Wednesday 20 April 2016

Review Hand Bouquet Majlis Wieya Raudzi ❤

Assalamualaikum...
Kali ni nak taip entri mengenai Hand Bouquet
atau bunga tangan untuk ketiga-tiga majlis wieya.
Iaitu waktu nikah, sanding dan bertandang. ❤

Memang dari dulu lagi kalau wieya kawin, wieya  berangan-angan 
nak bunga segar atau fresh flower sebab nampak dalam gambar hidup ;)
Syukur sangat-sangat impian wieya ter-realisasi dengan jayanya.

Ok jom tengok bunga tangan wieya. Semua wieya suka..hehe
Rasa sayang sangat sehingga sekarang simpan tau. Walaupun dah layu.

Majlis Nikah
Bunga tangan masa nikah wieya request nak warna hot pink red
dengan baby breath..Nampak sweet je. Hee
Memang fresh bunga rose dia. Wangi pulak tu..
Masa ambik kat butik tu rasa macam tak pecaya dengan bunga tangan sendiri.
Rasa macam nak simpan letak dalam frame.
Wieya ambik bunga ni masa ambik baju sanding sehari sebelum nikah.
Hari yang sangat-sangat sibuk. Sampai je rumah terus letak bunga tangan ni
dalam peti ais. Bertambah-tambah la fresh uOls.. ^__^

Bunga ros hot pink pilihan hati untuk majlis nikah.
Jambangan yang tidak  berat dan besar.
Sesuai untuk majlis nikah. Harga murah sikit dari harga bunga majlis sanding ;)

Majlis Sanding
Bunga Sanding banyak drama sikit sebab wieya nak bunga estima, rose
campur mengikut gambar yang berkenan.,
Kak ida butik cakap estima memng mahal. Tambah masa ni dah GST memang lagi-lagi
la harga melambung ikut pasaran dunia. Huhu
Masa dengar tu rasa macam down sikit. Malam nak sanding esoknya kak Ida masih
whatapps tanya bunga tangan untuk esok dan warna.
Warna pink putih yang wieya berkenan susah nak cari. 

Terus minta kak Ida owner butik buat pilihan 
bunga tangan sesuai dengan warna baju sanding wieya. 
Sebab dah tak tahu nak warna apa. Loading dan blurr..
Dah la esok nak sanding, bunga tangan belum dapat tau. Haha.
Memang banyak drama. Phew! nasib la hari majlis..Dah nak gerak masuk dewan,
dah bersiap lengkap dah pun, pekerja Kak Ida 
sampai depan rumah hantar bunga fresh 
sampai kat tangan tepat pada masanya..Syukur Alhamdulillah ❤

Punya lah cantik bunga tangan yang sampai. Rasa macam princeSss..
dan terharu sangat-sangat. :') Bahagia je rasa.. 
Hanya Allah taala yang tahu. Boleh lah feeling bride.
Dapat bunga terus gerak pegi dewan. Dramatik sangat tau. Hikhik
nak tengok bunga tangan wieya time sanding...Taraaaaa!!!

Eustima + Rose + Baby Breath :)
Warna yang sweet and romantis. Sesuai dengan warna tema baju sanding.
Memang saiz besar dari bunga tangan majlis nikah.
Berat sikit sebab banyak bunga, tapi selesa je bergambar
 dengan bunga tangan kesayangan ni. Hehe ❤
Pandai kak Ida pilih warna..Wieya super duper love it!

Majlis  Bertandang
Bunga tangan masa majlis bertandang sebelah lelaki
 memang wieya tak risau langsung.
Sebabnya bunga tangan ni sampai 2 bulan sebelum majlis. Hee
Okey pemilihan bunga tangan majlis bertandang wieya berkenan dengan 
bunga tangan dari Iefayanghazali Handbouquet 
yang terkenal dengan HB pearl dan wieya tidak memilih bunga fresh.
Susah juga pada mulanya nak order. Sebab wieya rambang mata.

So nak kelainan sikit, wieya pilih warna mint campur purple magenta.
Ikut warna tema baju..Haha. Yang lain terserlah pada Iefa nak buat cemana.
Wieya pilih bunga Blossom pearl. Harga dalam RM170 macam tu :')
Tambah corsage RM10 dan harga postage RM10..Korang kira la sendiri. Hiks
Tapi yang penting puas hati. Memang cantik hasil tangan Puan Iefa..
Terasa macam nak nangis bila bunga tangan sampai kat tangan ;)


Maaf gambar sedikit blur :p Memang cantik tengok dekat-dekat..hehe
Agak berat tapi mudah dipegang.  Kemas je..
Boleh terletak elok pulak tu atas meja makan beradab masa bertandang.
Memang wieya puas hati. Bunga tangan yang awesome dan cantik ;)
Sekarang  disimpan dalam bilik, atas meja solek iOls..hikhik.
Sites wieya suka sangat! Nampak unik dan berbaloi dengan harga ❤
Nanti wieya letak gambar close up ek. Tata...Jumpa lagi next entri...
:')

2 comments:

  1. wah lawanya kaler mint tuuuuuuuuuuu <3 nice choices sumenya <3

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi