Monday, 29 February 2016

Tema Warna Majlis Kawin Wieya & Raudzi ❤

Assalamualaikum.
Hai semua..Syukur dipanjatkan kepada Allah taala
kerana memberi keizinan untuk wieya menikmati nikmat hidup
yang Maha Luas, alhamdulillah...
segala puji-pujian hanyalah untuk mu ya rabbi..

Sebenarnya wieya dan suami dah dua bulan bergelar suami isteri.
dan tak sabar sebenarnya menantikan video dan gambar kawin siap.
harapnya semua baik-baik saja. hee
Memandangkan dah dua bulan, sikit pun tak ada wieya selitkan gambar kawin
dan majlis bertandang sebelah lelaki tidak menggunakan khidmat OP
maka, gambar majlis sebelah suami memang dah lama ada.

Sesekali rindu moment bergelar suami isteri..
Hanya Allah taala yang tahu feeling nya..
tema warna kawin wieya adalah :-



Nikah - Pearl White
Resepsi - Baby Powder
Tandang - Mint Green


Syok rasanya dapat menikmati moment bergelar raja sehari..
tambah-tambah menikah dengan lelaki yang kita cintai..
dalam sedar tak sedar. Kita dah bertukar status.
Baru saja sekejap tadi, kita berangan nak kawin..
Sekarang dah pun berkawin..Perasaan tu masih segar dalam ingatan wieya.
Banyak yang ingin dikongsi dalam blog picisan ini
sebagai tanda kenang-kenagan. Mana tau ada yang terdelete..
Boleh juga ada kenangan tersimpan dalam blog ini ;p

Okey nanti wieya sambung entri...

Wednesday, 17 February 2016

Pantang Larang Trimester Pertama

Assalamualaikum :)
Hai semua..setelah lama tak menaip
terasa rindu sangat nak menulis dalam blog picisan kesayangan.
Alhamdulillah, seperti yang sedia maklum berbadan dua ni
banyak mood yang tak menentu singgah.
tambah-tambah masih di dalam trimester pertama.

wieya ada penah sekali jumpa doktor masa umur kandungan 6 minggu.
dan member nurse cadangkan wieya buat buku merah masa usia baby
8 - 12 minggu. Lewat pulak pasti kena bebel dengan nurse alamatnya.
Jadi decide nak buat buku merah awal bulan 3 nanti.. Boleh scan tengok si kecik
dalam perut ni terus nak tengok perkembangan nya dalam rahim..hehehe.
Mudah-mudahan baby sihat-sihat sahaja.

Syukur teramat dikurniakan suami dan keluarga mertua yang memahami.
Sungguhpun wieya tak ada morning sickness mahupun evening sickness
tapi nak masuk 2 bulan usia kandungan ni wieya cepat kembang tekak bila 
ada bau tumis masak di dapur atau makan benda seperti mayonis atau cheese
jenis tenusu dan susu cepat rasa loya. Tapi setakat ni belum muntah lagi.
Harapnya tak ada la muntah-muntah sehingga habis trimester pertama ni.  amin

Cakap bab susu. Wieya dah 3 kali tukar jenis susu.
dan bukan tak boleh minum. Minum okey tak ada muntah tetapi
mudah berangin badan. Sakit kepala dan cirit birit.
Nampaknya memang tak sesuai minum susu.
Dengar pasal susu pun dah rasa serik.
Sebab elok-elok badan sihat terus jadi pening dan sakit kepala
lepas minum susu. Huu. Setakat ni Dutch Lady, Enfa Mama
dan Dugro Mama semua letak tepi, Sabar je laaa..
ayah baby nak wieya minum susu. Baik untuk baby katanya
tapi badan tak leh terima. Makanya skip dulu susu buat sementara ni.

Bab supplement masa mengandung, banyak dah member cadangkan.
ada yang cakap Set Shaklee, Set Salindah, produk Amway macam
 supplement Kalsium, Protein dan Asid Folik.
Setakat ni wieya belum ambik apa-apa supplement lagi.
kecuali asid folik yang diambil sehari sekali.
Mungkin lepas baby usia 2 bulan baru nak ambik..
Sebab kata doktor, jangan ambik sebarangan ubat sebelum rujuk doktor
sebab tak nak berlaku apa-apa pada baby dalam kandungan.


Nanti wieya sambung entri lagi ye.
Sekarang badan kena banyak berehat.
Doakan wieya dan baby sihat,,hee.
:)

Thursday, 4 February 2016

Cara-Cara Kira Due Date Bersalin :)

Assalamualaikum....
sejak wieya dapat keputusan yang wieya hamil
alhamdulillah ramai kenalan berkongsi pengalaman.
Syukur alhamdulillah..ramai yang membantu wieya
dapatkan ilmu mengenai pregnancy..

Ada member yang bekerja sebagai nurse
ajar wieya kira due date sendiri.
Termasuk perkiraan kandungan baby wieya dah berapa minggu
sebelum buat buku merah/pink di klinik kesihatan ibu dan anak.

Okey para mama to be yang sedang preggy
boleh lah cuba kira due date bersalin kita sendiri..Best tau ;)
Janji ingat hari pertama period terkahir kita..
Cara-cara nya adalah uOls haruslah


 1. Tahu bila hari pertama period terakhir kita
 2. Tambah tujuh hari
 3. Tolak tiga bulan
 4. Tambah setahun

Contoh macam wieya :
Jom kira sama-sama....

hari pertama period ---> 27hb Disember 2015
tambah 7 hari ---> 3 Januari 2016
tolak tiga bulan --> 3 Oktober 2015
tambah setahun --> 3 Oktober 2016

Dan bila buat buku merah sama seperti yang nurse dan doktor kira.. 
tapi harus di ingat kadang-kadang kita boleh bersalin awal dan kadang-kadang lewat. 
Apa-apa pun kuasa Allah..kita merancang Allah menentukan..
Itulah cara member wieya ajarkan dan tolong kirakan untuk wieya ;)
Mudah-mudahan 9 bulan 10 hari..
Semuanya berjalan lancar. Allahu Akhbar..

Tuesday, 2 February 2016

I'm Pregnant!! Gift From Allah Taala

Assalamualaikum..
Syukur alhamdulillah. Hello Februari yang indah 
Perancangan Allah taala itu Maha Hebat.
2-2-2016 hari ni adalah hari bersejarah buat kami suami isteri
apabila buat pertama kalinya, wieya buat pregnant test
dan alhamdulillah, keputusannya ialah positif..
Syukur Alhamdulillah...Subhanallah..
Akhirnya wieya pregnant. Naik double line terang sangat.

Tiada apa yang lebih gembira, pabila menjadi pasangan suami isteri
apabila dikurniakan zuriat sebagai penyeri rumah tangga.
Allahu Akhbar..Masa wieya nak check pagi tadi sebelum Subuh
perasaan sangatlah nebes. Tapi tidaklah nebes sangat sebab
naluri mengatakan diri ini mengandung
sejak sakit di bahagian ari-ari dan sedikit sakit pingggang
tapi tak sekuat mana. Harapnya baby dalam kandungan sihat.
amin ya rabbal alamin...


Gambar saat di ijabkabulkan 11-12-2015

Tak sangka rezeki Allah taala ini agak cepat.
Boleh dikatakan bunting pelamin jugak la. Alhamdulillah :'D
Moga wieya dan baby sama-sama sihat
hingga 9 bulan 10 hari ini..



I'm become mommy to be 2016..In Shaa Allah..
Bersyukur ke hadrat Ilahi atas pemberian Mu ini Ya Allah..
Doakan kesejahteraan wieya dan baby ya.
P/s : Lepas ni blog akan penuh dengan persiapan mama to be
:)

 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi