :)

Assalamualaikum...
Syukur alhamdulillah, kad jemputan dah selamat di edar pada rakan-rakan ofis.
Rasa legaa yang amat plus hepi! hee..tinggal nak edar
pada kengkawan sekolah dedulu je lagi :') Rasa kekok jugak jemput kenduri sendiri
tengok kad pun makin lama dah makin susut dek kerana mak ayah dah 
mula menjemput seminggu dua ni untuk kaum kerabat, keluarga dan 
kengkawan depa. Wahh anak sulong nak kawin la katakan..Hee

Tak tau la cemana keadaan nya nanti. Harapnya semua berjalan dengan lancar..
Ramai yang boleh hadir, ramai yang tak. Itu semua kehendak takdir.
wieya is happy bila depa kata In Shaa Allah. Feeling berkobar sangat.
Sekarang tengah survey sampin warna yang sesuai untuk majlis resepsi. phew!

Dek kerana tak berkenan pulak warna yang ada. 
terlalu nampak tenggelam dan biasa-biasa. tak naik seri kata orang ngeh ngeh
wieya seorang yang cerewet sikit bab warna itu dan ini..Haha
So bersabarlah wahai wedding planner dan semua yang terlibat ;p

wieya berharap semuanya dapat berjalan dengan lancar, 
semua orang diberi kesihatan yang baik. Itu sahaja.
dah decide dah segala susun atur majlis. Biarlah nampak biasa-biasa cara kita
Janji tak membazir..Banyak lagi wang yang patut diguna untuk masa hadapan.
Sejak nak kawin ni, banyak mengajar wieya erti berjimat. huhu
zaman gst kekakak adik-adik. Jadi marilah berkahwin mengikut sunnah.


Islam itu indah dan mudah.
Jangan susahkan diri untuk perkara-perkara yang membazir
dan bawa kemudaratan pada semua orang..
Mana yang baik wieya akan buat, mana yang tak kena tepis laju-laju.
Fuhh pejam celik pejam celik. Cepatnya masa lahai...

Macam pecaya tak pecaya pulak gittu.
Doakan kebahagiaan wieya dan encik tunang...
Moga mendapat keredhaan Allah taala. Amin.
Baru rasa dup dap dup dap tu....

*** Yeayyy!! dah jumpa tempat nak beli sampin dimana..Hurrayyy!!
search search dapat..Memang tak lepas laa. :'D
aim sampai dapat baru puas hati..ngeee

Thursday 12 November 2015

Sebulan Sebelum Bertukar Status

Assalamualaikum..
Hari ni 12 November 2015 sehingga 12 Disember 2015
tinggal kurang dari 30 hari lagi nak bertukar status.
Macam pecaya tak pecaya je rasanya. Heheh

Esok fitting baju kali ke-empat. In Shaa Allah. 
Lepas tu just grab and bawak balik
 rumah kalau tak ada adjust dimana-mana. Mudah-mudahan :')
sebab hakak butik tu busy ada job sana sini. Begitu jugak dengan wieya.
yang pastinya tinggal 2 minggu lagi wieya akan resign kerja sekarang.
wow selepas ni semuanya serba baru. Allah hu.. Macam mana la agaknya
Moga baik-baik saja. Kawin tu kan syokk..kata member-member. Haha

Nak kata nebes..Belum rasa lagi.
Cuma dok risau tertinggal apa-apa perkara sebelum majlis.
wieya doakan wieya dan bakal suami sihat hendakNya
Begitu juga dengan kedua-dua belah pihak sentiasa sihat..amin.
Majlis berjalan lancar dan baik-baik saja.


List Sebulan Sebelum Majlis.

Confirmkan MUA untuk ketiga-tiga majlis - Done!
Payment pakej meja makan , guest corner dan deko dewan - Done!
Payment untuk OV dan OP - Done!
Confirmkan pelamin nikah, photobooth dan meja kek - Done!
Booking makan untuk nikah - Done!
Payment Homestay untuk pihak lelaki - DONE!
Discuss Kek kawin - HOLD !
Hantar borang nikah ke pejabat agama - HOLD!
Payment sewa dewan -  HOLD!
Kain hias bilik dan deko  - HOLD!
Bunga telur dan tempat pahar - HOLD!

Ini saja yang terlintas dalam kotak fikiran wieya setakat ni.
Kad undangan dah siap lama dah, alhamdulillah :')
Cuma tinggal minggu depan saja nak edar.. 
Pegi kenduri member sekolah rendah
Boleh la edar kad. tapi ramai jugak yang minta maaf tak dapat hadir, Sobs.
Sedih memang sedih tapi haruslah gembira
 sebab masih ada hikmah disebalik semua ini. ngee


Fuhh tarik nafas dalam-dalam. I'm become Bride to Be soon!!
terima kasih sudi baca blog picisan nie. Hugs and kiSs ;)
Jom tido awal..esok nak pi fitting baju, yehuuuu!

Monday 9 November 2015

Prosedur HIV test untuk Bride to Be.

Assalamualaikum.
Cepat sungguh masa. Kesat mata.
Betul ke tidak ni..? phew! :')
Sebulan lagi ya rabbi..Awat rasa macam tak percaya..hehe
Ok entri lepas update pasal Borang Nikah.
Kali ni nak update pasal HIV test. Maksudnya kena cucuk
dan ambik darah. Bunyi macam seram kan?
tapi asal wieya tengok orang nak kawin macam tak ada masalah je pun.

Tak sakit ke ambik darah? Tak takut ke?
Dah la jenis takut darah. wieya tak takut jarum. tapi darah..haiss :'/
Dek kerana encik tunang dah isi borang bulan September lepas
3 bulan sebelum majlis dan selesaikan borang dia.
dia dah ambik darah dulu di tempat dia. Jadi nak tak nak wieya
pulak kena ambik turn cucuk dan ambik darah untuk HIV test di klinik tempat wieya

Nak dijadikan cerita, mulanya nak ambik cuti untuk pergi klinik
tup tup seorang akak ofis tu cakap, tak payah
 ambik cuti wieya sebab tak lama mana pun.
lagipun wieya malas nak cuti sesaja. Dan ikutkan saja akak tu.
Masa tu cuti sekolah. Maka pergilah wieya ke tempat kerja dulu.
Dalam 9.30 pagi camtu gerak ke Klinik untuk sesi HIV test
Berdebar tau sebab dengar orang cakap sakit la. Tangan nanti jadi bengkak la. Huhu
So banyak perkara bermain di fikiran sebab takut..


Apapun beranikan diri, wieya ke klinik seorang diri.
Untuk tunaikan kewajipan wieya pulak sebagai bride to be. 
Encik tunang dah settle. Syok la dia. Sesampainya di klinik
Nampak macam ramai orang. Tanya nurse sana sini.
Daftar nama. Isi borang. Then tunggu nama dipanggil dalam 10 minit jugakla
sebab ramai kan. Dengan sakit la dan bermacam kes lagi la.
Ibu mengandung, baby kena cucuk dan budak-budak nak masuk askar.

Setelah nama wieya dipanggil. Kita diberi no.giliran
tunggu pulak di depan bilik "darah" namanya.
Dengan perasaan berdebar, wieya setia tunggu di depan bilik
dengan yang lain. Rupanya ada seorang lelaki tu pun nak buat HIV test
kena dekat giliran orang lain, masuk sorang-sorang cucuk.
Kena dekat wieya..alahai kena masuk dengan mamat sorang tu pulak.
Mesti nurse tu salah faham, ingat wieya dan mamat tu couple. Hais~

masuk je dalam bilik "darah" tadi. Ada dua oang nurse bertugas.
Sorang panggil dan isi borang. Seorang lagi sedia tugas cucuk orang.
Mula kena giliran mamat tu dulu. Mungkin dia pun nak kawin kot. Haha
wieya masa tu nebes sebab nak kena cucuk. 
Sebab sebelum ni wieya nampak darah je pengsan. Tu yang risau tu.
Fobia darah barangkali. Siap sempat tanya mamat tu, sakit tak? 
dia jawab sakit la jugak. Lagilah wieya rasa cuak. Nurse siap cakap
lelaki kalau sakit kena cucuk memang tak gentle. Sebab nanti perempuan
kalau mengandung, memang kerap kena ambik darah. :') Haha

Siap je tak sampai 5 minit proses cucuk ambik darah tu, mamat tu keluar bilik.
Tiba giliran wieya pulak. Masa tu beranikan diri. 
Cuba smebang-sembang dengan nurse. 
Dia sapu lengan nak dicucuk tu dengan kapas
dan mulakan proses cucuk tu, Masa cucuk wieya tak tengok. 
Then masa nurse tarik darah guna jarum picagari. wieya cuba tengok.
 Alah, tak sakit dan tak takut mana pun seperti yang dibayang..haha. 
Pekat juga darah wieya. Jadi agak lambat nak penuh dan tarik.

 wieya kena cucuk tangan sebelah kanan. Selesai. Dalam satu botol kecik camtu
Hantar darah kita ke makmal. Then tunggu keputusan. dalam 5- 8 minit
dah dapat tau keputusan darah dan HIV. Masuk jumpa doktor bilik 4.
Doktor India. dan masa tu ada pesakit lain. Sebab orang makmal tu cakap
terus je masuk bilik doktor tu tanpa tunggu giliran. Doktor sign.
Isi borang nama, ic, alamat dan umur dalam buku, Settle!

Cuma doktor cakap darah wieya pekat. Ada kerap pening-pening tak? 
Mestilah ada. Huhu. Tapi wieya syak sebab makan vitamin Asid folik kot. Heheh
sebab doktor cakap banyak faktor boleh darah kita pekat. Selesai!

HIV Test - Done!
Kursus kawin - Done!

Terima kasih sudi baca entri ;) Syukur dah update pengalaman sendiri.
Lepas ni hantar borang nikah je. Moga semuanya berjalan lancar. amin.
Doakan kami yang baru nak bina masjid ni ye. hee

Friday 6 November 2015

Proses Mengisi Borang Nikah Online

Assalamualaikum..
Dalam persiapan demi persiapan nak kawin..
Perkara paling penting dan wajib kena selesaikan adalah Borang Nikah
dan Kurus Kawin. Tak ada duanya boleh punah semuanya.
Lagi satu sekarang ni adalah HIV test dan tunang wieya kena Talesimia test juga.
Nasib wieya hanya kena HIV test dan tidak Talesimia test. phew! ;')

Yang paling penting tinggal lagi sebulan je ni adalah
Borang Nikah - DONE!
Kursus Kawin ambik Mac tahun lepas - DONE!
HIV Test bulan September baru ni - DONE!
Jadi marilah tarikh lafaz lega sikit bila hal-hal penting dah settle!

Proses Mengisi Borang Nikah 2015
Nak cerita sikit pasal borang nikah. Sebenarnya wieya ingat borang nikah kena ambik
dengan Pejabat Agama berdekatan. Memang selalunya camtu la kan?
Sampai la encik tunang cakap sekarang Perak dan Kedah 
dah ada dan boleh isi borang secara dalam talian.
Pendek kata, isi borang nikah online! Memang baru sekarang ni..
Jadi memudahkan para pasangan yang nak kawin buat urusan isi borang
dan tak payah ke pejabat agama :') Teruja sangat masa dapat tau tu.
Sebab segan juga nak ke Pejabat agama tu minta borang nak nikah :'D

Proses isi borang nikah disiapkan oleh pihak lelaki dulu.
Jadi encik tunang wieya yang isi segala maklumat dalam borang online dulu.
Bila dah submit, automatik wieya dapat borang yang siap diisi oleh encik tunang
dalam email. Cepat dan pantas. Mulanya macam
 tak pecaya tu borang nikah kami berdua
lepas di tanya orang-orang yang boleh dipercayai, 
rupanya memang sekarang dah guna online! wieya macam teruja satt..

Jadi encik tunang hanya minta tandatangan pejabat agama sahaja
dalam masa 3 hari. Borang dah siap dan dicop "terima"...hee
Kemudian borang nikah ini dipos kepada wieya..Maklum la memasing jarak jauh
Mudah kan? Jadi wieya hanya minta tandatangan wali dan menandatangani borang itu.
Siap dibawa ke Jurunikah/ Pendaftar nikah. Settle!

SENARAI SEMAK DOKUMEN PERMOHONAN KEBENARAN NIKAH (DOKUMEN WAJIB)
1. Kad Pengenalan/Pasport Pemohon dan pasangan (Asal dan 1 salinan)
2. Sijil kelahiran (Jika tiada kad pengenalan) (Asal dan 1 salinan)
3. Surat Pengesahan bujang dari majikan, ketua kampung atau imam (Asal)
4. Pengesahan Ujian Saringan HIV dari Klinik Kesihatan Kerajaan (Asal)
5. Sijil Kursus Pra Perkahwinan (Asal dan 1 salinan)
6. Kad Pengenalan wali (Bagi pemohon perempuan) (1 salinan)
7. Sijil Kelahiran wali (Saudara lelaki yang pertama bagi pemohon perempuan) (1 salinan)
8. Surat perakuan nikah atau surat perakuan cerai ibu/bapa
(Bagi pemohon perempuan) (1salinan)


DOKUMEN BERKAITAN
1.Sijil/ Surat/ Kad akuan menganut Islam. Pengesahan & pendaftaran di Jabatan
Agama/Majlis Agama Islam jika memeluk Islam di Luar Negara
 (jika berkenaan) (Asal dan1 salinan)
2. Surat kebenaran majikan jika Polis atau Tentera (Asal)
3. Surat Pengesahan mastautin jika alamat Kad Pengenalan tidak sama (Asal)
4. Surat Kebenaran Mahkamah Syariah bagi pemohon bawah umur / Poligami / tiada wali /wali enggan / janda berhias (Asal)
5. Surat kebenaran berkahwin dari pasangan jika pasangan ingin berkahwin
 di kariah pemohon perempuan luar kariah/ Negeri / Negara (Asal)
6. Surat wakalah wali (Jika berwakil wali bagi pemohon perempuan)(Asal)
7. Sijil Kematian Bapa atau Datuk (Bagi pemohon perempuan) (1 salinan) (1 salinan)
8. Surat Perakuan Nikah atau Surat Perakuan Persekedudukan Semula (Rujuk) dan Sijil
Kematian pasangan jika bercerai mati (Asal dan 1 salinan)
9. Surat Perakuan Cerai (Asal dan 1 salinan)
10. Perintah pembubaran perkahwinan dari mahkamah
syariah jika pasangan tidak menganut Islam (Asal)
11. Sijil Temuduga Perkahwinan bagi kes tertentu di Melaka sahaja.

DOKUMEN LAIN BAGI BUKAN WARGANEGARA
1. Surat cabutan pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
 jika warga tetap (3 salinan)
2. Surat Pengesahan dan Pas lawatan dari Imigresen (jika warganegara asing)
3. Surat Kebenaran Majlis Agama/ Pusat Islam/ Pejabat
 Agama Negara asal (jika warganegara asing) (Asal)
4.Surat kebenaran berkahwin warganegara asing dari kedutaan negara pemohon yang telah
disahkan oleh Kementerian Luar Negeri kecuali bagi warganegara asing yang telah
mendapat status taraf Penduduk Tetap di Malaysia (Asal)
5. Surat akuan sumpah yang diikrarkan di hadapan
Pesuruhjaya Sumpah atau surat pengesahan
dari Kementerian Luar Negeri sekiranya tiada kedutaan di Malaysia (Asal)
6. Sijil nikah luar negeri yang disahkan oleh kedutaan bagi yang ingin berpoligami (jika
warganegara asing) (Asal dan 1 salinan)
7. Visa Pelancong & bukan permit kerja kecuali permit
 kerja yang dibenarkan oleh pihak Imigresen (Asal dan 1 salinan)
Terima kasih sudi membaca! Update seterusnya : HIV Test

Monday 2 November 2015

Happy 6th Monthsary Engagement ❤️

Assalamualaikum...
02.05.2015 - 02.11.2015 genap 6 bulan hari ni..
Syukur alhamdulillah. Moga baik-baik saja..
wieya tak tahu apa perasaan sekarang. Hehe
Setakat ni 60 % persiapan dan siap. Surat perletakan jawatan pun dah siap
tinggal nak hantar ke GB esok untuk pengetahuan dia notis sebulan.
dan lepas tu wieya nak tumpu pada wedding saja 100%.. hikss

Setiap bride to be lain caranya. dan semestinya masing-masing nak terbaik
untuk hari bersejarah. Moga Allah permudahkan cara dan urusan saja..
Sebenarnya buat persiapan kawin ni syok tau. tapi sekarang wieya terlalu rileks.
yang itu yang di ajar encik tunang, supaya tidak terlalu fikir..
Biar perkara berlaku dengan semulajadi dan mengikut percaturannya
Yang penting buat persiapan awal. In Shaa Allah semuanya smooth.



My Engaggement's Hand Bouquet..
Fresh flower..dan I miss my flower so much..
seminggu tahan tau bunga nie..dan kemudiannya layu dan kering :')
ada kisah disebalik bunga tangan masa wieya tunang Mei lepas ni tau.
Meh nak story sikit dalam blog picisan ni..Bismillahirrahmanirrahim...

Al kisahnya majlis tunang wieya jatuh hari Sabtu.
Jumaat adalah Hari Pekerja dan bunga tangan ni wieya order online .
sekali lagi nak cakap secara online okey.
 Fresh flower pulak tu..Memang risiko giler kan..Haha
tapi wieya percaya kepada si kakak penjual tu..Jauh terbang dari Selangor tau.

Khamis last wieya kerja sebelum bercuti hari pekerja dan hujung minggu
dan 3.30 petang dah. Pukul 4 petang sampai rumah pun kotak
 pos laju tak jugak muncul depan rumah. Cuak giler tau masa tu..
walhal sebelum tu 2,3 hari selepas akak 
si penjual bunga tu pos dan bagi tracking number
fresh flower wieya tu tiap hari tunggu abam pos laju depan umah.

Berdebar pun ada dan bila Khamis dua hari
 sebelum majlis tunang bunga belum sampai
memang tak senang duduk. Nasib tergerak hati nak whatapps akak jual bunga tu
terus dia terkejut dan terus call wieya. Terharu sat bila akak tu ingat dah smpai
bunga yang nak guna Sabtu 02 Mei tu..Esoknya confirm pos laju cuti sebab hari Pekerja.

Terus rasa down sebab waktu tu dah pukul 4.45 petang. Dah mula rasa tak ada rezeki
nak guna fresh flower time tunang hari nanti :'/
 Lepas tu akak jual bunga tu call lagi
Dia cakap barang tu memang diorang dah tak leh hantar.
 Kemudian dia minta abam pos tunggu
wieya datang ambik kat parit Buntar tempat bunga tu dah sampai.

Boleh rasa tak kroni nya kisah bunga tangan tunang wieya yang cantik ni. Hee
Tepat pukul 5 petang bersiap-siap ke parit Buntar.
 Setengah jam juga dari rumah wieya. phew! Bayangkan balik dari kerja terus ke pusat 
bandar pulak untuk ambil bunga tangan majlis nanti. Kalau tidak bunga yang segar tu
akan layu bila sampai di tangan nanti Isnin atau Selasa nanti dek cuti hujung minggu.

Gerak dari rumah pun dalam perasaan debar..Setengah jam lepas.
.Sampai la tempat yang dituju. Wieya pegi sorang tau. Naik moto lagi..Huhu
Mengikut lokasi yang dihantar whatapps oleh akak penjual bunga yang baik hati tu.
Akhirnya depan Pos Laju tu..terus masuk dan ada seorang abam tunggu.
dan bunga tu wieya ambik dengan perasaan lega.
 Wahh macam drama sangat tau liku-likunya. Ingat takda rezeki laa :')

Terus balik pulak setengah jam sampai rumah. Dah maghrib pun..
tapi perasaan sangat lega yang amat. Buka je kotak pos laju tu. 
Bunga tu masih freshh dan wnagi..wieya heksaited okeyy
Lega sangat..Cuma baby breath je yang macam laju. 
Rendam bunga macam yang akak tu cadangkan 
terus esoknya segar bugar bak baru dipetik. ngeee..
dan itulah al kisah disebalik bunga cantik nie.
.Pilihan warna, pink peach dan purple! dan taraaaa!!
Kenangan sangat seumur hidup. Rezeki dari Allah taala.
Semuanya atas kehendakNya. Aturan Allah itu cantik dan manis.
;)

Happy 6th Monthsary, My Mr.Fiance! ❤️

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi