Wednesday, 27 April 2016

Revie Hantaran Nikah | Pihak Perempuan ♥

Assalamualaikum.
Hai semua..Sekejap je nak sampai penghujung April :)
tapi wieya tetap nak review pasal hantaran nikah wieya untuk encik suami. Hiks
Bila pihak suami bagi 7 dulang, wieya balas dengan 5 dulang..
Bukan kah sepatutnya dulang hantaran perempuan untuk lelaki lebih banyak ke?
Tapi weouls tak ikut ada Melayu sangat bab angka ni..
yang penting keikhlasan dalam memberi hantaran..

Lagipun kami berdua sepakat nak bagi 7 berbalas 5 dulang..
pihak suami yang bagi banyak, dan wieya ikutkan je mana yang terbaik ;)
alhamdulillah, tiada manisan untuk hantaran kali ni..
warna tema simple, dan wieya deko hantaran pun sempoi je.
Tak ada nak upah orang..Semua buat sendiri..hikhik

Patutnya photog harus ambik dari bahagian bawah menampakkan dulang hantaran
Baru nampak cantik. Tapi tengok-tengok gambar dah camni..
wieya redha saja lah, Tak nampak lah jurai manik keliling dulang.. ":\

Hantaran wieya untuk Suami

Baju kameja jenama Crocodile :)

Kasut kulit jenama Camel
Masih belum rasmi setakat ni..

Jam tangan jenama Fossil 
Limited Edition katanya. Suami wieya memang minat jam besar

Wallet dan tali pinggang ^___^
Setakat 4 bulan ni encik suami baru rasmi wallet je.
Tali pinggang masih simpan kemas dalam kotak

Minyak wangi- Mont Blanc 
wieya suka baunya, lembut dan ada bau suami :*

Alhamdulillah selesai bab review hantaran nikah.
Bagi kami persiapan kawin bab hantaran memang kami shopping awal
sebab tak nak kelam kabut disaat akhir...Syukur sangat-sangat
kami tak ada masalah untuk menyediakan hantaran.

Semuanya berjalan lancar tanpa banyak membazir..
Yang pastinya semua adalah set kelengkapan diri yang akan dipakai
selepas majlis, Moga boleh dijadikan inspirasi bagi Bride to Be di luar sana.

Bekas dulang simple, kalau pandai hias memang mewah.
dan kalau uOls banyak bajet, boleh lah guna fresh flower untuk satu dulang.
Semuanya tepuk dada, tanya duit poket sendiri..
Sekian, terima kasih sudi baca entri kali ni...tata..

Monday, 25 April 2016

Review Hantaran Nikah | Pihak Lelaki

Assalamualaikum..
Hai kali ni review pasal hantaran masa nikah wieya yang lepas..
Pihak lelaki 7 dulang berbalas 5 hantaran dulang dari pihak wieya.
Nampak pelik sikit tapi hantaran hanya adat. Who cares? Haha
Lagipun barang perempuan lagi banyak dari lelaki.
:)

Entri kali ni wieya tunjuk gambar dalam bentuk random.
Kalau dalam hantaran masa tunang banyak manisan.
Untuk nikah, kami decide nak beli barang keperluan diri dan wangian saja
Tiada manisan dan buah-buahan. Hanya barang keperluan diri..

Yang bestnya, beli barang sendiri yang disukai.
Lepas tu bertukar barang je. Hehee.. Selesa je sebab barang tu pilih sendiri.
Lain pasangan lain cara nya. Yang penting kedua pihak setuju..ngee

Hantaran suami untuk wieya.

Dress dan shawl =)

Kasut bertumit tinggi ;)
Handbag Coach :*

Set wangian -Gucci Flora

Jam tangan Polo =)

Set mandian - Body Shop ^___^

Telekung - Siti Khadijah

Cantik sangat hantaran encik suami untuk wieya.
Memang ada hadiah dari suami iaitu handbag original dan limited 
serta minyak wangi Gucci Flora ;)
Yang lain wieya sendiri pilih dan tukar saja..Senang. hehe
tunggu entri hantaran wieya untuk suami tercinta pulak ya.

Wednesday, 20 April 2016

Review Hand Bouquet Majlis Wieya Raudzi ❤

Assalamualaikum...
Kali ni nak taip entri mengenai Hand Bouquet
atau bunga tangan untuk ketiga-tiga majlis wieya.
Iaitu waktu nikah, sanding dan bertandang. ❤

Memang dari dulu lagi kalau wieya kawin, wieya  berangan-angan 
nak bunga segar atau fresh flower sebab nampak dalam gambar hidup ;)
Syukur sangat-sangat impian wieya ter-realisasi dengan jayanya.

Ok jom tengok bunga tangan wieya. Semua wieya suka..hehe
Rasa sayang sangat sehingga sekarang simpan tau. Walaupun dah layu.

Majlis Nikah
Bunga tangan masa nikah wieya request nak warna hot pink red
dengan baby breath..Nampak sweet je. Hee
Memang fresh bunga rose dia. Wangi pulak tu..
Masa ambik kat butik tu rasa macam tak pecaya dengan bunga tangan sendiri.
Rasa macam nak simpan letak dalam frame.
Wieya ambik bunga ni masa ambik baju sanding sehari sebelum nikah.
Hari yang sangat-sangat sibuk. Sampai je rumah terus letak bunga tangan ni
dalam peti ais. Bertambah-tambah la fresh uOls.. ^__^

Bunga ros hot pink pilihan hati untuk majlis nikah.
Jambangan yang tidak  berat dan besar.
Sesuai untuk majlis nikah. Harga murah sikit dari harga bunga majlis sanding ;)

Majlis Sanding
Bunga Sanding banyak drama sikit sebab wieya nak bunga estima, rose
campur mengikut gambar yang berkenan.,
Kak ida butik cakap estima memng mahal. Tambah masa ni dah GST memang lagi-lagi
la harga melambung ikut pasaran dunia. Huhu
Masa dengar tu rasa macam down sikit. Malam nak sanding esoknya kak Ida masih
whatapps tanya bunga tangan untuk esok dan warna.
Warna pink putih yang wieya berkenan susah nak cari. 

Terus minta kak Ida owner butik buat pilihan 
bunga tangan sesuai dengan warna baju sanding wieya. 
Sebab dah tak tahu nak warna apa. Loading dan blurr..
Dah la esok nak sanding, bunga tangan belum dapat tau. Haha.
Memang banyak drama. Phew! nasib la hari majlis..Dah nak gerak masuk dewan,
dah bersiap lengkap dah pun, pekerja Kak Ida 
sampai depan rumah hantar bunga fresh 
sampai kat tangan tepat pada masanya..Syukur Alhamdulillah ❤

Punya lah cantik bunga tangan yang sampai. Rasa macam princeSss..
dan terharu sangat-sangat. :') Bahagia je rasa.. 
Hanya Allah taala yang tahu. Boleh lah feeling bride.
Dapat bunga terus gerak pegi dewan. Dramatik sangat tau. Hikhik
nak tengok bunga tangan wieya time sanding...Taraaaaa!!!

Eustima + Rose + Baby Breath :)
Warna yang sweet and romantis. Sesuai dengan warna tema baju sanding.
Memang saiz besar dari bunga tangan majlis nikah.
Berat sikit sebab banyak bunga, tapi selesa je bergambar
 dengan bunga tangan kesayangan ni. Hehe ❤
Pandai kak Ida pilih warna..Wieya super duper love it!

Majlis  Bertandang
Bunga tangan masa majlis bertandang sebelah lelaki
 memang wieya tak risau langsung.
Sebabnya bunga tangan ni sampai 2 bulan sebelum majlis. Hee
Okey pemilihan bunga tangan majlis bertandang wieya berkenan dengan 
bunga tangan dari Iefayanghazali Handbouquet 
yang terkenal dengan HB pearl dan wieya tidak memilih bunga fresh.
Susah juga pada mulanya nak order. Sebab wieya rambang mata.

So nak kelainan sikit, wieya pilih warna mint campur purple magenta.
Ikut warna tema baju..Haha. Yang lain terserlah pada Iefa nak buat cemana.
Wieya pilih bunga Blossom pearl. Harga dalam RM170 macam tu :')
Tambah corsage RM10 dan harga postage RM10..Korang kira la sendiri. Hiks
Tapi yang penting puas hati. Memang cantik hasil tangan Puan Iefa..
Terasa macam nak nangis bila bunga tangan sampai kat tangan ;)


Maaf gambar sedikit blur :p Memang cantik tengok dekat-dekat..hehe
Agak berat tapi mudah dipegang.  Kemas je..
Boleh terletak elok pulak tu atas meja makan beradab masa bertandang.
Memang wieya puas hati. Bunga tangan yang awesome dan cantik ;)
Sekarang  disimpan dalam bilik, atas meja solek iOls..hikhik.
Sites wieya suka sangat! Nampak unik dan berbaloi dengan harga ❤
Nanti wieya letak gambar close up ek. Tata...Jumpa lagi next entri...
:')

Thursday, 14 April 2016

Review MUA Majlis Kawin ❤

Assalamualaikum....
Bila dah dapat album kawin ni..
teringin nak update pasal wedding wieya dan suami :)
Setiap pasangan rumah tangga suka kan majlis masing-masing
baik sederhana mahupun besar-besaran..
Majlis di raikan adalah untuk setiap pasangan pengantin baru..
so wajib happy dengan majlis wedding sendiri.
tambah-tambah wieya yang kuat berangan ni. 

Memang bersyukur sangat dapat realisasikan impian untuk kawin
dengan angan-angan dan semuanya terlaksana.
Baik dari segi make up, makan katering dan semuanya
termasuk pelamin, hantaran dan baju sanding.
video dan gambar kawin pun puaih hati.
Syukur alhadulillah.. Ok sekarang nak mulakan review dengan apa dulu?
Bunga tangan? Warna tema dah kan? Baju atau pelamin? hee

Tengah semangat nak taip ni sementara kepala tak pening,
Mungkin simptom alah dan maabuk dah makin kurang kot. 
Ok kita mulakan dengan Review Make Up ketiga-tiga majlis dulu ek..
Majlis kawin wieya..3 majlis 3 MUA haha. Harap bertabah tengok review ye.

MUA NIKAH


FynaHere
Booking make up dengan akak fyna ni sejak April 2015 lagi walaupun majlis wieya
bulan Disember. Itu pun tak sempat booked untuk majlis resepsi. 
Sebab dah fully booked! Phew..Nasib lah akak fyna punya penangan.
Laris macam goreng pisang panas..
Nasib ada rezeki untuk mekap nikah petang Jumaat 11/12/2015.Syukur..
Make up natural je sebab nikah kan..Wieya nak fresh look.
Alhamdulillah..Cantik kak fyna mekap kan. Walaupun ada yang cakap tebal ;)
Tak nak pakai bulu mata dan nak nampak muka sebenar gittu.
Wieya suka je. Habis mekap terus je terus ambik gambar dan video..
Kak fyna datang mekap di rumah. Hikhik . 4 dari 5 bintang wieya bagi 
-------------------------------------------------------------------------------------------------
MUA RESEPSI

SyafaSweetouch
Booking dengan kak Syafa pun bulan April jugak.
 Tapi tak fully booked macam kak Fyna.
Masa nak booking dengan kak Syafa..Masa tu masih available. Yeay!!
Terus bayar deposit awal senang..Buat persiapan awal senang uOls.
Masa 12/12/2015 hari majlis, kak Syafa datang ke rumah mekap seawal 7 pagi. 
Sempat la pakai contact lense dan masa tu belum sarapan.
Walaupun macam pecaya tak pecaya, wieya mekap je dulu pakai baju biasa.
Then bersiap sendiri pukul 11.00 pagi di rumah. Hebat tak? Nasib ada sepupu.. ;p
Tak sangka mekap awal camni.. Ingat nak dekat pukul 10 lebih ke.
.Nasib dapat gincu jenama Mac dan span muka. Sejuk sikit hati.
Wieya request nak soft mekap dan paling penting tak pakai bulu mata.
Alhamdulillah mekap tahan lama sampai pukul 7.00 petang.
Ramai puji mekap resepsi cantik! Jadi wieya bagi 5 bintang..
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
MUA BERTANDANG
Farah Dina 
Kak farah ni wieya booking mekap bulan Mei ke Jun tak silap.
Mula nak ambik kat butik. Tup tup rasa macam nak try kak Farah ni
sebab nampak dalam Facebook dia mekapkan
 muka orang nampak cantik dan tak pecah. So wieya suka!
So booking la awal.. Terus bayar deposit ;)
Bersiap 19/12/2015 di Hotel Casuarina akak Farah datang tepat pukul 10.30 pagi.
Bersiap dalam setengah jam macam tu, terus wallaa! Cantik..
Siap pakaikan tudung macam kak Fyna jugak.
 Cuma kak Syafa je tak sempat siapkan wieya..Mekap tak nampak tebal.
Masa majlis bertandang wieya tetap request tak nak bulu mata palsu.
Mekap kak Farah tak tengok padaa baju. Huu.
Lipstik dia nampak oldschool sikit sebab warna bibir..Mak wieya tak suka.
Wieya lagi la redho..Kenapa la tak letak warna pinky-pinky sikit. Sobs
Sebab masa tu rombongan keluarga dah tunggu di lobi hotel. Alkisahnya...
last-last tengok gambar lipstik jadi macam keringkan bibir.
Terus wieya bagi 3 dari bintang 
------------------------------------------------------------------------------------------
Kesimpulannya wieya paling suka mekap majlis resepsi :)
kedua mekap masa nikah dan last majlis bertadang. Spoil kat lipstik je.
Jadilah 3 MUA untuk 3 Majlis Kawin WieyaRaudzi dalam lipatan sejarah ;)
Untuk bakal pengantin yang penting buat persiapan awal. Booking awal tau.

Monday, 11 April 2016

Happy Birthday Wieya!!

Assalamualaikum.
Hai semua.. Salam Rejab yang indah :)
Bulan berganti bulan, kini kita dah masuk ke bulan April
Syukur alhamdulilah..Banyak yang nak stori dalam blog picisan
tapi belum ada masa yang sesuai membuatkan entri tersimpan dalam draft
bila idea mai ja rasa nak menaip. Bila menaip ja terasa pening.
terus tutup lappy dan baring. huu. Trimester pertama bakal berakhir.
kini kandungan dah masuk trimester kedua in Shaa Allah.

Entri kali ni nak taip mengenai sambutan Birthday wieya untuk tahun ni.
Sebenarnya wieya baby Mac..Sama tarikh dengan birhday Fasha Sanda. 
Ce teka berapa haribulan?
Punyalah tak larat terus mood nak menaip tu tak mai. So jadi lah entri tertunggak ;p
Kali ni sambutan birthday berbeza. Sebab ada suami..ngee
Tahun depan, in Shaa Allah bertambah ahli. Amin.
Bestnya lahai..suami ajak sambut birthday dekat Secret Recipe.
Hanya kami berdua. Keluar makan plus sekali sambut birthday wieya.








Walaupun sederhana tapi cukup membahagiakan...
Nikmat yang hanya Allah saja tahu cemana perasaannya..hee
Sekali dapat makan mangkuk besar..Memang hepi sangat
walaupun selera tak senormal dulu ;p hiksss

Cukup bahagia di usia 20-an tahun ni wieya menyambut hari lahir
dengan suami tercinta sungguhpun keluarga jauh dimata.
Tak sabar nak balik kampung hujung bulan ni uOlss..
Dah dua bulan tak balik. Huu.. Rasa nyesal pulak lama tak balik..Sobs
Ok Happy Birthday to Me!! tak mau sedih-sedih..
:')
 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi