Tuesday, 30 August 2016

Lumrah Bercinta Selepas Nikah :')

Assalamualaikum.
Alahai cepatnya masa, dah 5 hari tak menaip. Macam-macam nak stori.
Setiap kali hujung minggu, sebagai suri rumah masa ni lah nak jalan-jalan cari makan
dengan encik suami. Tambah-tambah berbadan dua.
Minggu lepas dan minggu sebelumnya pun terasa bahagia bila disamping
suami tercinta, Syukur Alhamdulillah.

Dating selepas nikah itu indah sangat-sangat..
Baby pun dah makin besar dalam perut mama dia.
Jadi haruslah request kat ayah dia makanan yang sedap-sedap..hikss

Craving mushroom soup so much!
Selalunya kitorang suka makan kat Pizza Hu je.
Alhamdulillah malam tu dapat jugak makan set pizza yang berbaloi.
Yang penting weiya sorang boleh habiskan 2 mangkuk sup cendawan.
nyum nyums..tekak berasa sangat nak makan.
Tak tahu la mama yang bernafsu, atau baby yang teringin..
Suami layankan wieya je. Sayangg suami.. ;)
video
video
video
video Boomerang femes di gunakan pengguna Intagram =)



Gambar pizza tak snap pulak..Ada la buat boomerang masuk dalam intagram
Sebab rasa lapar sangat-sangat..ngee. Percaya lah!
Padahal suami dok menjeling, kenapa lah isterinya asyik bergambar bila 
nampak makanan. Haha. Haruslah cik abang..Sayang ni kan blogger ;p
Ok puas hati mak buyung dapat makan mushroom soup.
Alhamdulillah,,,,Makan biar puas sebelum berpantang katanya,

Lumrah bercinta selepas nikah itu sangat indah..Suhhanallah..
hepi sangat-sangat, permintaan dipenuhi.
We {L.O.V.E} you, Ayah!!

Thursday, 25 August 2016

Majlis Bertunang Sepupu Suami..

Assalamualaikum.
Minggu lepas wieya pegi majlis bertunang sepupu suami.
Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar :)
Bertema kan putih, pink dan merah..Cantij sangat sepupu 
suami yang di andam kakak iparnya sendiri. Majlis diadakan waktu tengahari..
Then, lepas upcara sarung cincin, weouls apalagi 
makan lak kampung la tengahari tu..hehe

Jom tengok gambar yang sempat disnap. Mak buyung jadi fotographer tak bertauliah.
Ada banyak gambar..tapi wieya masukkan dalam blog secara random je la eh..hikss
Selamat bertunang ye dari kak wieya dan abang faka..
Berseri-seri awak dik....
Sesi sarung cincin ^____^
Hantaran kedua-dua belah pihak :)
 adik ipar dan mak mertua pun tak nak kalah ;p
 mak buyung ambik feel ;p
 pengantin lama tumpang pelamin tunang.... hehe
 Manis..sah la menjadi tunangan orang sepupu suami ni ;)
 Muda 3 tahun dari wieya ;) Tahniah!
 Sepupu suami bersama ibunya..Cantik dua beranak nih :')
 kami tumpang seri darah manis,,,
 Selamat bertunang....Moga ikatan yang terikat terjalin hingga ke jinjang pelamin.
Katanya ikat selama setahun. Dugaan jugak tu..Okey, masa sekarang cepat je kan?
Kak wieya dan abang faka ucapkan semoga semuanya dipermudahkan..amin.
:)

Tuesday, 23 August 2016

Maternity Shoot | Part 2 ❤

 Assalamualaikum...
wiyea sebenarnya nak sambung entri bergambar masa Maternity Shoot.
ada banyak gambar, tapi wieya masukkan sikit-sikit.
Supaya korang tak boring. Sebelum wieya albumkan gambar-gambar nih
Jom layan gambar yang ada. Props photographer yang sediakan.
Alhamdulillah..puas hati. Syukur sangat-sangat.
 Bakal bertiga +=
Itik tu bakal peneman si comels mandi nanti ;p
 Props cecomels menceriakan maternity shoot ...
 Shoot puas-puas untuk buat kenangan, walaupun ringkas dan santai :)
alahai baju rompers baby buat props. Masa ni tengah bayang baby kami berdua 
acah-acah sweet dengan teddy bear :)
ehem-ehem..Cepat tutup mata!
Anugerah terindah dari Allah taala :)

Doakan wieya selamat bersalin dan baby sihat-sihat saja.
in Shaa Allah lepas ni part disebalik tabir pulak disebalik maternity shoot ni ok..
Banyak memori tercipta.. Saja wieya kongsikan disini.. untuk
kenang-kenangan semasa nak menyambut baby sulong.. ;)

Monday, 22 August 2016

Maternity Shoot | Part One ❤

Assalamualaikum..
Sebenarnya dah lama teringin. Tak sangka rezeki baby.
Merasa jugak la shoot gambar maternity anak sulong :')
Ini semua semua pada mula nya adik ipar nak buat photoshoot keluarga.
Last-last dapat jugak selit gambar untuk maternity shoot.
Maknanya 2 dalam 1 la ni ..hikhik. Gambar ni buat masa kandungan wieya
usia 7 bulan. Alhamdulillah..Gambar dah siap! Boleh la sharing dalam blog. 








Kita tunjuk sikit-sikit dulu..Sebab nak letak banyak gambar nanti korang jemu pulak ;)
prop simple-simple. Ini pun secara kebetulan uOls..
kenangan-kenangan untuk masa depan. Rezeki baby FA 

Konsepnya dalam taman je. Tu pun sekejap je shoot, hehe 
Sebab dah letih photoshoot dengan keluarga sebelum tue ;)
Thanks to adik ipar sebab bagi peluang weouls suami isteri shoot maternity.
Kenangan dan pengalaman terindah..Tunggu sambungan lepas ni..
Terima kasih sudi baca entri ni ...

Thursday, 18 August 2016

Craving..Craving..Craving ❤

Assalamualaikum :)
kalau awal-awal pregnancy gemarkan masam-masam dan masin.
Macam mempelam muda, jambu susu dan oren..
Tak tahu kenapa suka masam-masam. Nak nak cicah dengan garam.
Memang nikmat tak terhingga..! Kecurr je air liur bila dapat tuu..
Laksa!! Feveret ever ;)
Macaroni Cheese ;) yummy

Meatball..meltingg
Wonder Cheese...arghh nakk! :')
Mushroom Soup ;p
Tapi bila di hujung-hujung pregnancy, wieya lebih gemar makan yang manis-manis.
Rasa macam nak makan kek hari-hari, aiskrim tak berapa..
tart telur, durian crepe, air ribena, air jus mangga..alahai mengidamm sangat!
Sekarang ni tengah dok cari air mangga fresh yang sedapp.
Cheese Cake ;p
Jus Mangga..dap nyer..
Dah dapat..nyum nyum ;)
Nampak orang dok viral post, nampak sedapnya lahai...
Dengan jus maninya, dengan buah mangga yang debab dalam 
gelas disertakan bersama jus..alahai bikin mak buyung teringin dan ngidam je. 
Nak kena mintak  encik suami carikan ni sebeleum deliver our baby.

Tuesday, 16 August 2016

Semakin dekat due date, semakin kerap check up ❤

Assalamualaikum :)
Sejak dua menjak ni, kena makin kerap ke klinik untuk check up baby.
Alhamdulillah, baby dan ibu sihat. Cumanya sekarang cepat terasa letih dan mengah.
Tapi wieya enjoy sepanjang proses mengandung ni. Syukur...
dan bilamana log in Facebook dan Intagram tak sah kalau tak tengok 
dan shopping barangan baby. Memang simptom nak ada baby cenggitu agaknya.
Rasa semua nak beli..! Dan la comel-comel, harga pun berpatutan.
Boleh dikatakan ig yang jual barang berkaitan baby semua wieya follow..
In Shaa Allah..masih menahan nafsu untuk shopping lagi.
Kita tahan sampai duit banyak sikit untuk shopping time pantang nanti ;) hehe
 Rompers, jumpsuit, kasut, stokin, baju tidur semua ada.
Macam-macam design termasuklah swaddle dan macam-macam lagi.
Barangan tu semua kiut-kiut. Alahai...tak menahan mama tengok :')
Tapi memnag tak dinafikan sekarang lebih mudah, para ibu atau bakal ibu
boleh shopping online. klik sana, klik sini..Barang sampai depan pintu. Hikhik
Rasa macam reward untuk diri sendiri dan baby bakal lahir pun ada.
Setiap ibu nak yang terbaik untuk anak-anak nya. Begitu juga wieya...
Disamping itu, taknak lah membazir..Sebab tu kan amalan syaitan,,Huhu
Shopping berpada-pada, dan perlu di ingatkan, banyakkan
 membeli barang baby macam pakaian
saiz yang besar-besar supaya baby boleh pakai lama, mudah-mudahan..


Terima kasih ya Allah untuk nikmat ini..
Semakin hari semakin dekat dengan due date. 
Doakan wieya dipermudahkan bersalin :)
First experience..harapnya nanti semua berjalan lancar..
#3rdTrimester #32weekspreganant #SyukurAlhamdulillah
Terima kasih untuk encik suami yang selalu temankan sayang check up baby kita
Terima kasih jugak baby yang membesar dengan sihat dan aktif dalam rahim mama..
 
Copyright 2016 with Love - WieyaRaudzi