Friday 11 November 2016

Pengalaman Pertama Kali Bersalin

Assalamualaikum...
Syukur sangat-sangat bila dapat menaip kongsi 
pengalaman bersalin dalam blog kesayangan.
Macam biasa bila umur baby dah berganjak sebulan lebih, pendek kata
habis pantang..Boleh la rileks sikit sebab baby dah berubah bulan kata orang.
Jadi wieya ada masa nak menaip stori entri kali ni..
Ok jom start stori pengalaman wieya bersalin baby 
first secara normal, alhamdulillah :)

24 September 2016 | Sabtu
5.45 pagi
Malam tu tido nyenyak sangat. Masih tak rasa apa-apa.terjaga tido , dekat nak subuh terasa macam sakit senggugut terdetik dalam hati takkan la sakit senggugut masa mengandung.tiba-tiba terasa ada air keluar macam darah period panas keluar..terus bangun pegi toilet, sebab tak sedap hati dan rupanya yang keluar tu air ketuban mengalir dan sedikit darah + lendir. Dah sudah ni memang tanda-tanda nak bersalin. Macam pecaya tak pecaya terus bagitau encik suami. Nampak dia macam terkejut. Wieya pulak terus pakai padu ntuk halang air ketuban dari  terus mengalir ke kaki. Habis basah lantai bilik..Huhu. Azan Subuh pun berkumandang..Masa tu tak rasa sakit apa, Masih dalam tak pecaya.

6.30 pagi
Sempat mandi dan makan nasi putih goreng dengan ikan bilis. Selera pulak tu makan. Mak mertua buatkan air milo pekat panas-panas  + telur ayam kampung sebiji. Langsung tak rasa apa masa minum dan masa tu pun wieya tak sakit apapun lagi,Cuma rasa air ketuban keluar..leaking orang kata. Mak mertua dan encik suami siap-siap nak bawa wieya pegi hospital memandangkan wieya dah turun tanda dan baby first pulak. Suami awal-awal dah letak beg baby dan wieya dalam bonet. Sempat minta maaf dengan mak ayah di Kedah dan bapa mertua, sebab wieya dan suami memang stay rumah mertua.

7.30 pagi
Selamat sampai Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Mak mertua ikut suami sekali pegi hospital. Terus suami daftar wieya..Masa tu tak rasa berdebar apa. Feeling masih tak pecaya, nak bersalin dah ke aku ni? Doktor muda perempuan check bukaan masih 1cm dan air ketuban masih leaking. Kena tahan wad menunggu, Sebelum tu doktor monitor gerakan baby dan denyutan jantung baby. Scan dan wieya kena cucuk jarum nk masuk air tu.. Ok merasa la ada jarum kat tangan. Nasib nurse yang buat tu pandai cari urat. Tak sakit pun masa jarum masuk. Heheh
10.30 pagi
Lama jugak menunggu statistik bacaan pergerakan baby. wieya sempat la tertido sebab belum rasa sakit contraction. Wieya dibiarkan dalam bilik tu sebelum dihantar nurse ke wad menunggu. Dapat lah baju pink yang macam selalu dok tengok orang nak bersalin pakai.. Sekali lagi macam tak pecaya..Tukarlah baju dalam wad 2, bilik No.2.. Masa tu dah rasa sakit sikit-sikit dah. Hanya suami je boleh masuk kejap dalam bilik tu hantar barang. Dalam bilik tu untuk 3 orang tapi yang ada hanya wieya dan seorang adik umur 23 tahun tengah menahan sakit anak sulung jugak sebab dia turun tanda darah sejak malam lagi. Rehatlah wieya sambil menahan sakit dan leaking air ketuban. Banyak kali jugak tukar pad. Suami kena keluar sebab belum waktu melawat.

1.00 tengahari
Bukaan wieya baru 2cm, rasa sakit makin kuat tapi masih berselera lagi makan. Suami bawak bekal nasi yang mak mertua masak. Habis la nasi wieya makan. Lapar juga menahan sakit. Sebelum tu sempat jalan jalan dalam bilik bagi cepat bukaan. tapi rupanya sakit contraction maha hebat. Wieya siap mandi lagi. huhu..Masa tu suami teman sebab waktu melawat, Muka suami nampak susah hati.

3.00 petang
Sakit makin kerap tapi bila nurse check bukaan. Bukaan masih 2cm. huhu Allah je tau cemana perasaan masa tu. Mana la ada pengalaman kan..Berzikir tak lekang dibibir sambil makan kurma. Tak tahu kenapa, lagi sakit lagi wieya lapar..Dah la kena check diabeties 4x sehari. Cucuk dijari ambik darah. Sebab wieya ada kencing manis masa mengandung. Ramai juga kat bilik menunggu bersalin tapi blik wieya lagi santai. Contraction makin lama makin kerap,.sampai nak naik katil pun tak boleh.

5.00 petang
Waktu melawat lagi..Suami boleh masuk wad tengok wieya. Teman makan malam dan suami suapkan..Masa tu dah sakit selang 10 ke 15 minit..Suami yang risau. wieya tetap makan sebab nak kumpul tenaga. Petang sikit bapa mertua dan mak mertua datang tengok. Mak mertua siap nangis lagi tengok wieya menahan sakit..Masa tu memang sakit betul..huhu. Tak dapat nak gambarkan sakit contraction. Yang merasa je tahu cemana rasa..Nak dekat habis waktu melawat tinggal la wieya sorang-sorang..Sebab kawan sebelah katil dah kena masuk labour room. Sunyi pulak rasa..dan sakit makin kerap. 

7.30 malam
Tak tahan sangat tekan bell atas kepala katil sebab rasa sakit contraction kuat. Staff nurse datnag check bukaan . Katanya dah 4cm. Terus dia suruh tunggu nak tengok ada katil kosong ke tak di labour room. Yeayy dalam hati akhirnya aku nak bersalin. huhu..Staff nurse tu suruh suami kemas barang wieya. Wieya ditolak masuk labour room naik wheel chair..Berasa jugak lah naik wheel chair dengan bawa beg baju baby.
8.15 malam
wieya dimasukkan dalam labour room Suit 5 sebab staff nurse cakap wieya dah bukaan 4 cm. Rupa-rupanya doktor perempuana mud bangsa india check wieya, bukaan baru 3cm..Sedihnya lahai..Terus kena tolak bilik ABC sebelah bilik labour room tu. Terkejut wieya ingat dah nak bersalin rupanya kena tunggu lagi. Nasib tak dihantar dalam bilik menunggu dok sorang-sorang lagi.
8.30 malam
Sakit contraction makin kuat. wieya dimasukkan dalam bilik menunggu ABC yang disebut kakitangan katsitu betul betul bersebelahan bilik labour room. Dalam bilik tu ada seorang patient preggy jugak 8 bulan, diletakkan disitu sebab gastrik teruk hingga sesak nafas. Bukan nak bersalin. Patut la wieya tengok dia rileks je. Huhu. wieya yang tak habis-habis tarik hembus nafas menahan sakit bila contraction datang.. Sakit tu hanya Allah yang tau..Nak naik katil pun kadang-kadang rasa tak boleh. Lepas tu kerap nak terkencing..Sambil tahan sakit sambil tengok jam di dinding.

10.00 malam
Suami masih di dalam area hospital menunggu untuk dipanggil kot-kot wieya dah nak bersalin. Sepanjang dalam hospital, handphone wieya sentiasa ada di sisi. Sempat whatapps kawan-kawan dan group famili, update apa yang patut. Call husband dan bagitau status terkini. Contraction maha hebat. Sampai nak beralih tempat baring pun susah..Perut wieya terus di monitor pergerakan baby dan contraction sepanjang di hospital.

11.30 malam
Suami dan mak mertua stay di hospital malam tu.. Rupanya keluarga mertua memang nak stay kat hospital. Tak sangka pulak wieya. Wieya terasa lapar sangat dan dahaga. Minta kat nurse situ nak keluar jumpa husband, nurse tak bagi sebab risau wieya contraction kuat. Minta izin kat nurse nak minum dan makan. Mula tu nurse bagitau memang tak boleh makan dan minum dalam tu..Tapi dek kesian kat wieya kot..Suami di izinkan masuk dalam bilik wieya untuk bawa makanan dan air. Wieya sempat mesej suami bawakan power bank, pad dan kurma. Masuk lah suami bawa makanan untuk wieya sebab masa tu wieya lapar sangat-sangat. Suami sangka wieya dah nak bersalin. Rupanya nak makan. Bayangkan tengah menahan sakit contraction yang makin kerap dan sakit tu, masih mampu nak makan sebab lapar teramat. Haus maha rabbi.Allah je tau. Lepas je bagi wieya makan, suami kena keluar balik ke tempat menunggu di luar wad. wieya terus menahan sakit sambil mata melihat jam bila terjaga. Wieya diberi suntikan menahan sakit di peha..Lali tapi sakit contraction masih terasa. Cuma kita boleh rehat jugak lepas lali. Malam tu doktor ada check bukaan tapi bukaan tetap sama iaitu 3 cm sejak petang tadi. Sedihnya rasa...

25 September 2016 | Ahad
7.30 pagi
Doktor buat lawatan pagi dan wieya di check bukaan. Akhirnya bukaan dah 4 cm. wieya dah boleh dimasukkan dalam labour room. Lega sangat rasa walaupun dah  mula berdebar kenapa 4 cm dah kena masuk labour room. Memang macam tu ke? atau nak kena ceaser..Allah! minta simpang laa. Sepanjang malam tadi tu wieya selalu tanya memang camtu ke bukaan tak bukak-bukak. Rupanya depa cakap anak pertama memang lama dan lambat bukaan nya. Huh! Risau sangat-sangat..Akhirnya wieya kena berjalan masuk bilik labour room Suite 8 untuk bersiap sedia nak jumpa baby..

8.30 pagi
Berdebar tunggu apa yang nak dibuat nurse dan doktor..Terasa nak kencing tapi contraction makin kuat. Nurse dah tak bagi wieya berjalan ke toilet dah. Dia pasangkan wayar dan biar wieya kencing dalam bekas..Doktor melawat silih berganti. wieya dibiarkan layan contraction sorang-sorang..Doktor datang pantau dari masa ke masa. Perut wieya terus di monitor..Terasa dahaganya Allah je yang tahu.

9.30 pagi
Berzikir tanpa henti dan berdoa wieya dipermudahkan bersalin. Bagitau suami dan whatapps group. Sempat lagi tuu..Phone wieya memang bawak masuk labour room. kihkih. Mana-mana nurse yang lalu, wieya minta air dan kurma sebab lapar tak sarapan apa kan..Memang nak kumpul tenaga cukup-cukup tapi dahaga lagi-lagi maha hebat. Nurse bagi air sikit sangat-sangat. Adeh.

11.30 pagi
Bukaan dah 6cm. Wieya dimasukkan air ubat mempercepatkan baby keluar. Nurse dan doktor pelatih perempuan tu cakap, kalau lepas ni rasa nak teran..Teran je,.Kebetulan wieya tak rasa nak meneran pun lagi, berdebar jugak nak rasa cemana perasaan nak meneran. Makin lama air tu masuk dalam badan, contraction makin kuat, dan kerap sakit. Sampai lah rasa besi tempat pemegang pun nak wieya bengkok kan.
12.30 tengahari
Bukaan dan 8 cm. Memang kena tunggu 10 cm baru boleh bersalin. Sakit dah maha hebat. wieya disuruh mengiring sebelah kiri untuk mudahkan baby turun ke bawah dan mempercepatkan bersalin. Masa tu bila kau baring sebelah kiri kau nak terlentang pun payah sebab baby mengeras dan contraction kuat,.Masa tu wieya dah makin rasa nak meneran dan tanpa rasa bersalah wieya teran je, Memang fikir nak selamatkan baby je..Sekali teran terasa, ada yang panas keluar..Rupanya darah. Sakitnya ya Allah..Rupanya itu rasa nak bersalin seorang khalifah. Sempat lagi tanya, suami masih boleh masuk ke teman wieya nak bersalin.

1.15 petang
Suami dibenarkan masuk, Nampak muka suami terasa semangat nak meneran.Nampak muka suami macam cuak dan susah hati. Masa tu wieya diminta untuk terlentang dan duduk dengan gaya nak bersalin. wieya ikutkan je kata doktor-doktor perempuan tu..Masa nak beralih dari mengiring ke terlentang punya ambik masa sebab perut mengeras. Boleh je terlentang terus rasa nak meneran bila contraction datang..

1.30 petang
Suami diminta beri minum air selusuh dan sapu air pada muka wieya. Mulut wieya tak henti-henti berzikir dan berdoa moga dipermudahkan bersalin. Masih terbayang suasana tu saat ini. Suami wieya caring sangat. Bersedia nak push masa contraction sambil dengar arahan doktor..Mulanya wieya tak pandai meneran dengan betul..Lepas je doktor ajar, terus ada keberanian dan kekuatan.Suami pun tak putus-putus bagi kata-kata semangat.

1,45 petang
Tiga kali push meneran sekuat hati, baby masih belum boleh keluar walhal kepala dah rasa dibawah. Doktor siap suruh wieya rasa kepala baby dan wieya pegang memang dah rasa disitu. Basah je terasa rambut baby. Suami wieya siap tengok ke bawah kepala baby memang disitu. Dia siap jadi cheerleader bagi kata semangat,"Sayang boleh! Sayang boleh!"..Sikit je lagi sambil bisik di telinga wieya. Doktor bagi masa sampai pukul 2 petang kalau wieya tak dapat meneran, depa nak ceaser, Wow berdebarnya.! Suami siap terkejut dan terus cakap in Shaa Allah sayang kuat. Doktor bagitau datang je contraction baru meneran. Itu cara yang betul. Yang pasti meneran taik keras katanya..Memang keras la kepala budak kan..

1.58 petang
Kekuatan yang berbaki dengan izin Allah wieya teran kali ke-4 , akhirnya syukur alhamdulillah baby selamat dilahirkan secara normal. Terasa panas je keluar kat bawah tu..Perasaan masa tu bersyukur sangat-sangat, dan serta merta sakit hilang..Letih teramat je rasa masa tu..Anak mama dan zuriat kami dah selamat lahir ke dunia. Suami berani tengok baby keluar..Dia cakap bila kepala keluar je, doktor pusing ke kanan untuk tarik bahu. Ada caranya..Terus dengar tangisan baby dan baby celik..Nampak doktor potong tali pusat dan terus letak atas dada wieya. Alhamdulilah :')

Suami sempat azan baby kami masa baby ada di atas dada wieya..Pertama kali yang wieya tengok masa baby diletakkan di dada ialah jari baby. Kukunya jenis gelas dan cantik. Inilah rupa anak ku..Cukup sifat, bersyukur sangat-sangat. Baby berak lepas letak atas wieya dan terus dibawa nurse ke satu bilik untuk dicuci dan ditimbang..Suami sempat snap gamba baby fresh from my womb.Lepas tu handphone suami bawak pegi caj tanpa pengetahuan wieya..Suami keluar dan wieya ditinggalkan dengan nurse untuk dikeluarkan uri dan dijahit di bawah. Rupanya kena gunting jugak ingat tak kena. heheh. Anak sulung mesti kena diorang cakap. Walhal tak rasa pun kena gunting sebab sakit contraction lagi kuat, Huhu. Siyes cakap..dan inilah pengalaman wieya bersalin buat pertama kali baby first kami. Syukur secara normal!! Sakit memang sakit..yang penting semuanya selamat.

Jahit bawah sakit tak? Tipulah tak sakit..tapi bila dibius rasa benda bergerak je laa, maka sakit tu kurang. Yang tak tahan bila nurse masukkan tisu dalam tuut je rasa ngilu, sakit, pedih..Hanya Allah je tahu. Itulah pengalaman kan :) Pukul 5 petang baru wieya keluar dari labour room..Baby kena tahan N6 sebab takut jangkitan dalam paru-paru sebab lama sangat sakit. Tertelan air ketuban..Maka, malam  tu wieya bermalam di hospital tanpa baby disisi. Punyalah sedih..tapi masih bersyukur semua selamat. ngee :')

Fuhh habis pun menaip cerita pengalaman ni..
kenangan seumur hidup. Alhamdulillah..Setiap orang lain ceritanya.
Terima kasih encik suami ada dimasa susah dan senang.
Love you so much! Kita dah ada baby..ngee
❤❤❤

10 comments:

  1. Tahniah pada awak kerana melahirkan seorang lagi khalifah bumi.. Seronoknya dengar orang yang ada pengalaman bersalin.. Insha Allah satu hari nanti saya pun akan alami jugak.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..terima kasih awak :)
      In Shaa Allah awak jugak akan merasainya suatu hari nanti..

      Delete
  2. alhamdulillah, tahniah sis! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdulillah..terima kasih ye :)

      Delete
  3. Moga sihat selalu Kaka.

    ReplyDelete
  4. tahniah kak !! mcm takut je bersalin ni ... huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih dik ^___^
      jangan takut..mula je takut, nanti dah merasa seronok! hehe

      Delete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi