Tuesday 27 December 2016

Happy 1st Anniversary! :)

Assalamualaikum.
Pejam celik pejam celik baby Muhammad Fariz Amsyar dah genap 3 bulan.
Terasa pantas nya masa. Ok entri kali ni wieya 
nak sharing sambutan first anniversary wieya dan shuben 😍
alhamdulillah masuk je bulan 12 tahun ni, kami sambut bertiga dengan baby.
macam tak pecaya pun ada jadi parents. How time flies..
11. Disember adalah tarikh anniversary nya. So weouls balik kampung 10hb..
Sambutan ulangtahun perkahwinan pertama
 disambut secara sederhana, alhamdulillah :) Masa tu wieya balik Kedah
so tau la cemana nak order kek dan pelbagai lagi😏
so taraa!! ni la kek pertama wieya untuk dimakan bersama-sama mak ayah dan
adik-adik tersayang,,Kebetulan balik kampung sebab ada kenduri sepupu ..hee

sampai je kampung, perjalanan dalam 6 jam jugak
sebab jem di terowong menora. Sebenarnya Ipoh- Kedah dalam 2 jam je..huhu..
Akhirnya malam tu menjadik juga sambutan kecil-kecilan 
anniversary kami..yeay!
 Happy 1st Anniversary, abang..
Jauh lagi perjalanan rumah tangga kita 💓
 sesi potong kek bersama baby kami..hikss
Family potrait :')
 alhamdulillah ..syukur atas nikmat kebahagiaan ini..
abang..ILoveYou and baby kita..
Semoga ikatan terbina kekal hingga ke syurga..amin.
 

kek coklat indulgence ni di order dengan membe sekolah wieya.
dia cikgu, Anas namanya..tapi kek dia superb sedap!
highly recomend😊😏

Setanding Secret Recipe tapi lagi sedap kot.
Harga pun berbaloi cuma RM70 saiz besar camni :)
Lepas ni boleh la repeat order lagi..In Shaa Allah.
Dah la datang COD tanpa cas.. I loikee!
Lastly, wieya yang peminat kek ni memang suka lah celebrate anniversary dengan kek.
Happy Anniversary!

Tuesday 20 December 2016

Cousin's Wedding | Aiman AtiQah

Assalamualaikum 😉
macam biasa kalau masuk bulan cuti sekolah 
maka makan nasik minyak la jawabnya,,hee
jadi bulan 12 nih ada dua kenduri sepupu terdekat. 
Satu sebelah ayah satu lagi sebelah mak.
Beza pun selang seminggu je..Puas la baby Fariz Amsyar berjalan-jalan
tambah baby tak meragam langsung. Tido je dalam stroller kesayangan dia tu..ngee
cantik meja makan beradab aiman dan pelamin nya :)
rindu pelamin nikah dan resepsi wieya tahun lepas..hiks
Saja test pelamin. Family potret katanya 😗

 
4 beradik wieya bersama baby Fariz Amsyar :)
 feeling ibu beranak satu..💓


Selamat Pengantin Baru Aiman & Atiqah
semoga kekal hingga ke syurga :)

Thursday 15 December 2016

Resepi Nasi Ayam Mama Wieya :)

Assalamualaikum
Lamanya tak berblogging. kali ni nak sharing nasi ayam homemade
semudah ABC . hehe. Sambil sambil tido kan anak..sejam dah siap nasi ayam kita ;)
sebelum kawin wieya pun tak tahu nak masak nasi ayam ke nasi
 tomato ke atau nasi beriyani sekali pun.
Rupanya takde la susah sangat seperti yang dibayangkan. Cuma basic je.
yang lain tukar sikit-sikit rencahnya. Sesuai dimakan waktu tengahari atau keraian
bersama keluarga tercinta. hikss

Bahan- Bahan Nasi
Beras Faiza /segala beras yang ada dirumah korang
air rebusan ayam
bunga lawang, kulit kayu manis, buah pegaga dan halia
Bawang putih bawang merah dipotong.
Daun salam.
Sedikit kunyit sebagai pewarna masakan

wieya tak tumis nasi supaya tak berminyak sangat beras bila jadik nasi.
tapi kalau korang nak tumis dulu bawang dan 4 beradik tu.
Ikut korang la..hehe Masak dalam rice cooker je. Settle!
Salad, tomato dan timun (tak ada dalam gambar) penting sebagai hiasan
dek kerana wieya masih pantang makan-makan cenggini. 
Hanya mampu melihat saja la :')
Susun la pinggan ikut kreativiti korang....
ayam yang diperap digoreng..nyumss
diletak dipinggan hiasan tadi ;)

Bahan-Bahan Perapan ayam
seekor ayam dicuci bersih
Sos cili dan sos tiram
kicap manis / kicap masin
bawang merah, bawang putih, halia dikisar
madu secukup rasa.
Garam secukup rasa

Perap semalam lagi sedap. tapi bila perap sejam pun dah okey.
Gaul sebati dan goreng la sehingga garing. Bau dia sedap ya rabbi!
nasi yang ditanak siap untuk dihidang.
sup ayam marvelous..ngee ;'D

Bahan - bahan Sup Ayam
Sedikit ayam bahagian tulang.
bawang merah, bawang putih dan halia dipotong dan tumiskan bahan.
masukkan air, sup bunjut dan kiub ayam knorr sebagai perisa.
last sekali masukkan ayam dan taburkan daun sup. daun ketumbar sebagai hiasan.

Bahan-Bahan Kuah Cili Nasi Ayam
Cili Merah dalam 6 biji -dikisar halus
Masukkan bahan perapan ayam ke dalam cili merah yang dikisar tadi. Siap!

kicap wieya tak buat sebab itu pun dah cukup memadai. yeay!
kalau korang nak buat pun senang je. 
Masukkan kicap manis dan kicap masin dan sup ayam. Siap!
taraaa!! siap dihidang dan boleh la dimakan bersama keluarga tercinta.
wieya masak untuk suami tersayang makan tengahari selalunya, hikss
ni pun nasib baby Muhammad Fariz Amsyar baik je tido sampai mama dia habis 
masak.Syukur alhamdulillah..anak yang baik dan soleh.
Selamat Mencuba :-)
 
Copyright 2022 with Love - WieyaRaudzi