Wednesday, 27 July 2016

Musim Durian

Assalamualaikum.
Hai semua..Rata-rata negeri bulan ni dimurahkan rezeki dengan 
musim buah-buahan tempatan. Syukur Alhamdulillah..
Kalau tengah drive tu ,nampak di tepi-tepi jalan banyak longgokan buah
yang dijual. Contohnya manggis, rambutan, cempedak dan paling win adalah raja buah
yang satu ni..Apalagi kalau bukan durian. nyumsss..

Bestnya lahai musim buah. Rezeki ada dimana-mana.
Nak nak rezeki mak buyung. Dapat merasa buah rambutan, buah setar, buah pisang,
durian. Tapi wieya tak berani makan banyak durian. Setakat merasa di tekak je,

Kebetulan pokok bapa mertua baru berbuah sulong, nak merasa la jugak kan :)
pak mertua cakap rezeki baby dapat merasa buah durian sulong nya.
Manis dan senang nak dikopek..Alhamdulilah jadilah nak merasa.
Tak berani nak makan sungguh-sungguh..huhu

Cik abang pesan jangan makan banyak buah rambutan.
Mak wieya pesan jangan makan banyak buah durian, sebab 
sedang pembawakan budak. Risau jugak baby tak tahan.
Jadi wieya memang jenis penakut. Makan sikit je, buat melepas rasa dan ngidam.
Memang jenis buah durian ni panas, dan rambutan pun sama.
Ini lah durian sulong, pokok belakang rumah mak dan pak mertua :)
Buahnya senang dikopek, bau nya tak la kuat dan rasanya lemak-lemak manis ;p
zoom sikit..walaupun isinya tak kuning memikat, tapi rasa seulas pasti nak lagi :)
Syukur..mak buyung sempat merasa durian sebelum deliver..Rezeki =)

Buah-buahan yang wieya tahan makan adalah anggur hitam dan limau sunkist.
memang ada stok dalam ice box. Ynag lain boleh makan
 tapi dengar kadar kuantiti sedikit, kalau tidak pasti sakit 
kepala dan angin badan..HuhuKalau jenis mempelam 
dan buah masa macam buah setar dan belimbing, memang feveret! 
cicah garam..memang terliur..hehe..Memang hantu la wieya
masa mengandung suka masam-masam. Hikhik

Ok dek kerana negara Malaysia ni musim hujan dan panas, buah-buahan tempatan
semuanya manis-manis, alhamdulillah..
Selamat menikmati musim buah kengkawan..Jangan lupa minum banyak air
kalau makan durian. Ingat-ingat takut panas badan,,
Ok terima kasih sudi baca entri ini..Selamat Hari raya!

Monday, 25 July 2016

Open House & Kenduri Kawin

Assalamualaikum :)
Cepatnya masa seminggu ke seminggu pantas berlalu.
Walau cemana pun, raya kan sebulan. Beraya la selagi boleh uOls..
Sekarang trend kenduri dan tunang buat masa bulan Syawal.
Memang banyak jemputan kawin yang diterima, kawan pun ada 
yang mengikat tali pertunangan, tahniah dari wieya dan encik suami.


Cantik pelamin di dewan Pagoh, berseri-seri..hee
mama to be & ayah to be makan nasi minyak di bulan Syawal..nyumss.
lain sangat suasana nya makan lauk kenduri time raya. Terasa meriah saangat!

Dek kerana, raya kan sebulan, balik je kenduri..kami balik kampung halaman
suami untuk berjumpa sanak saudara sebelah mak mertua di Kuala Kangsar.
Hai beraya sakan kitaorang..dari petang hingga ke malam ;p
 Musim buah sedang ranum masak..Mama buyung is happy
makan buah-buahan tempatan bila balik kampung,,ini rezeki nama nya :)
 suasana kampung is ohsem! sempat bergambar kenang-kenangan dengan 
abang kepadamak mertua wieya, encik suami tolong snap gambar,,hee
 Berjalan beraya rumah adik mak mertua yang bongsu pulak, chu kami panggil.
kena la snap gambar buat kenang-kenangan. Syukur selesai 4 buah rumah..
habiskan jalan beraya selagi lalu untuk berjalan dan menziarah..
Akhirnya kami boleh balik dengan gembira,,
kenyang sesaja dapat makan biskut raya, itu dan ini dalam sehari..
Syukur pada Mu ya Allah,..Selamat Hari Raya semua!
Banyak lagi undangan majlis rumah terbuka raya AidilFitri sehingga lah
habis bulan Syawal..Alhamdulillah ... :)

Semoga korang jugak sentiasa bahagia walau dimana berada okeyy..
terima kasih sudi baca entri wieya,,,Tunggu next entri...

Wednesday, 20 July 2016

Contest Doodle Family Raya by Merahitujambu

Assalamualaikum...
Mood raya masih terasa, selamat hari raya semua!
Log in blog ternampak blog doodle
Merah Itu Jambu mengadakan contest. Wieya dah lama berkenan dengan doodle
yang dihasilkan. Sangat comel dan kreatif! 
Jom tengok syarat-syarat contest sebelum korang ramai-ramai join..



Klik Banner untuk join!

Syarat-Syarat Contest
  • Letak tajuk Contest Doodle Family Raya by Merahitujambu
  • Letak gambar Raya anda Maximum 3 orang ahli sahaja
  • contoh 3 orang ahli merahitujambu :- mama, baba dan husna
  • 1 gambar yang menarik akan di pilih dan di doodlekan oleh merahitujambu
  • contest tamat bila tamatnya Raya 2016
Memandangkan tahun ni tahun istimewa wieya dan suami 
buat pertama kali raya bersama..tergerak hati nak join sebab
 mudah sangat syarat-syaratnya..hikss. Jom letak gambar raya , syaratnya maximum
3 orang dan weouls pun masih berdua tahun ni..In Shaa Allah tahun depan baru bertiga ;)

Dengan lafaz bismillah.....


Moga ada rezeki untuk kami dan baby dalam peyut..In Shaa Allah... 
Jom sama-sama join contest ni..Mana tau rezeki dapat gambar doodle dari 
❤ Merah Itu Jambu 

Friday, 15 July 2016

Raya Kedua..❤ Meriahnya Syawal

Assalamualaikum..Selamat Hari Raya semua!
Raya kan sebulan..hehe. Ok kali ni wieya nak update tentang raya kedua 2016.
Masih dapat beraya dengan keluarga tercinta. Balik ke kampung sebelah ayah pulak.
Tema untuk raya kedua ialah oren ;)
Tak rancang pun sebenarnya..Semuanya secara kebetulan:')
Seronok sangat pakai baju satu tema. Ayah dan adik-adik wieya je tak sedondon.

Rugilah beraya pakai baju cantik-cantik tapi tak bergambar kenangan kan?
So, jadi lah ruang tamu rumah tok wieya jadi port bergambar kami.
Masa ni ayah dah beraya rumah kawan-kawan dia seorang diri. 
Maklum la kampung halaman dia. Yang wieya dan suami 
sambil makan biskut sambil selfieguna monopod. 
Last-last minta jasa baik sepupu tolong snap kan gambar kami..hikss

Mak dan anak-anak perempuan nya. Comel ja 
mak dengan liayan sedondon dengan tudung kaler sama ;)
alahai  moment ni sweets sangat :')
 baru lah suami wieya masuk sekali, alahai tersama tema ngan langsir tok..hehe
liyana dan mak acah-acah sweets...layan kan je laa..haha
 I love my family so much..
Masa ni adik-adik lelaki pakat sambung tidur sebab malam berjaga tengok bola.
Maka, tiadalah gambar bersama mereka di hari raya kedua, Sabar ja la
 Bergambar kenangan di halaman rumah tok ;)
lighting matahari jugak mencantikkan gambar..

Tahun depan nekad nak pakai baju sama tema lagi.. in Shaa Allah ..
alhamdulillah tahun ni wieya diberi peluang untuk beraya 
bersama suami tercinta buat pertama kali ;) dan beraya bersama keluarga..
tahun depan giliran bersama keluarga sebelah suami pulak. Ikut turn laa..huu
Nasib Ipoh - Kedah tak jauh. ngee 

Ok esok dah hujung minggu. Jom sambung beraya ..
Pada yang berpuasa 6 hari di bulan Syawal..Selamat berpuasa di ucapkan.
Maka nikmat Allah yang mana lagi mahu kami dustakan.
Bahagia nya rasa...Subhanallah! * tak sabar nak beli barang baby*
Happy 28 weeks baby mama dan ayah hari ni..Moga membesar 
dengan sihat dan sempurna.. Jumpa lagi 11 minggu ye sayang..amin.

Tuesday, 12 July 2016

First Syawal 2016

Assalamualaikum. Selamat Hari raya buat semua muslimin muslimat
terutama untuk blogger sekalian, Pantasnya masa hari ni dah genap seminggu raya ;)
bagi yang berpuasa 6, selamat berpuasa wieya ucapkan..

Syukur alhamdulillah, wieya dapat berpuasa penuh 30 hari tahun ni..
Subhanallah, Alhamdulilah, Allahu Akhbar!
Terima kasih ya rabb yang mengizinkan wieya berpuasa 
dan menjalani ibadah Ramadan
dengan baik, baby dalam peyut yang behave sama-sama puasa dengan mama dia.
sayangg baby! kuat dia puasa..Syukur sangat-sangat.
 Pengalaman yang tak dapat dilupakan. First preggy dan berpuasa dengan baby. hee

Ok berkat Syawal yang menjelang, tahun ni tahun 
pertama wieya beraya bersama suami.
Haruslah sedondon uOls..hehe. Tema tahun ni adalah 
hijau zamrud untuk raya pertama.
dan tahun ni berpeluang, beraya di kampung halaman wieya, Yeay!!
Maka dapatlah beraya dengan mak, ayah dan 
adik-adik tahun ni.. Meriahnya rasa! ngee..happy sungguh,,
 
Selamat Hari Raya dari kami suami isteri :)
tahun ni berdua plus baby dalam peyut. In Shaa Allah tahun depan bertiga. amin 
Bestnya lahai dapat beraya dan melaram dengan encik suami di pagi Syawal ;)


makan dan minum sepuasnya di pagi raya..hee..
tengok pipi wieya pun dah bambam sebab bahagia ;p

Jom balik kampung..beraya dengan tok dan tok wan serta sanak saudara!
 gambar sekeluarga dengan tok sebelah mak :)
Gambar raya keluarga wieya, Tema hijau yang lain tone. Jadi laaa ;')
 Gambar kami 4 beradik..hehe
kenangan di hari raya pertama 2016. Dapat monopod, apalagi selfie laa..haha
Sekian, gambar raya yang sangat banyak..Wieya masukkan sikit je ek nanti kang jadi
entri bergambar pulak,,hehe. Sesungguhnya raya tahun ni amat bermakna.
walaupun kami suami isteri tak makan ketupat dan lemang sebab tak tahan angin.
Yang penting ini adalah raya pertama kami suami isteri, Syukur atas nikmatNya,

Selamat Hari Raya EidilFitri..
ikhlas dari wieya & suami. 
 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi