Thursday 14 April 2016

Review MUA Majlis Kawin ❤

Assalamualaikum....
Bila dah dapat album kawin ni..
teringin nak update pasal wedding wieya dan suami :)
Setiap pasangan rumah tangga suka kan majlis masing-masing
baik sederhana mahupun besar-besaran..
Majlis di raikan adalah untuk setiap pasangan pengantin baru..
so wajib happy dengan majlis wedding sendiri.
tambah-tambah wieya yang kuat berangan ni. 

Memang bersyukur sangat dapat realisasikan impian untuk kawin
dengan angan-angan dan semuanya terlaksana.
Baik dari segi make up, makan katering dan semuanya
termasuk pelamin, hantaran dan baju sanding.
video dan gambar kawin pun puaih hati.
Syukur alhadulillah.. Ok sekarang nak mulakan review dengan apa dulu?
Bunga tangan? Warna tema dah kan? Baju atau pelamin? hee

Tengah semangat nak taip ni sementara kepala tak pening,
Mungkin simptom alah dan maabuk dah makin kurang kot. 
Ok kita mulakan dengan Review Make Up ketiga-tiga majlis dulu ek..
Majlis kawin wieya..3 majlis 3 MUA haha. Harap bertabah tengok review ye.

MUA NIKAH


FynaHere
Booking make up dengan akak fyna ni sejak April 2015 lagi walaupun majlis wieya
bulan Disember. Itu pun tak sempat booked untuk majlis resepsi. 
Sebab dah fully booked! Phew..Nasib lah akak fyna punya penangan.
Laris macam goreng pisang panas..
Nasib ada rezeki untuk mekap nikah petang Jumaat 11/12/2015.Syukur..
Make up natural je sebab nikah kan..Wieya nak fresh look.
Alhamdulillah..Cantik kak fyna mekap kan. Walaupun ada yang cakap tebal ;)
Tak nak pakai bulu mata dan nak nampak muka sebenar gittu.
Wieya suka je. Habis mekap terus je terus ambik gambar dan video..
Kak fyna datang mekap di rumah. Hikhik . 4 dari 5 bintang wieya bagi 
-------------------------------------------------------------------------------------------------
MUA RESEPSI

SyafaSweetouch
Booking dengan kak Syafa pun bulan April jugak.
 Tapi tak fully booked macam kak Fyna.
Masa nak booking dengan kak Syafa..Masa tu masih available. Yeay!!
Terus bayar deposit awal senang..Buat persiapan awal senang uOls.
Masa 12/12/2015 hari majlis, kak Syafa datang ke rumah mekap seawal 7 pagi. 
Sempat la pakai contact lense dan masa tu belum sarapan.
Walaupun macam pecaya tak pecaya, wieya mekap je dulu pakai baju biasa.
Then bersiap sendiri pukul 11.00 pagi di rumah. Hebat tak? Nasib ada sepupu.. ;p
Tak sangka mekap awal camni.. Ingat nak dekat pukul 10 lebih ke.
.Nasib dapat gincu jenama Mac dan span muka. Sejuk sikit hati.
Wieya request nak soft mekap dan paling penting tak pakai bulu mata.
Alhamdulillah mekap tahan lama sampai pukul 7.00 petang.
Ramai puji mekap resepsi cantik! Jadi wieya bagi 5 bintang..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
MUA BERTANDANG
Farah Dina 
Kak farah ni wieya booking mekap bulan Mei ke Jun tak silap.
Mula nak ambik kat butik. Tup tup rasa macam nak try kak Farah ni
sebab nampak dalam Facebook dia mekapkan
 muka orang nampak cantik dan tak pecah. So wieya suka!
So booking la awal.. Terus bayar deposit ;)
Bersiap 19/12/2015 di Hotel Casuarina akak Farah datang tepat pukul 10.30 pagi.
Bersiap dalam setengah jam macam tu, terus wallaa! Cantik..
Siap pakaikan tudung macam kak Fyna jugak.
 Cuma kak Syafa je tak sempat siapkan wieya..Mekap tak nampak tebal.
Masa majlis bertandang wieya tetap request tak nak bulu mata palsu.
Mekap kak Farah tak tengok padaa baju. Huu.
Lipstik dia nampak oldschool sikit sebab warna bibir..Mak wieya tak suka.
Wieya lagi la redho..Kenapa la tak letak warna pinky-pinky sikit. Sobs
Sebab masa tu rombongan keluarga dah tunggu di lobi hotel. Alkisahnya...
last-last tengok gambar lipstik jadi macam keringkan bibir.
Terus wieya bagi 3 dari bintang 
------------------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulannya wieya paling suka mekap majlis resepsi :)
kedua mekap masa nikah dan last majlis bertadang. Spoil kat lipstik je.
Jadilah 3 MUA untuk 3 Majlis Kawin WieyaRaudzi dalam lipatan sejarah ;)
Untuk bakal pengantin yang penting buat persiapan awal. Booking awal tau.

2 comments:

  1. lawanya akak <3 moga kekal till jannah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin ya rabbal alamin.. ;)
      thanks dik @miss fifi ..hee

      Delete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi