Thursday, 30 June 2016

Kuih Siput versi Resepi Mudah :)

Assalamualaikum..
Puji-pujian hanya padamu ya Allah :)
Boleh dikatakan dua minggu kebelakangan ni wieya
dan encik suami serta mak mertua sibuk buat biskut raya.
Alhamdulillah, banyak jenis jugak biskut yang kami teruja nak buat.
Tak kira la biskut lama atau kuih baru..hikss.
Yang penting buat sendiri tu yang lagi lagi puas hati.

Tahun ni tak sangka dapat buat banyak jenis. Selalunya di rumah mak ayah wieya
sempat buat dalam dua ke tiga jenis je dek kekangan masa sebab bekerja.
Tahun ni dah bergelar suri rumah tangga dan tinggal pulak di rumah mertua
alhamdulillah, weouls tiga beranak rajin pulak buat biskut raya, ngee

Yang bestnya sang suami wieya pun turut serta mengadun tepung dan menguli.
Memang wieya hepi sangat buat biskut raya tahun ni ;)
Jom tengok bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kuih siput..

Bahan-bahan untuk dikisar
Cili kering - 10 biji
Bawang besar- 4 ulas
Jintan putih/ Jintan manis -terpulang nak sedikit ke banyak
Rempah kari- 4 sudu makan
Pati Santan- RM2.00
Garam dan Perisa- Secukup rasa
Daun kari- Beberapa tangkai

Bahan-bahan :
Marjerin / Planta
Tepung Gandum

Cara-caranya adalah..
Masuk kan tepung sebanyak 1kg dengan margerin. Gaulkan.
Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi. Gaulkan bagi sebati.
Pati santan tadi dikacau dengan sedikit garam dan perisa, kemudian di masukkan
dalam adunan tepung tadi. Dan uli nya sehingga tepung tak melekat di tangan. Siapp!

Tepund sedia untuk di gintil menjadi siput ;p
Taraaa!! siput comels je asah bakat bertahun tak main gintil tepung..haha
dan inilah hasilnya kuih siput-siput wieya yang cecomel, sedia untuk digoreng bersama
daun kari yang kita sediakan dia awal-awal tadi :)

Selamat mencuba,,Yeay esok suami dah start cuti raya. Bestnya lahai...
Oooo balik kampung..Oooo Balik kampung hati riang,,
Tahun ni raya di rumah mak ayah wieya dulu. Dan seterusnya begitu la bergilir-gilir
Maklum la dah duduk rumah mertua kena balik kampung sendiri. Baru syok.

Monday, 27 June 2016

Dedikasi Buat Suami Tercinta.. ❤

Assalamualaikum :)
Salam Ramadan ye. Tinggal beberapa hari lagi kita akan menyambut Syawal.
Bagi wieya dan suami, ini kali pertama kami beraya bersama-sama.
Korang dah ada tema warna ke? Kami untuk tahun pertama ni
haruslah ada. Syukur lah dapat suami yang baik.. Semua persiapan diberi dengan baik.
Baik baju raya dan segala kelengakapan, Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki
kami sekeluarga, in Shaa Allah..

Bila kita berkawan, zaman cintan cintun, kita mengenali pasangan gitu-gitu sahaja.
Tetapi bila dah berkhwin ni, barulah kita mengenali pasangan dengan jelas.
Baik luar dan dalam..Banyak yang wieya tahu mengenai suami
selepas 6 bulan berkawin. Allah..cepatnya masa, dah 6 bulan lebih dah berkawin..

Rupanya suami sangat sporting dalam segala hal..
Rupanya suami wieya tak suka masakan berlemak dan bersantan..
Rupanya suami wieya tak suka makanan berkuah kecuali sup..
Rupanya suami amat pentingkan keluarga dan perbelanjaan ibu abah nya.
Rupanya suami rajin ke dapur tak kira lah masa tu dia letih atau tidak..
Rupanya suami suka buat biskut raya dan sangat rajin menolong..
Rupanya suami wieya suka kan kekemasan dan wangi-wangian..
dan banyak lagi yang wieya baru tahu selepas kawin ;) 

Semuanya yang baik-baik, jujur dan ikhlas wieya katakan. Jadi, nikmat Allah yang
mana lagi mahu  wieya dustakan. Dialah sebaik-baik suami pilihan..
Betapa bertuah dan bersyukurnya wieya mendapat seorang suami mithali
seperti abang..Tak ada apa yang boleh buat wieya rajuk kan. Tak ada satu sebab
 yang boleh buat wieya marahkan abang..Abang sangat terbaik untuk sayang...
Hari ni tetiba nak buat entri khas untuk suami tersayang satu-satunya..
Tak susah pun nak hidup bersama insan bergelar Mohd Fakaraudzi..
Sangat mudah untuk melayan  beliau..Sangat menyanyangi iserinya
hingga ditatang bagai minyak yang penuh. Allah Akhbar..!

Moga Kau berkatilah Suamiku dalam apa jua urusan yang beliau lakukan. Amin
Doakan hubungan kami sumai isteri hingga ke jannah ya.
Lain orang lain cara bercinta. Yang penting cinta itu rahsia hati dan pemberian
dari Allah taala, Subhanallah..Tak sabar nak beraye bersama. Hikss
ILoveYouSoMuchForeverAndEver 

Jodoh yang Allah tetapkan itu sangat indah..
Moga baby yang bakal lahir ini menjadi pengikat kasih sayang kita suami isteri, amin
Doakan yang baik-baik ye blogger semua, Terima kasih sudi membaca!

Friday, 24 June 2016

Persiapan Menjelang Raya Aidil Fitri...... ❤

Assalamualaikum :)
Salam Jumaat dan Salam Ramadan ke-19
Dalam keadaan badan tak sihat, wieya tetap 
terasa nak menaip dalam blog kesayangan..Selama preggy ni,
ini kali pertama badan tak sihat (selsema) dan tak ambik sebarang ubat.
Semua ni pertama kali, walaupun berkali-kali suami ajak pegi klinik.
Janji baby aktif dan sihat..In Shaa Allah..Kuat dia puasa 

Dah dekat-dekat hujung Ramadan ni, ramai yang persiapan raya kan?
Dah start buat biskut raya ke uOls..dah start shopping baju raya ke? hikss
Tahun ni pertama kali wieya beraya sebagai seorang isteri :)
dan dapat beraya bersama-sama dengan suami tercinta.,Mudah-mudahan.

Eksaited sangat perasaan tu..! Seperti pasangan yang lain, terasa nak
pakai baju sedondon tu pasti. Hehe.. uOls pakai tema warna baju apa tahun ni..

Cemana persiapan nak sambut Syawal...Pejam celik pejam celik, 
sekejap je kita dah nak di hujung Ramadan. Sedih ada teruja pun ada. 
Apapun harapnya ibadaha kita semua diterima Allah taala. Amin 



Bagi wieya ini juga kali pertama buat biskut raya dengan encik suami dan ibu mertua.
dan biskut yang pertama kali wieya buat seumur hidup belajar dari Youtube je uOls.
Barang-barang nak buat Almold London agak mahal..Patutlah biskut
 ni dijual mahal di pasaran.. Haiss..Nasib tahun ni dapat buat sendirik..ngee
Mengidam punya pasal..Jadi la biskut Almold London. Yang bestnya 
menjadik walaupun first time buat! Ribuan terima kasih untuk suami yang bantu
 dan rajin membantu isteri tersayang. Buat ibu mertua terima kasih juga
 kerna memberi kerjasamadari A sampai Z. Tiga adunan wieya buat tau. Puasss hati! haha  
Guna penimbang untuk dapatkan kiraan yang tepat ;)
Buat 3 orang, Cepat je uli dan siap. Bakar...hikss
Taraaa!! Dah siapp di sadur coklat! Nikmatnya dapat buat sendiri
walaupun penat tapi puas hati sangat-sangat  

Dan paling tak sangka rasanya sesedap dibeli di kedai! Proud of you, abang..
wieya paling tak sangka suami wieya pandai menguli tepung 
dan rajin membantu buat biskut raya. Jauh di sudut hati berasa beruntung bersuami kan abang.
ILoveYouSoMuch    
Selamat membuat persaiapan raya semua. Terima kasih sudi membaca.

Tuesday, 21 June 2016

Resepi Nasi Ayam verSi Wieya Raudzi

Assalamualaikum.. Dah masuk bulan Ramadan ni, makan banyak la menu-menu 
yang keluar, termasuk lah resepi makanan yang sedap-sedap.
Jom  cuba Nasi ayam yang ringkas dan sedap ni ;)


Bhn rebus aym..
-ayam
-serai
-halia
-bwg putih
-kiub ayam knorr
Tmbuk bg pecah pas tu rebus smpai ayam msk...

Bhn perap ayam..
-sos tiram
-kicap manis
-bwg putih
-bwg besar
-serai
-halia
Blender smua pas tu perap

Bhn nasi..
-planta
-daun pandan
-bunga lawang
-kulit kayu manis
-buah palaga
Tumis semua pas tu tuang dlm beras yg dh siap basuh..
Air rebusan aym td boh dlm beras td..

Bhn sos..
-cili merah
-cili melaka
-sos cili
-sos tomato/cuka
-garam cikit
-gula cikit
Masak cikit biaq Smpai mendidih..

Bhn ulam..
-tomato
-salad
-timun

Sup masak mcm bbiasa..

Bhn kicap..
-sup
-kicap manis
-kicap masin
Cmpur ja smua bhn, kalau tak mahu, pakai kicap biasa pun boleh

Bhn2 ni smua main agak-agak ja
Selamat mencuba selamat bebuka..


Bhn sos tu kena tambah bawang putih ckit.. lupa pulak hee
Siapp! Senang dan ringkas kan.
Cubalah pasti nak lagi dan lagi..Hingga menjilat jari.
Okey..Bubye. Thanks for reading...

Saturday, 18 June 2016

Biskut Raya Famous 2016

Assalamualaikum :)
Cepatnya dah masuk hujung minggu.
Ada yang mula dah buat biskut raya ke?
Cadangnya hari ni wieya dan suami nak pegi shopping barang buat biskut. Hee
eksaited pulak rasa! Yang lagi teruja sebab nak buat biskut yang belum
penah dibuat. Kiranya macam first trial laa. Mengidam punya pasal ;p

Kalau tahun-tahun di zaman bujang, masa jadi anak dara trang tang tang..
Suka sangat buat biskut raya. Kalau tak buat biskut rasa macam tak raya pulak uOls.
Mesti jugak nak buat dalam 3,4 jenis biskut. Antara biskut yang memang menjadi 
tradisi tiap tahun kena buat ialah :-


Biskut sarang semut.

Biskut Kelapa
Cornflakes Madu
Tart Nenas

Biksut Makmur


Biskut Almond London

Samperit

Paling suka buat biskut-biskut di atas, Hikss. Rasa semangat je nak raya.
Tahun ni in Shaa Allah rajin lagi nka buat biskut. Tahun depan ada dak tecik..
kita tengok cemana gaya nak buat biskut ye ;p  hehe
Moga berkesempatan la buat.. Kite tengok cemana nanti...

Belum lagi nak buat tumpi, biskut siput dan muruku.
Meriahnya raya rasa..hahaha. Alhamdulillah, masuk trimester kedua,
wieya jadi rajin. Mungkin sebab baby behave. #24weekspregnant.
Syukur Alhamdulillah....Moga kuat kami berdua berpuasa.

Jom semangat cari barang buat biskut raya.. Hoyeahh!
Bubye.. Tunggu next entri ya. Selamat mencuci mata tengok beraneka biskut sedap!
:)

Tuesday, 14 June 2016

Shopping Pre-Ramadan :)

Asssalamualaikum :)
Selamat berpuasa semua! Jadikan hari-hari di bulan mulia ini
hari yang baik dan indah..In Shaa Allah.

Sebenarnya wieya nak story pasal shopping barang nak masuk Ramadan
kat Mydin area tempat wieya dan husband tinggal ..hee
Walaupun dah 9 hari kita berpuasa, tak salah rasanya wieya
nak share jugak. Sebab kenangan kan? ;) 

Sorry for the late update ;p Maaf tumpu pada bulan Ramadan baru baru ni.
Ok suami wieya memang kalau beli barang buat stok katanya.
wieya sejak kawin dengan suami baru tahu keluarga 
diorang shopping macam nak buat kenduri :')
Penuh satu troli. huhu Mula-mula terkejut jugak tapi lama-lama 
macam best pulak ikut mak mertua dan suami shopping barang dapur.
Suami memang suka ajak mak mertua shopping barang. Wieya tukang teman je. heheh
Banyak tak barang.. hikss
Taraaaa!! kalau tak penuh satu troli memang bukan suami wieya la shopping barang.
Ni untuk stok sebulan. 6 bulan kawin, dah biasa kan diri beli barang banyak cenggini. heh
Happy Shopping! Baru puas hati kan?..
tapi sejak kawin ni la wieya merasa tengok shopping barang macam ni.
Apapun sayang la kat suami kite :*
------------------------------------------------------------------
Lepas shopping, suami ajak makan..
walhal baru pukul 11 pagi camtu. Apa lagi, wieya memang suka makan.
Terus ajak suami makan burger kat Marry Brown. 
sebab ni first time makan dan nak merasa dekat Marry Brown.
Dengan- dengan mak mertua makan burger pagi tu ;)
Sebab lepas tu weouls cadang nak buat laksa! So tak ada la lunch nasi.

Sedapp la jugak burger nya. Tapi mushroom soup tak boleh lawan Kenny rogers.
Thanks abang..untuk segalanya ^___^

wieya dan mak mertua. happy tummy!

Selesai makan, weouls pun balikla dengan senang hati.
wieya terus masuk dapur sediakan ikan dan rebus laksa.
Suami banyak membantu. Rupanya wieya baru tahu yang suami suka kan laksa.
Yang penting kuah pekat dengan isi ikan. nyumsss.
*terbayang-bayang kuah laksa buat sehari sebelum Ramadan*

Ok selamat berpuasa semua! Itu saja nak cerita.
yang penting puas hati dapat masak untuk suami sendiri.
Syukur Alhamdulillah. Duduk dengan keluraga mertua kena banyak mengalah
dan bertolak ansur. Sedar tak sedar dah 6 bulan hidup dengan keluarga belah suami.
Apapun Allah dah rancang yang terbaik untuk wieya dan suami. Syukurr
:)

Thursday, 9 June 2016

Cupcake Delivery! ❤

Assalamualaikum.
Selamat berpuasa pada semua umat Islam :)
Sekejap je dah masuk hari ke-4 Ramadan. Subhanallah!

Entri kali ni wieya nak dedikasi kan pada adik ipar yang telah realisasikan
ngidam wieya yang satu ni. Tiba-tiba nak cupcake ada cream kat atas tu haaa..
Jenuh cari la habaq hang..Tambah-tambah masa tu sehari sebelum puasa uOls.
Cupcake comels ni sampai depan pintu. ibu mengandung is sooo Happy! 

Mulanya encik suami carikan jugak cupcake ni di Little Gem .
Tempat suami tempah cupcake untuk hantaran tunang kami yang lepas.
Tapi mengecewakan sebab diorang dah pindah. Jenuh jugak la nak cari kedai bakery
cupcake yang sedap. Alih-alih dag craving sangat, 
terus wieya wasap adik ipar yang nun di kL
dengan harapan dia tahu katmna bakery yang ada jual cupcake yang comel lagi sedap!

Tup tup rupanya adik ipar wieya ni, wieya panggil kak kinah ada member yang buat
kek, cream puff dan cupcake home made untuk hantaran tunang atau kek kawin.
Wahhh!! dengar-dengar tu rasa hati berbunga uOls.

Terus tempah la dengan member kak kinah yang berada di Simpang Pulai
dan boleh hantar delivery hingga depan pintu. Jyeah! 
kek cawan comel selamat sampai pukul 3 petang, Ahad
bersamaan 30 Syaaban. Boleh la merasa sehari sebelum sambut Ramadan.
Sedozen tau wieya nak. Encik suami tlong bayarkan. Hee
Tak sangka cupcake ni besar dan cream yang yummy!
warna pun cantik uols, padahal weouls tak kisah la warna apapun.
sayangg nak makan, tapi baby nak sangat! ngap la apa lagi..

Cupcake perisa choc moist!
cream butter yang sOoo delicious ;)
Ya Allah sedapnya terasa di tekak hingga sekarang.

wieya siap jilat-jilat cream tu sampai habis. Punya lah craving. Haha
Terima kasih kak kinah tolong order. Memang puas hati laa 
Terima kasih kak Aney Zubir Kek yang realisasikan ngidam ibu mengandung ni.
Syukran Jazilan. Jazakallah Khatira.
3 ketul cupcake selamat dimakan oleh wieya.
dan yang lain-lain keluarga mertua makan.
kongsi sama-sama la baru puas hati. Ok baby..Cupcake with cream. Done!

Selamat berpuasa ye. Maaf sharing gambar makanan musim Ramadan.
Tapi tak best pulak tak review cupcake ni. Terharu :')
Terima kasih sudi baca entri ni.
---------   ----------

Wednesday, 8 June 2016

Duit Masyuk dengan Nuffnang!

Assalamualaikum.
Pantas masa berlalu, hari ni dah masuk hari ketiga Ramadan.
Masha Allah masa tu sangat laju.
Sedar tak sedar kita dah melalu fasa menahan lapar dahaga dan nafsu
dengan baik selama dua hari yang lepas. Ok selamat berpuasa semua! :)

Hari ni wieya nak buat entri mengenai NUFFNANG!
Lama kan tak buat entri mengenai Buffered Earning.
Blogger dan Nuffnang berpisah tiada. Wieya sejak berblogging selama 6 tahun 
tetap masih setia dengan NUFFNANG kerana percaya sambil berblogging
Boleh masuk income tau. SEbab tu ramai blogger femes macam Nisa Kay, Cik Epal
Irine Nadia dan Yuyu Zulaikha boleh dapat beribu-ribu income
hanya dengan berblogging je uOls.

Bayangkan blogger femes ni boleh dapat income 
mencecah RM10 k dalam sebulan atau lebih
hanya kerana menulis dalam blog dan setia bersama NUFFNANG ;)
Bahagiakan? Yang penting banyak followers, trafik tinggi
dan banyak iklan yang menari-nari dalam blog. Memang boleh buat duit tau.


Hari ni wieya check akaun Nuffnang milik wieya, ada 5 iklan sedang rancak menari
dalam blog ni. Harapan wieya banyak bonus masuk sebelum menjelang Aidil Fitri ni :)
Mana tau rezeki Ramadan ni kan? :)

Sebenarnya seronok tau, berblogging sambil dapat duit ni ..hikss
Setakat ni wieya baru 3 kali merasa check out duit NUFFNANG, walaupun tak banyak.
Tapi puas hati jugak la boleh guna duit berblogging sendiri.

Dulu ayah wieya sangat support berblogging sambil dapat income.
Sekarang dah kawin, suami juga support wieya berblogging di rumah
sementara menjadi suri rumah tangga sepenuh masa ni.
Boring dan ingin berkongsi apa-apa boleh la menaip 
di dalam blog picisan kesayangan wieya ni. Suami support! :'D

Lagipun dah lama tak blog wieya tak ada BE (Buffered Earning). Last-last
sekarang ni dah rajin pulak berblog, masuk bulan Ramadan ni, sekali 5 BE masuk.
Rezeki di bulan Ramadan, alhamdulillah :)


Selepas ni rajin-rajin lah menaip lagi uOls. Korang yang datang ziarah blog wieya ni
pun rajin-rajinlah klik iklan yang menari-nari ni ek.
In Shaa Allah nanti wieya balas klik untuk Nuffnang korang pulak ;)
SElamat berpuasa dan selamat berblogging kawan-kawan.
Selagi wieya ada masa, selagi tu wieya akan menaip dengan hati.
Sebab menulis blog ini adalah hobi dan minat sejak zaman remaja lagi
sampailah sekarang dah nak punya anak dah pun ^____^

Rezeki 2016 sangat tak di duga, Syukur alhamdulillah.
Yang penting kena sabar dan rajin. Baru lah duit masyuk 
Terima kasih NUFFNANG Malaysia, kerana sentiasa bagi yang terbaik untuk kami
Blogger dari dulu sehingga sekarang! Bubye..

Terima kasih sudi baca entri wieya kali ni. Tunggu entri seterusnya pulak ok
See ya! Passt : Hari -hari bukak akaun NUFFNANG dengan
 harapan banyak income masuk. In Shaa Allah... Doa-doakan.
Semua orang boleh. Pecaya lah pada rezeki. Amin

Monday, 6 June 2016

Salam Ramadan Mubarak 1437H ♡

Assalamualaikum..
6 Jun 2016 bersamaan 1 Ramadan 1437H adalah hari pertama umat Islam
menjalani ibadah puasa di bulan mulia ini.
Tahun ni tahun berbeza buat wieya dan suami..Kerana masing-masing pertama
kali berpuasa bersama. Bersahur dan berbuka bersama :')

Subhanallah..berbeza sangat! Tambahan ada nyawa comel 
dalam perut wieya sekarang. Moga wieya dapat menjalani 
ibadah puasa penuh tahun ni. Amin.
Azam Ramadan kali ni, harapnya kuat untuk berpuasa ketika pertama kali
mengandung. Memang suatu pengalaman yang baru. In Shaa Allah..

Bersahur nasi putih dan lauk ikan masak kicap hari ni. Bersama telur dadar.
Segelas air masak dan 2 biji kurma Medjoul. Harapnya baby mama kuat! 

Didoakan ibu-ibu dan bakal ibu yang sedang mengandung dan menyusukan anak
dapat menjalani ibadah puasa ini dengan sempurna. Jangan lupa makan vitamin
dan supplement untuk baby jangan lupa di ambil. 

Doakan kita jugak kuat semasa berpuasa kali ni preggy anak pertama :)


Goodluck semuaa! Allah tau apa yang terbaik buat kita semua.


Jangan lupa niat puasa..


Awal-awal dah pesan kat baby semoga dapat puasa penuh tahun ni :)
In Shaa Allah kami berdua boleh. Best sangat kali ni dapat puase dengan encik suami
dan keluarga mertua. Bulan puasa selalu rasa istimewa di hati wieya.

Kalau tahun lepas, encik tunang akan kejutkan sahur dan wish berbuka setiap hari.
Tahun ni, cik abang kejutkan sahur dan berbuka puasa sama-sama.
wieya happy sangat-sangat. Setiap orang wajib merasakan bahagia tambah-tambah 
pada bulan yang penuh barakah ni. Semoga ketaqwaan 
kita kepada Allah taala berlipat kali ganda. Amin.

Selamat Menjalani ibadaah puasa semua. Yeay!! harapnya tahun ni dapat puasa penuh.
Dapat duit raya dari encik suami. Yang penting ibadah kita dengan Allah taala
dapat dipertingkatkan. Jom sama-sama berterawikh di malam hari. 
:)

Thursday, 2 June 2016

JADUAL WAKTU BUKA PUASA DAN IMSAK 2016 NEGERI PERAK

Assalamualaikum..
Tinggal lagi beberapa hari lagi kita akan bertemu dengan bulan
Ramadhan. Alhamdulillah :)

Dek kerana sekarang wieya dah jadi warga Perak maka wieya lampirkan
jadual waktu berbuka puasa dan Imsak 2016.
Sebagai makluman, lampiran jadual waktu Imsak dan Berbuka Puasa tahun 1437H / 2016M disertakan ini adalah rasmi terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Perak Zon 1


Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Perak Zon 3

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Perak Zon 4

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Perak Zon 5

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Perak Zon 6

Waktu Imsak Buka Puasa 2016 Perak Zon 7

Klik gambar untuk saiz tumbesaran ;p

Setiap jadual dibahagi mengikut zon. Alhamdulillah boleh la uOls rujuk ye.
Selamat berpuasa di bulan Ramadhan mulia wieya ucapkan.
pstt harapnya dapat puasa penuh tahun ni :)
amin ya rabbal alamin...
 
Copyright 2017 with Love - WieyaRaudzi