Saturday 5 November 2016

Selamat Bersalin First Baby :)

Assalamualaikum
alhamdulillah lamanya tak menaip. Dekat sebulan lebih sebab berpantang.
Syukur alhamdulillah, wieya selamat bersalin seorang putera pada 25 September 2016
 pada hari Ahad, jam 1.58 petang seberat 2.8kg pada 38 week 5 day kehamilan.
Bersyukur sangat-sangat :')

Banyak sangat yang nak dikongsi bersama. Tambah-tambah melahirkan anak sulung.
Memang serba serbi benda baru dan pengalaman baru.. Alhamdulillah wieya selamat 
melahirkan baby secara normal berkat doa semua. Alhamdulillah :')

fresh from my womb :')
and his first crying..hugs!
Hari ke-2 #baby FA
ada kuning dan kena letak bawah lampu.
Masani wieya sedih sangat, sebab dah la lepas bersalin tak dapat stay ngan baby.
Baby FA kena tido wad N6..sobs 
My baby! zuriat dari rahimku..
ni hari ke-3 #baby FA baru dapat discaj hospital. Akhirnya!

Syukur hari ni dah pantang ke-41bermakna #baby FA dah berumur 41 hari di dunia ♥
tinggal 3 hari lagi nak merdeka. Nak update blog
 pun kena tengok ada masa lapang..hee
Ok nanti wieya update lagi. Gian nak menaip dah.hikss
tunggu entri seterusnya ye uOls..Doakan wieya dan baby FA sihat dan kuat ;)

Seronoknya dah ada anak sendirik ♥
pelengkap hidup kami suami isteri..Maka nikmat mana lagi mahu kami dustakan.
:)

9 comments:

  1. wahh alhamdulillah tahniah akak =)

    ReplyDelete
  2. comelnya baby..tahniah dpt baby baru.. sy lg 3 bulan due utk 2nd baby.doakan sy ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih awak :)
      di doakan awak dipermudahkan bersalin 2nd baby ye..

      Delete
  3. tahniah,,,

    comelnyaaa baby FA...
    selamat berpantang & semoga baby FA membesar jadi anak yg soleh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih ye..
      mudah-mudahan..amin ya rabbal alamin :)

      Delete

selaMat berkoMen ;) ♥

 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi