Saturday, 30 January 2016

Double Dating ❤

Assalamualaikum..
kawan yang sorang ni memang tak dapat hadir kedua-dua majlis kawin
wieya dan suami. Dek kerana nak jumpa sangat sebab weouls dah dekat
Lepas tu set la masa untuk dating bersama.
dan member wieya ni dah anak perempuan yang comel diberi nama Sofiya Humaira.
Putih gebus macam snow white. Dah la tak banyak ragam
Mahu dekat semua orang. Ya Allah..
wieya berdoa mudah-mudahan diberi anak yang soleh solehah seperti anak hazian ni.
Memang senang siapa yang jadi pengasuhnya.

Kami decide nak dating dekat Aeon Klebang.
Memang tempat tu temoat baru.
So berjumpa lah kami dengan bawa suami masing-masing. hehe
siap dapat hadiah kawin lagi tau ;p Alhamdulillah..
Makan-makan dekat foodcourt dengan kaletah sofiya..memang comels





Selepas makan, ambik keputusan nak bergambar dekat dinding mall..
memang ada tempat dengan wall yang cecantik.
lain dari yang lain laa. Jadi kami pilih tempat sakura sebagai latar belakang.
Memang cantik buat kenang-kenangan.
In Shaa Allah..lepas ni bawa anak sendiri pulak dating dengan member. hee



awesome day with awesome people. 
thanks sudi baca. Jumpa dalam entri seterusnya..bubye!

Friday, 29 January 2016

Persoalan Follower Blog Makin Susut Terjawab

Assalamualaikum..
Salam Penghujung hari..
Syukur alhamdulillah dipanjangkan umur
untuk bernafas dan bersama lagi dengan suami tercinta.
Macam biasa bila pagi-pagi di rumah mertua..
bila semua orang pergi kerja dan wieya tinggal seorang 
pasti blog jadi pilihan untuk log in setiap hari..

Macam biasa bila log in mesti masuk ke dashborad.
kemarin dulu jumlah follower 1798 dan hari ni jumlah menurun ke 1695
Banyaknya turun uOls...Ya Allah..
terkejut jugak bila tetiba follower menurun macam tu?!
korang biasa jadi macam tu tak?...Penuh tanda tanya dalam kepala ni.
tapi wieya syak tu mesti blogger yang dah tak aktif sebab tu google buang dari 
arena blog. wieya syak la.. Okey sebab musabab yang logik..


Apa sebab agaknya ek.? ke memang sistem gelong.
hehe. apapun jumlah follwer..wieya tetap nak menulis dalam blog kesayangan ni.
walaupun dah kawin. walaupun dah beranak.
walaupun dah jadi mama, isteri dan menantu.
Selagi ada masa lapang dan terluang. Menulis adalah kapsul hati. hee
Mungkin antara sebab follower susut...

*Blogger tak aktif
*Sistem mula nyahkan mana yang tak aktif
*Jumlah blogger makin kurang ikut edaran zaman
*sistem tidak betul kerana gangguan teknikal

Okey berbalik pada hubungan suami isteri.
Jumaat kali ni adalah Jumaat keenam sebagai suami isteri.
Alhamdulillah wieya panjatkan syukur padaNya.
Moga banyak lagi rezeki Allah taala menanti di masa hadapan.
sementara tak bekerja ni, eloklah jadi suri rumah tangga.
Isteri yang baik dan menantu yang baik. Hormat pada orang tua nya.
Suasana rumah mertua juga best,, Barangkali sebab rumah kampung. ngee

Tenang, comel dan mendamaikan. Alhamdulillah..
tak adalah rasa terkongkong, sakit hati, makan hati macam orang lain
duduk di rumah mertua, Wieya syukur dikurniakan
ibu dan bapa mertua yang baik dan tak pilih kasih.
dan rasa seperti mak ayah sendiri dah..hehe
Rindu pulak pada mak ayaah kandung di kampung :')
In Shaa Allah minggu depan cuti CNY balik sana..yeayy

Menulis ni, harus ada minat dan kemahuan.
menulis lah guna hati,,in Shaa Allah akan hadir dengan ilmu dan pahala.
Okey sebenarnya curious dengan jumlah follower yang makin susut je.
Bukan sikit tapi banyak. Itu yang membimbangkan...
Okey kita ambik positif je. Mudah-mudahan....
Moga selepas ni tak ada penurunan follower...Kenapa?
dah ramai yang tak nak jadi blogger ke...
Blogger ni satu kerjaya juga yang menguntungkan..
Nak nak dengan adanya Nuffnang..Memang boleh jana pendapatan.
Syukur alhamdulillah.....Jumpa entri seterusnya.
:)

Tuesday, 26 January 2016

Part Last | Honeymoon WieyaRaudzi

Assalamualaikum.
Cerita entri bersambung..hee
harap ada yang sudi baca. Biasalah excited .
Haruslah stori details. Moga aada rezeki anak pulak.
Biasalah sekarang honeymoon ..lepas ni boleh babymoon pulak. ;)
entri part last di Cameron Highland adalah di Lavender.
Tempat wajib dan femes jika datang ke Cameron.
Cantik dan sesuai untuk bergambar..

Sebelum bertolak balik turun dari Cameron Higland yang mula
nak sesak lalu lintas time tu. Ada rezeki parking.
tru masuk Lavender. Kena tiket RM6 seorang. Phew!
apa lagi bergambar la sana sini. Yang penting tak ada la apa yang menarik sangat
Just untuk bergambar memang banyak port cecantik. hee
feeling romantis tu bolehlah suruh orang snapkan gambar :)

cantik-cantik bunga Daisy katsini.

sempat bergambar dengan bunga. ngee

cantik. ala-ala oversea..

feeling gaeden masuk sini. Cantik view sini.

dapat 3 kuntum bunga ros merah dari encik suami ;)

muka heppi campur terharu :)

tempat wajib berkunjung kalau singgah ke Cameron.



Syukur Alhamdulillah..selesai honeymoon WieyaRaudzi 
selama 2 hari 1 malam di Cameron Highland.
In Shaa Allah lepas ni pegi ke tempat peranginan lain pulak.
yeay kenangan yang tak dapat dilupakan kami berdua
suami isteri. Impian nak honeymoon lepas kawin tercapai.
Thanks ababng..penuhkan impian sayang dengan izin Allah taala.
Love you so much!!....

Terima kasih sudi baca blog picisan wieya.
tunggu entri seterusnya  pulak ya.
;)

Sunday, 24 January 2016

Part 4 - Big Red Strawberry | Honeymoon

Assalamualaikum..
hai..kali ni sambungan cuti-cuti honeymoon.
Maklumlah panjang untuk letak dalam satu entri.
Setiap detik manis dikenang. Tambah bercuti dengan sang suami.
Jadi molek kiranya wieya letak berperingkat camni. ngee

Punyalah beria nak kutip strawberi dan makan waffle dan sundae
strawberry. Gigih pergi Big Red Strawberry yang agak tercorok di Brinchang.
kenkonon nak feeling sndiri kutip strawberi dan lunch katsana.
agak ramai orang dan jalannya boleh tahan berbukit tingi. phew!
serik pulak nak peri lagi katsana. Curam dia sangat seram. haha
Nasib suami cool je drive tempat macam tu. 
Bayangkan nak parking pun menyongket je senget. Haha..Sabar saja laa
Masa weouls sampai, orang dah main ramai.

Berjalan menuju ke tempat memetik strawberi.
Pergi kaunter ambik bakul dan gunting. So comels. ngee
Memang wajib sekurangnya 1/2 kilo buah strawberi dipetik
Sekilo RM25.00. Setengah bakul. Jadi memang nekad nak sekilo.
Gigih la kami suami isteri masuk ladang untuk petik buah strawberi yang seksi dan ranum.
feeling masa tu happy sangat. Saat nikmati masa moments terindah tu
Siap merangkak rangkak bawah tanaman strawberi.
Lepas cukup je buah strawberi di bakul. Keluar dari ladang dan bagitau jugak 
dalam ladang boleh masuk berdua je ;)

muka eksaited masuk ladang strawberi ;)

wieya pun sempat bergambar sebelum petik :'D

 Akhirnya penuh setengah bakul. settle!
tunggu untuk dibungkus dan bayar..yeay

Ini lah buah strawberi merah ranum yang berjaya dipetik..hee

Selesai shopping, masa untuk lunch pulak.
Cafe sebelah ladang je, Tempat nih famous jugak kat Cameron.
Big Red Strawberry. Harus cuba. Ramai jugak orang.
Maklumlah musim cuti Krismas masa nih.
dan taaraaa ini yang berjaya wieya beli ;)

sundae strawberi
fries and chilies
waffle dan aiskrim vanilla. nyums!


muka happy kami berdua....
tapi agak mengecewakan tentang waffle tu.
tak serangup yang disangka. Plus tempat ni milik tamil.
dan pembuatnya pun orang tamil..so takkan pegi dah lepas ni.
3/5 bintang dari kami suami isteri.
Tunggu entri seterusnya untuk part last honeymoon WieyaRaudzi.
:)




Friday, 22 January 2016

Part 3 - Bulan Madu di Ladang Teh ❤

Assalamualaikum..
hai..wieya nak taip entri sambungan yang banyak gambar.
tak best la kalau ergi bercuti tak tangkap gambar kenang kenangan kan.
percutian honeymoon ke Cameron Highland diteruskan lagi
weouls suami isteri bangun seawal pagi lepas Subuh untuk ke Sungei Palas
breakfast disana. Maka nya check out awal laa pagi tu.
Jalan pun lengang lagi pukul 8 pagi.

Papan tanda masuk ke ladang teh Sungei Palas.
Tutup hanya hari Isnin.


Seawal pagi di post guard. Sejuk je dalam 13 darjah celcius.
Jalan dia boleh tahan bengkak bengkok.
seramm..haha. Nasib encik suami tak gayat macam puan isteri :)

sempat bergambar disini ;)
kami paling awal sampai pukul 8.10 pagi.
guard bagi masuk pukul 8.30 pagi, Jadi apa lagi weouls snap gambar la dulu.
dah la pertama kali datang honeymoon. Orang first pulak tu.
Ingat dah salah jalan. Haha. Kemudian baru berderet-deret orang park belakang.
berphotoshoot bagai. ^_____-


suasana pagi seawal 8.30 pagi :'D

yeaaay! akhirnya suami isteri dapat panjat.
wieya dengan skirt bagai. Haha. semput kot jalan kot ladaang tadi.
heels bagai. Memang tu yang pertama dan terakhir ;p

cantik view sini ;)

suami snap kan...masa ni wieya beli breakfast.

view ladang teh..happy us! :"D

Jom sarapan...dapat jugak tempat yang superb dan limited..hikss
tak boleh banyak sangat makan sebabnya nanti tak boleh jalan pulak. 
sebab nanti wieya buat entri ke Big Red Strawberry pulak ek petik strawberi ;)
Terima kasih sudi baca. Tunggu sambungan entri ya.!
Maklum laa gambar banyak kena buat entri berperingkat..ngee

Thursday, 21 January 2016

Part 2 - Honeymoon Cameron Highlands | Dinner

Assalamualaikum...
entri sambungan dari Part 1 Honeymoon di Cameron Highland
selama 2 Hari 1 Malam yang penuh makna.
Kali ni wieya nak stori pasal dinner pulak.
Bagi seseiapa yang biasa ke tanah tinggi Cameron
memang uOls tau memang susah nak cari makanan halal.
Nak nak steamboat..Memang rata-rata kedai cina je. huu

Dah alang-alang sampai tempat sejuk, wieya memang nak ajak encik suami
pekena steamboat buat pertama kalinya. Masa bujang
pun tak penah makan steamboat..hikss.
daan alhamdulillah suami pun ikutkan wieya.
dan akhirnya kami jumpa tempat makan steamboat yang halal, syukur..







Waktu pun dah 16 darjah celcius..
makan benda panas-panas memang kena sangatlah dengan tekak melayu wieya
encik suami pun makan walaupun kami berdua first time cuba.
tak kekok cumanya tak larat nak habiskan semua. Haha
walhal perut dah memang betul-betul lapar..

Macam tu la gaya makan steamboat versi kami suami isteri..ngee :'D
tercapailah hasrat nak makan steamboat waktu dinner di Hotel Titiwangsa,
nyum nyum nyum..kekenyangan balik malam tu..
terus tidur....feeling-feeling  oversea ;p

Okey tunggu sambungan entri Part 3 yaa..
terima kasih sudi baca blog picisan.. ^_____^
walaupun dah sebulan lebih, feeling honeymoon masih ada.
Harapnya hingga ke tua feeling honeymoon dengan suami tercinta. amin

Tuesday, 19 January 2016

Part 1 - Bulan Madu Di Cameron Highland

Assalamualaikum...
Sekarang dah sebulan seminggu wieya di rumah mertua
tapi selang 2 minggu kami balik ke Kedah..kampung wieya.
Jadi kerinduan dengan famili tu terubat la jugak walaupun
 kadang balik tu sekejap sangat. Yela waktu weekend je kan :)

Ok kali ni entri mengenai kisah bulan Madu kami 21 Disember 2015 yang lepas.
kami pilih tempat sejuk yakni di Cameron Highlands. Hikss.
sebenarnya wieya memang berangan bila kawin nak pegi tempat sejuk
tempat romantis dan tempat santai macam tu. Dan akhirnya selang sehari selepas 
majlis Sambut Menantu..kami suami isteri gerak seawal 10.00 pagi
redah nak Cameron. Dengan tak booking hotelnya. Mai pakai redah ja.
Nasib la ada ke tidak..Dengan orang ramainya nak dekat Hari Krismass. Phew!
macam silap timing pulaks..Haha. Nasib suami wieya penyabar orangnya.

Mulanya nak Cameron..Sampainya katsana target nak hotel kat Capthorne,
perghh full booked pulak. Nasib badan betul laa. tidak lagi best percutian kami..ngee
Hotel tu hotel mewah kot. Memang terbaik kalau nak honeymoon.
Sayang seribu kali sayang..hotel dah cantik ya rabbi tapi fully booked. Kecewa jangan cerita
Salah kami jugak sebab tak booking awal. -_____-
so, waktu tu dah tengahari..misi mencari hotel. Orang dah makin ramai nak bercuti.
Nasib ada satu hotel berdekatan atas bukit yang dekat brinChang ada satu malam je,
Jadilaa dari tak ada, Hahaha. Jadi terjadi la honeymoon 2 hari 1 malam di
Cameron Highland yang sejukk dalam suhu 13 Darjah Celcius.














Pegi pasar malam Brinchang memang rambang mata uOlss,,haha
Boleh buat nafsu makan membuak buak. Maklum la tengahari..
Nasib dah lunch KFC siap-siap sebelum jalan -jalan pasar malam.
Tidak lagi la semua nak diborong..haha.


Puas hati dapat pergi Syurga makanan yang nampak sedap dan lazat. Haha..
Lepas jalan-jalan di petang hari. Balik hotel kemudian rehat..
sempat beli jagung susu yang manis je rasanya. dan strawberi gemuk
dengan coklat sebagai penyedapnya. nyumsss..

Okey nanti kita sambung entri part seterusnya..
terima kasih sebab sudi baca..Nantikan part dinner time honeymoon di negeri sejukk.
:)
 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi