Wednesday, 16 September 2015

Checklist Ringkas :)

Assalamualaikum..
Cepat dan pantasnya masa.
Sekejap ja tinggal kurang 86 hari lagi :')
Banyak yang siap, cuma belum settlekan payment.
Mungkin itu dekat-dekat dengan majlis.

Checklist yang settle. Hikss

 Booking make up ( nikah, resepsi dan tandang)
 Booking pelamin nikah
 Booking photobooth
 Booking buat baju resepsi 
 Booking baju nikah
 Booking baju tandang
 Kad kenduri kawin
 Booking makan katering
✓  cincin nikah utk bakal suami
✓  rantai tangan 
✓  Barang hantaran 7 balas 5
✓  Booking hiasan meja makan beradab 
✓ Hias bilik pengantin
Booking Photographer + Videography
Borang nikah sebelah lelaki

Checklist belum settle

Borang nikah sebelah perempuan
Doorgift / hadiah untuk tetamu 
Baju bridemaid
Baju family
Crown untuk majlis resepsi
Veil bertandang + veil nikah
Heel untuk nikah
Bunga pahar + bunga telur

Setakat ni..ini je yang terlintas dalam kepala wieya
nak kawin bukan mudah yang dikata.
Banyak yang perlu dipersiapkan dari awal.
alhamdulillah tunang wieya jenis nak buat persiapan awal
sebab senang katanya tak payah fikir dah.


Tambah nak kawin masa GST ni..
harga barang sangatlah berbeza..
Mungkin rezeki itu masing-masing
tapi duit keluar macam air yang mengalir..
tapi bestt sebab banyak yang buat sendiri ;p
Penjimatan dan DIY itu penting..hehe

Next project  : Pillow Ring 
Moga Allah easy everything...
Best la tengok gambar kawin member-member..

Saturday, 12 September 2015

Majlis Akad Nikah Khomsah | Amir :)

Assalamualaikum..
nak kongsi gambar dalam entri kali ni..
majlis nikah member sekolah, satu kelas lagi..
Khomsah dan Amir yang jodohnya kuat dan akhirnya mereka di ijab qabul
pada 30 Ogos lepas.. Syukur Alhamdulillah :')

Tak sangka member satu kelas menjadi suami isteri.
ajaibnya cinta kan? Subhanallah..
Jom layan gambar..19hb September ni pulak majlis resepsi..hee














Selamat Pengantin Baru buat Khomsah dan Amir Asraf 
 dari kami yang tengah tunggu turn ;p till jannah ya..
amin ya rabbal alamin..Secocok!

Sunday, 6 September 2015

Persiapan Menjelang Majlis :)

Assalamualaikum..
persiapan demi persiapan..
yeay!! veil nikah dah ada di tangan.
Jumpa minggu lepas, jadi boleh la past apa yang patut.
tinggal settle borang nikah dan HIV Test..

Encik tunang dah siapkan apa yang patut dah..
tinggal cop apa yang patut..kemudian giliran wieya pulak ambil bahagian..
nebess pulak dah masuk step bab borang nikah ni..
seakan terasa majlis di tunggu makin dekat ;p
HIV Test memang wajib untuk semua pasangan sekarang..
Maka redha la ye diri dicucuk ya diri..
lama tak kena jarum >____<  ngilu..hikss
cemana la nanti agaknya ye..Lepas ni boleh la cerita pengalaman
lain orang lain pengalaman hidupnya.
Jangan dibanding, In Shaa Allah dipermudahkan segala urusan


Pejam celik pejam celik masa pantas berlalu.
macam tak sangka tak lama lagi majlis sendiri.
Perasaan ni macam-macam rasa..
Hanya Allah yang tahu. Mungkin ini perasaan yang dirasa 
para B2B dan ex-B2B sebelum ni kan? Hehe
*tetiba teringat..dah lama wieya tak masukkan gambar terkini.

Rindu pulak nak masukkan muka dalam blog sepam dua..Hehe
In Shaa Allah next entry..Malam ni cuma rasa nak menaip je.
wieya harap semua yang di inginkan tercapai hendakNya.

Update : Kad kawin kedua belah pihak dah siap..hikhik
I'm sooooo Happy.. love it!
thanks for reading.. Counting day sambil pangkah kalendar
tralalalalala... *HuGs!*

Thursday, 3 September 2015

Kepentingan Asid Folik Sebelum dan Semasa Mengandung

Assalamualaikum..
ehem ehem..nampak tak wieya dah masuk dalam alam perubatan sikit
hari ni. In Shaa Allah nak berkongsi tentang kepentingan Asid Folik.
mengapa tetiba nak kongsi pasal asid folik? Bukan wieya belum kawin ke?
Ni penting untuk Bride to Be diluar sana. Walaupun asid Folik bukan 
ubat mujarab untuk mengandung..tetapi ia sesuai untuk sesiapa yang
 nak rancang untuk mengandung. Coming soon while you married..Hee 

Apa itu ASID FOLIK? 

-Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung. Vitamin ye macam supplement gittu.
-Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung. Mommy to be must be alert. Penting!

Pentingkah Asid folik untuk KESUBURAN LELAKI & WANITA? Asid folik juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama. Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim. sumber: Sini
Mengapa ia PENTING?
1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).
3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
-Sumbing lelangit (cleft palate) 
-Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
-Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) 
-Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)
4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.

Bila ASID FOLIK perlu diambil?
-Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bride to Be sesuai ye..hehe dan Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi. * In Shaa Allah wieya tak susah makan ubat* cuma takut jarum..haha

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
-Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung.
-Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
-Merawat kesuburan pada lelaki

SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK
-Hati ayam
-Daging, ayam, telur
-Kekacang
-Beras perang, barli, oat
-Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain 

Nota : Folik asid di makan sebiji sehari. Folik asid larut dalam air. Jika pengambilan dos asid folik berlebihan ia tidak dapat di simpan dalam hati maka ia akan di keluarkan melalui air kencing. So, jangan risau ye kawan-kawan. Asid Folik ni hanya vitamin :') 

Update : ehem..wieya baru je beli asid folik  kat farmasi tadi balik dari kerja
99 hari lagi sebelum majlis WaliamatulUrus. In Shaa Allah..
tak salah makan vitamin untuk masa depan dan kesuburan. Doakan yang terbaik
Ianya bagus untuk Bride to Be dan Mommy to Be 
 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi