Tuesday, 29 March 2016

Penantian Bermakna Setelah Majlis Selesai :)

Assalamualaikum..
Genap 3 bulan, akhirnya album kawin siap :)
memang moment ni la yang ditunggu-tunggu setiap pengantin kan.
Punya la lama uOls. Akhirnya album sampai ke tangan.
Bersama-sama dua frame yang siap di-print.
Walaupun wieya tak pilih sendiri gambar untuk di-custome made.
Syukur alhamdulillah, boleh nampak photog tu memenuhi citarasa.
Syukur Alhamdulillah..Berkat kesabaran.

Sebenarnya wieya yang paling menantikan gambar dan album siap
sekarang tengah tunggu video kawin pulak. ngee
katanya dah siap tapi belum inform apa-apa lagi.
Harapnya tak ada problem laa. Amin ya rabbal alamin.

Kenangan sangat kan gambar-gambar ni semua.
walaupun tak sempat nak outdoor tempat best-best yang penting majlis berjalan 
dengan lancar dan jayanya. Setiap pengantin ingin kan kesempurnaan.
Ada kekurangan katsana sini tu biasa lah kenss.
12 Disember 2015 - 12 Mac 2016. Album siapp
dan dengan itu jugaklah genaap 3 bulan weouls suami isteri kawin.




Dan seminggu selepas album sampai ditangan..
video pulak siap..yihaaaa!! senang sangat rasa hati..
berdebar menunggu video siap. Akhirnya..jeng jeng jeng..
Cukuplah highlight 5-7 minit,, tetap Ohsem! Haha
segan pun ada tengok video sendiri :P
19hb Mac video siap frame sampai ke tangan.
Genap juga 3 bulan majlis bertandang, Cepat sangat masa ;)




Jutaan terima kasih OP majlis nikah 11.12.2015 : Encik Ahmad Sabri
OP majlis sanding 12.12.2015 : Encik Shahrul Fariq iaitu 
dua-dua dari Amir Venture Creative, Kedah
dan jugak untuk OV : Projectvideo | Sweetpictures
datang jauh dari Kuala Lumpur ^____^
Muaz dan Afifi atau Fif..Semuanya kepala sempoi. Itu pengalaman wieya.
Yang penting kita puas hati untuk kenang kenangan
seumur hidup. In Shaa Allah ;)

Wednesday, 2 March 2016

Nikmat/Cabaran Jauh dari Suami

Assalamualaikum March ...
Bulan birthday wieya nie. Hehe..Syukur Alhamdulillah :)
Sekarang balik bercuti rumah mak ayah sendiri
selama seminggu rasa bahagia sangat.
dan kebetulan cik abang bagi izin nak duduk kepit bawah ketiak mak
Jadi haruslah wieya nikmati dengan sebaiknya.

Tapi ada harunya jugak dok berjauhan selama seminggu
rindu pada cik abang yang nun disana.
Macam mana la gamaknya isteri-isteri di luar sana
yang telah berpisah dengan suami dek kekangan kerja.
Contoh isteri para tentera dan polis yang banyak kursus.
Memang hati kena kental. Phew
wieya yang pertama kali berpisah kejap dan sebak dada.
Sedih bagai nak rak. Sayu sangat hati..
Walhal seronok jugak dok rumah mak ayah
Boleh makan makanan feveret puas-puas. ngee :'D
Harap berat badan jangan cepat sangat naik.



Duduk di rumah mak ayah rasa masa pantas sangat berlalu..
tapi bila di rumah mertua, rasa masa seakan lambat sangat berjalan
dari sehari ke sehari. Apakah petanda ini? :/
Mau tak mau..hidup harus diteruskan. Betul tak?
Terima lah hakikat yang sekarang kita milik suami kita. Huhu
Geran dah bertukar kata mak. Apapun bersyukur..

Buat pengetahuan pembaca, wieya dah jadi suri rumah.
Sejak berhenti dulu, sampai sekarang dok rileks kemain. 
tengoklah nanti-nanti..boleh la cari job untuk bantu suami tercinta ;)

Lagipun boring kot dok di rumah mertua ^____^
Harap baby dalam tummy mama ni membesar dengan sihat.
Okey happy-happy kan diri. Hidup ini luas untuk rasa tak best.
Jadi lepas ni bulan April pulak la wieya dapat balik kampung..
Sabar..pasti ada hikmahNya. Yang penting hargai setiap insan
dalam hidup kita. Syukur Alhamdulillah.. ;)
I love My Life....Thanks for reading
 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi