Monday 23 May 2016

Doorgift Majlis Resepsi | Review

Assalamualaikum..
wieya heppi sangat, banyak review yang dah dibuat ;p
Syukur alhamdulillah. Salam Jumaat uOls..
Hari ni  kandungan wieya dah genap 20 minggu.
Maksudnya dah masuk 5 bulan usia janin :')

Alahai anak, mama dah mula rasa awak gerak-gerak. Sayangg sangat!
Sambil menaip entri ni pun, ada rasa gerakan comel
dalam rahim wieya. Syukur alhamdulillah..
Semalam pegi klinik check up bulanan, dah boleh dengar degupan jantung
baby anak mama. 134, 135 & 136. Nurse cakap awak shat sayang...
Mama sangat hepi dengar..Syukur Ya Allah..

Ok sekarang wieya nak sambung review pasal doorgift.
ataupun cenderamata yang diberi kepada tetamu.
Syukur alhamdulillah..Allah permudahkan.

Doorgift Majlis Resepsi sebelah Wieya

Doorgift adalah satu-satunya yang paling wieya titik beratkan
kerana ia adalah satu-satunya cenderamata yang akan diberikan pada para tetamu.
Setelah berbincang dengan mak ayah wieya..
weouls ambik keputusan order ja botol kaca isi kacang dalam 1200 pieces
untuk diberikan pada para tetamu. Jadi taraaaa!! Inilah hasilnya..
Dapatlah RM1.60 sebotol. Jumlah kesemuanya uOls total la sendiri..huhu



Malam majlis baru doorgift sampoai tau uOls..
Kepercayaan kepada Sya memang 100% wieya letakkan padanya.
ada lah dalam 12 kotak kesemuanya sampai malam tu ke 
 bilik dewan terus dalam pukul 10 malam camtu.
 Kacang wieya pilih kacang bersalut tepung kuning  dan kacang peas hijau.

Kain organza biru tu mahal jugak uOls. RM0.60 per pieces..
Pastu wieya request nak ribbon  warna pink lembut. Soft gittu..

 
Sticker tu awal-awal wieya tempah online. RM0.10 per pieces. Hee


Ini laah doorgift sebelah wieya ;)

Gambar botol banyak-banyak tak sempat tangkap.
Ini saja gambar blur yang ada. sigh

Apapun wieya sangat berpuas hati. 
Tak payah serabut fikir nak buat doorgift bebanyak
Hanya tunggu siap seperti apa yang kita nak kan..Legaaa...
Yang penting semuanya nampak sempurna
 untuk dijadikan kenang-kenangan.
psstt nak kawin memang guna banyak duit uOlss... :')

3 comments:

  1. menarik idea wedding give ni

    ReplyDelete
  2. salam sis. kat mana beli kacang ye?

    ReplyDelete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi