Tuesday, 31 May 2016

Happy 8th AnniverSary Love ❤

Assalamualaikum..
Cepatnya masa kita dah dipenghujung Mei..
Alhamdulillah semalam 30 Mei genap 8 tahun wieya dan encik husband
menyulam cinta. Lama jugak tuu..Syukur atas nikmatNya.
Jadi weouls celebrate awal-awal. Sabtu baru-baru ni ;)

Kebetulan wieya pun dah kembali berselera selepas alah..
Akhirnya baby dapat makan Kenny Rogers. Mamanya so happy..Hikss
Melantak dating berdua di Kenny Roger's Ipoh Parade.


Menu nya yang lazat ;)

Salad sayurnya memang superb sedap..

Wieya suka sup cendawan tuu...Habis dua mangkuk wieya sorang je makan ;p
Sedap dari Pizza Hut. Nomnomnom
Tak Kenny Roger's la kalau tak ada muffin Homemade ni kan? =)
Wieya pilih perisa vanila dan encik suami pilih perisa coklat ..nyums


Apalagi weouls suami isteri pun makan dengan happynya!
Maklumlah masa tu memang tengah lapar pun uOlss..
Dapat makan sedap-sedap..Memang licin la makan..
Wieya rasa wieya la yang makan paling banyak. Portion nya boleh tahan banyak
tapi wieya boleh habiskan uOls.. Memang puas hati. Hee


Jalan- jalan mall sekejap lepas perut kenyang,.
Theme : Red + yellow ;)

Happy AnniverSary Love, Abang.....
30 Mei 2008 - 30 Mei 2016 
Selamat berkasih sayang hingga ke Syurga..
Lama kami bercinta, 7 tahun menyulam kasih, 
dan tahun ni dah bersama. Bahagia itu biar kita yang rasa. Amin.


Thursday, 26 May 2016

Review Doorgift Majlis Bertandang :)

Assalamualaikum..
Entri sebelum ni wieya review  doorgift di sebelah pihak wieya.
Kali ni wieya nak review doorgift sebelah pihak suami pulak.
Awal-awal lag suami wieya dah cakap nak order siap jugak
sebab tak nak menyusahkan keluarga dia.
Jadi setelah survey sebaiknya..Maka teruslah encik suami
 booking deposit dari bulan Jun lagi walaupun majlis sebenar bulan Disember.

Doorgift pilihan : Bahulu Mak Esah (klik link)

Wieya memang tak bantah, sebab memang nak mudahkan majlis.
Lagipun bahulu memang semua orang makan. Bersama kotak eksklusif.
Masa tu suami ada bagitau yang dia pilih warna gold. Wieya setuju je.
Sebab tema sana warna mint, gold dan emerald green.
Suami order 600 biji kesemuanya ada lah dalam 4 kotak.
Jenis bahulu Pecah lapan perisa asli.
dan sehari sebelum majlis kotak bahulu sampai sehingga ke depan rumah uOls.
Jadi sesiapa area Ipoh boleh la order doorgift untuk majlis bersejarah korang.
Servis memang terbaik! ;) Kami sebagai customer memang puas hati.

Bahulu ni siap packaging dalam plastik dan dibalut kotak yang sangat kemas.
Pendapat wieya mengenai bahulu ni, memang tak rasa macam kita makan
bahulu tau uOls. Terasa macam makan kek span pun ada jugak.
Sedap dimakan begitu saja, dan tiada bau telur yang kuat.

Tambahan pulak ia  boleh tahan dua bulan tanpa rosak tau.
al-maklum la, lepas kenduri doorgift ada lebih lagi.
 weouls siap boleh buat bahulu cheese, ala-ala melting cheese cake . hikss.
Memang berbaloi-baloi. wieya memang highly recommend 
Bahulu Cheese..Nomnomnom
Ni doorgift yang disusun masa majlis ;)
gula-gula dalam basket tu sponsor dari adik ipar untuk 
budak-budak majlis bertandang wieya dan suami pada 19 Disember 2015.
yang hadir. Memang meriah. Syukur alhamdulillah...
Ni je gambar kotak yang ada :'(
padahal wieya dah snap gambar details dengan jelas.
entah kemana pegi gambar-gambar tu semua terpadam. Sedih!

Siap buat video lagi sebagai kenangan. Mana nak cari balik.
Harap-harap ada la lagi dalam handphone. Banyak kali cari tetap
tak jumpa. Sobs. Kenangan kotak pun tak ada ni haa..
semua dah habis dibuang. Dah la kotak tu eksklusif T_T
Sayanggnya..........Tak apa lah..ni je gambar yang ada buat tatapan dalam
blog picisan. Highly recommend Bahulu Mak Esah ;)

5 bintang untuk bahulu yang sedapp. 
Lepas ni boleh la order untuk majlis lain pulak. 
Majlis akikah anak ke? Hehe
Sesiapa yang tengah survey tu..Boleh la jengah ke blog ni ye :)
Harga berbaloi, servis tip top dan rasanya sedap tak macam bahulu biasa.
Terima kasih sudi membaca.. =)

Monday, 23 May 2016

Doorgift Majlis Resepsi | Review

Assalamualaikum..
wieya heppi sangat, banyak review yang dah dibuat ;p
Syukur alhamdulillah. Salam Jumaat uOls..
Hari ni  kandungan wieya dah genap 20 minggu.
Maksudnya dah masuk 5 bulan usia janin :')

Alahai anak, mama dah mula rasa awak gerak-gerak. Sayangg sangat!
Sambil menaip entri ni pun, ada rasa gerakan comel
dalam rahim wieya. Syukur alhamdulillah..
Semalam pegi klinik check up bulanan, dah boleh dengar degupan jantung
baby anak mama. 134, 135 & 136. Nurse cakap awak shat sayang...
Mama sangat hepi dengar..Syukur Ya Allah..

Ok sekarang wieya nak sambung review pasal doorgift.
ataupun cenderamata yang diberi kepada tetamu.
Syukur alhamdulillah..Allah permudahkan.

Doorgift Majlis Resepsi sebelah Wieya

Doorgift adalah satu-satunya yang paling wieya titik beratkan
kerana ia adalah satu-satunya cenderamata yang akan diberikan pada para tetamu.
Setelah berbincang dengan mak ayah wieya..
weouls ambik keputusan order ja botol kaca isi kacang dalam 1200 pieces
untuk diberikan pada para tetamu. Jadi taraaaa!! Inilah hasilnya..
Dapatlah RM1.60 sebotol. Jumlah kesemuanya uOls total la sendiri..huhu



Malam majlis baru doorgift sampoai tau uOls..
Kepercayaan kepada Sya memang 100% wieya letakkan padanya.
ada lah dalam 12 kotak kesemuanya sampai malam tu ke 
 bilik dewan terus dalam pukul 10 malam camtu.
 Kacang wieya pilih kacang bersalut tepung kuning  dan kacang peas hijau.

Kain organza biru tu mahal jugak uOls. RM0.60 per pieces..
Pastu wieya request nak ribbon  warna pink lembut. Soft gittu..

 
Sticker tu awal-awal wieya tempah online. RM0.10 per pieces. Hee


Ini laah doorgift sebelah wieya ;)

Gambar botol banyak-banyak tak sempat tangkap.
Ini saja gambar blur yang ada. sigh

Apapun wieya sangat berpuas hati. 
Tak payah serabut fikir nak buat doorgift bebanyak
Hanya tunggu siap seperti apa yang kita nak kan..Legaaa...
Yang penting semuanya nampak sempurna
 untuk dijadikan kenang-kenangan.
psstt nak kawin memang guna banyak duit uOlss... :')

Monday, 16 May 2016

Hand Bouquet Majlis Bertandang

Assalamualaikum..Hai semua..
Dalam entri yang lepas, wieya ada nak review pasal
bunga tangan pearl blossom ni untuk korang kan..?
so hari ni nak buat entri khas pasal bunga tangan ni..

Wieya memang sebelum kawin dok angan-angan nak ada bunga tangan 
pearl ni tapi tak nak semua pearl nak juga ada bunga bunga sekali..
jadi last sekali pilih blossom pearl ni warna ikut tema mint + purple maroon.
dan hasilnya !!! memang puas hati uOls..

3 bulan lagi majlis, wieya awal-awal dah order. Hikhik
Tak sangka 2 minggu lepas order dah siap sampai ke rumah bunga tangan ni
Cantik sangat ya Rabbi..Nampak eksklusif dan mewah!
Memang tampak mewah ;)
dan bunga tangan ni boleh berdiri tegak 
sebab kak Iefa dah buat balance sangat..So memang tak senget dan perfect!

Memang puas hati sangat-sangat dengan hasil tangan kak Iefa yang femes tuu
Taraaaaa!! Hasil yang seperti wieya nak..hee
Memang la puas hati 100%..

Korang berkenan tak? wieya dah berapa kali jatuh cinta dengan bunga tangan.
Habis je majlis, bunga tangan ni boleh dijadikan hiasan tau.. 
Tup tup encik suami dah hias dekat meja mekap wieya. ngee ;)
Sayanggg abang...Tak sangka jadi penyeri bilik tau.
kenangan sangat seumur hidup. Boleh tunjuk kat anak cucu nanti.. Hehe

Pearl yang ada memang boleh pilih 3 warna berbeza. 
Pastel is my favourite ever. Jadi wieya pilih pastel pink, green and peach ;p

Close up sikit,,, Ini la bunga tangan pearl blossom wieya.
Warna mint purple. Naik tau warna ni. hikss
dan wieya beli sekali corsage. Sayanggnya tak pakai masa majlis bertandang.
Jadi buat kenangan. Mana tau leh pakai masa majlis lain pulak ;)
gambar kenang-kenangan seumur hidup 

Thursday, 12 May 2016

Butik Baju Resepsi Pilihan ❤

Assalamualaikum..
Banyak lagi entri mengenai wedding wieya dan hubby
nak stori..Harap uols suka ;)
Sebab wieya suka sangat pasal wedding walaupun sekarang dah genap 
5 bulan berkahwin. Syukur alhamdulillah 

Alkisahnya wieya memang awal-awal dah berkenan dengan butik ni.
Nampak mewah dan lain dari yang lain.
Sememangnya dari baju tunang wieya dah selesa buat kat butik Melayu camni.
Owner pun muslimah. Namanya Kak Ida ;)
Friendly sangat tau. Dia sangat memahami citarasa wieya.
dan untuk baju resepsi buat memang wieya nak buat di butik ini.

Nama butik ni ialah D'teruna Dara Wedding & Decor
 yang terletak di Kilang Lama, Kulim.
Tak jauh pun dari rumah. Wieya tak ambik pakej pelamin katsini.
Cuma selesa buat baju je ^___^ hehe
Kalau dulu sorang-sorang bincang pasal baju tunang tapi
hari ni wieya datang dengan incik tunang untuk bincang
pasal baju resepsi sebelah wieya..Weouls pegi 3 bulan awal.
Kalau ikutkan macam tak sempat je kan. Tapi alhamdulilah Kak Ida terima..



Rambang mata uOls..Semua warna ada.
Yang bestnya kat butik ni banyak baju warna pastel
Sape yang suka pastel dan vintage boleh la datang ke butik ni terutama
untuk bride to be di sebelah utara, Pasti puas hati 


Lepas bincang-bincang warna dan style baju.
weouls balik. Tunggu sambungan entri ni ek ;)
Pasal baju dan details. hehe
 Masa ni tengah berdarah manis. 
wieya dan encik tunang..Sekarang dah bergelar suami.
Alhamdulillah...tunggu next entri ya..tata..

Tuesday, 10 May 2016

Review Pelamin Nikah dan Sanding ❤

Assalamualaikum..
Kali ni wieya nak review tentang pelamin :)
Okey wieya gabung kan entri pelamin nikah dan pelamin sanding
dalam satu entri rasanya tak ada masalah kan? hikss

Pelamin nikah dan pelamin sanding memang
 wieya ambik dekat orang yang sama.
Mula-mula survey macam nak ambik pelamin yang berlainan.
Dek kerana kerusi yang wieya nak tak ada..
Terus decide ambik dua pelamin dekat @WoodbySyuq..

Pelamin Nikah :)

theme :pink, cream and purple!
100% puas hati...
tak ada pulak gambar pelamin nikah dari OP 

Wieya tau mengenai woodbysyuq setelah diperkenalkan kawan ofis wieya
iaitu kak Ziera..Survey punya survey memang simple.
Tapi sangat cantik. Lain dari yang lain.
Sekarang kan trend guna kayu sebagai prop..
dan wieya terus berkenan nak gunakan survey Syuq
untuk realisasikan pelamin angan-angan wieya. hee

Bayar deposit terus booked tarikh nikah dan sanding.
kenapa ada dua pelamin? Nampak membazirkan..
tapi alhamdulillah impian wieya tercapai nak ada dua pelamin 
masa wieya kawin. Alhamdulillah dapat restu mak ayah.

Pelamin nikah dibuat di rumah mak ayah wieya sendiri.
Manakala pelamin sanding di buat di dewan yang weouls nak guna masa
majlis resepsi wieya. Senang buat di dewan ;)
So dapatlah wieya merasa dua pelamin... yeayy!!

Pelamin Sanding ;)
theme : baby blue, baby pink, cream and white..
pastel colour..love it!
Memang memenuhi citarasa wieya....
Rasa jatuh cinta berkali-kali..
walhal xdak pun bincang detail sangat-sangat dengan si decoration
yang pasti memang wieya serahkan bulat-bulat pada Syuq..
view close up..
L.O.V.E ...ihiksss
very recommend untuk bride to be area utara..

Thanks alot buat Syuq and team yang
telah buat pelamin idaman wieya..
Memang puas hati sangat-sangat..❤❤❤

Wieya memang memberi kepercayaan untuk Syuq deco sweet-sweet..
Malah pelamin sanding memang wieya tak tengok
bangun pagi baru tengok whatapps dari Syuq..
memang terkejut sebab cantik!
Tercari-cari pelamin idaman yang cantik dan harga memang ohsem..
Search Intagram @WoodbySyuq !!

Terima kasih sudi baca entri kali ni...
tunggu entri wieya seterusnya ye uolss...
 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi